Now Reading
Remaja 19 Tahun Curi RM630,000 Milik Bapa Saudara. Siap Berjoli & Jadi Wang Hantaran

Remaja 19 Tahun Curi RM630,000 Milik Bapa Saudara. Siap Berjoli & Jadi Wang Hantaran

Suspek utama (anak saudara) telah memecah masuk dan melarikan peti besi mengandungi wang tunai RM430,000 serta barang kemas bernilai RM200,000 yang disorokkan di ruangan rahsia di kediaman berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini satu kes telah dilaporkan berlaku di Petaling Jaya melibatkan seorang lelaki kerugian RM630,000 selepas wang tunai dan barangan kemas yang disimpan olehnya di dalam peti besi di sebuah kediaman di Petaling Jaya dikebas/ dibawa lari oleh anak saudaranya sendiri pada 24 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menjelaskan bahawa siasatan lanjut mendapati suspek utama berusia 19 tahun memecah masuk dan melarikan peti besi mengandungi wang tunai RM430,000 serta barang kemas bernilai RM200,000 yang disorokkan di ruangan rahsia di rumah berkenaan.

Menurut sumber, suspek juga difahamkan sempat ‘berjoli’ bersama beberapa orang rakan menggunakan duit yang dicuri itu. Malah, salah seorang daripada mereka turut menggunakan duit hasil curi itu untuk dijadikan sebagai wang hantaran dan juga berhibur.

Sumber: Sinar Harian

Pada 31 Ogos jam 3.30 petang, polis telah membuat serbuan ke atas sekumpulan 11 lelaki tempatan berumur 19 hingga 23 tahun yang sedang berhenti di sebuah stesen minyak di Seremban, Negeri Sembilan dipercayai sedang berkonvoi sempena hari kemerdekaan. Hasil serbuan itu, polis merampas pelbagai barangan disyaki dibeli hasil wang curi dan siasatan lanjut membawa kepada tangkapan seorang lagi lelaki tempatan di sebuah rumah di Klang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menerusi Sinar Harian.

Pihak polis menjelaskan berjaya menemui pelbagai barangan yang dibeli hasil wang curi di kediaman kesemua suspek di sekitar Klang. Hasil siasatan turut mendapati suspek mengetahui kedudukan peti besi yang disorokkan dan menyedari kediaman berkenaan tidak berpenghuni.

Sumber: Sinar Harian

Rumah mangsa merupakan sebuah banglo setingkat dan suspek utama ini sudah tahu rumah itu kosong kerana mangsa menyewa premis berkenaan hanya untuk menyimpan wang kerana dikatakan tidak percayakan bank.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menerusi Sinar Harian.

Guna Wang Curi Untuk Bayar Bil, Baiki Rumah & Beli Aplikasi Permainan Online

Mengulas lanjut, lima suspek memecah masuk ke rumah berkenaan, manakala suspek lain menerima sebahagian ‘habuan’ untuk membeli aplikasi permainan online, melunaskan bil, membaiki rumah dan lain-lain perbelanjaan secara tunai dipercayai telah dilakukan.

Serbuan berjaya merampas barangan yang dipercayai dibeli hasil wang curi termasuklah dua motosikal jenis Yamaha, telefon pintar jenis Apple iPhone (tujuh), beg berjenama, jam tangan, barangan kemas, motosikal Kawasaki RR 150 (dua), sebuah kereta Honda Civic FD 2.0 dan juga wang tunai berjumlah RM56,950.

Sumber: Sinar Harian

Polis berjaya mengesan tunang kepada salah suspek terbabit dan menemui seutas rantai emas dan wang tunai yang dijadikan hantaran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menerusi Sinar Harian.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun itu tidak mempunyai rekod lampau dan kini direman tujuh hari bermula Khamis lalu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd