Now Reading
Kes Lelaki Curi Tabung Derma Bernilai RM300, Suspek Kini Diburu Oleh PDRM

Kes Lelaki Curi Tabung Derma Bernilai RM300, Suspek Kini Diburu Oleh PDRM

Seorang lelaki bertopi keledar yang disyaki mencuri lima tabung derma di restoran sekitar Ulu Tiram, Johor pada Jumaat (6 Oktober) kini sedang diburu oleh pihak polis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, kes kecurian dilihat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai teknik licik yang telah digunakan oleh si pencuri ini bagi mendapatkan keuntungan dan barangan berharga.

Walaupun undang-undang sedia ada telahpun dikuat kuasa, namun individu yang terlibat dengan jenayah ini seolah-olah tidak mempedulikan hukuman yang boleh dikenakan terhadap diri mereka.


Lelaki Kantoi Mencuri Tabung Derma Di Premis Restoran

Seperti baru-baru ini, tular hantaran yang dimuat naik semula oleh pengguna laman X (Twitter @nanmanjoi8715), menyaksikan seorang lelaki bertopi keledar sedang menggeledah laci dipercayai di kaunter bayaran restoran sekitar Ulu Tiram, Johor pada Jumaat lalu (6 Oktober).

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), individu tersebut jelas kelihatan sedang mencari barang berharga menggunakan lampu cahaya yang disuluhkan daripada telefon bimbitnya.

Namun selepas gagal menemukan wang, individu tersebut bertindak untuk mengambil tabung derma yang terletak di atas kaunter premis berkenaan.

Sumber: X (Twitter @nanmanjoi8715)

Polis Sedang Buru Individu Yang Disyaki Mencuri 5 Tabung Derma

Susulan isu kecurian yang dikongsi di media sosial itu, pihak polis Daerah Seri Alam telah menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 57 tahun tentang kejadian yang dipercayai berlaku jam 1.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek telah mencuri lima tabung berisi wang derma iaitu dengan anggaran kerugian bernilai RM300.

Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara selama 14 tahun sekiranya sabit kesalahan.

PDRM dalam masa sama menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian jenayah ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Hapizee Zulkarnain Md Puzi di talian 012- 7532276 atau 07-3864222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Seri Alam

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Curi RM22 Dari Tabung Masjid Untuk Beli Susu Anak, Ahli Perniagaan Tawar Khidmat Peguam

Baca Artikel Berkaitan: Suami Isteri Didakwa Curi Kad Debit Warga Emas, Siap Beli iPhone 13 Pro Max

Baca Artikel Berkaitan: Remaja 19 Tahun Curi RM630,000 Milik Bapa Saudara. Siap Berjoli & Jadi Wang Hantaran

Sumber: X (Twitter @nanmanjoi8715) | Facebook Polis Daerah Seri Alam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd