Now Reading
Kes Lelaki Curi RM22 Dari Tabung Masjid Untuk Beli Susu Anak, Ahli Perniagaan Tawar Khidmat Peguam

Kes Lelaki Curi RM22 Dari Tabung Masjid Untuk Beli Susu Anak, Ahli Perniagaan Tawar Khidmat Peguam

Datuk Seri Sunny Ung berpendapat kes tukang rumah curi RM22 di tabung masjid boleh diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu dibicarakan di mahkamah.

curi tabung masjid

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tabung yang diletakkan di setiap penjuru mana-mana masjid berfungsi untuk mengumpul dana dan sumbangan daripada orang awam bagi menampung sebarang program-program ibadah yang dilakukan di sana.

Bukan itu sahaja, duit hasil daripada kutipan tabung tersebut juga berperanan sebagai modal untuk memperbaiki kerosakan fasiliti yang disediakan di masjid.

Namun, lain pula yang terjadi apabila seorang individu didakwa mencuri duit berjumlah RM22 di sebuah masjid.


Individu Curi Duit Tabung Masjid RM22 Untuk Beli Susu

Terdahulu, satu kes telah dilaporkan berlaku pada 27 Jun 2023 apabila seorang tukang rumah telah didakwa mencuri duit tabung sebuah masjid kira-kira jam 9.15 malam.

Perbuatan ini dibongkar menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) masjid yang menyaksikan tertuduh melarikan diri dengan sebuah motosikal selepas mencuri duit daripada tabung berkenaan.

Menurut sumber Kosmo, individu tersebut difahamkan telah mencuri sejumlah RM22 kerana mahu membelikan susu buat anaknya.

Sumber: Vista Create/Utusan Malaysia

Lelaki berkenaan juga dipercayai berbuat sedemikian setelah dimarahi oleh ibunya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli susu serta kos bagi menampung barangan keperluan lain.

Sebelum ini, tertuduh telahpun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu kerana mencuri duit di masjid sekitar daerah itu.


Individu Curi Duit Tabung Masjid Ditawar Khidmat Peguam Oleh Ahli Perniagaan

Terbaharu, prihatin terhadap isu ini, seorang ahli perniagaan membuat keputusan untuk menawarkan khidmat peguam bagi mendapatkan pembelaan terhadap tukang rumah yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 7 September lalu.

Menurut Datuk Seri Sunny Ung, khidmat peguam Tetuan Ahmad Deniel Ruben & Co yang akan ditanggung olehnya ditawarkan kerana berpendapat Orang Kena Tuduh (OKT) bertindak sedemikian atas keadaan terdesak untuk membelikan susu buat anaknya.

Dia juga percaya bahawa kes ini mampu diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu dibicarakan di mahkamah.

Untuk info, Majistret Noor Mazrinie Mahmood telah menetapkan 26 September ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Suhaidi Abdul Hamid.


Hukum Mencuri Ketika Dalam Keadaan Darurat & Terdesak

Umum sedia maklum bahawa mencuri itu adalah satu perbuatan yang keji dan berdosa di sisi agama Islam.

Namun, adakah mencuri ketika dalam keadaan terdesak juga dikira sebagai dosa besar?

Perkara ini telah dibincangkan oleh para fuqaha’ dan kesimpulan yang boleh diambil adalah seseorang itu dibenarkan mengambil hak orang lain sekiranya dia berada dalam keadaan darurat di mana jika dia tidak mengambilnya, ia akan menyebabkan kematian diri.

Firman Allah SWT:

“فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ”

Maksudnya: “Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Baca Artikel Berkaitan: “Masjid Di Kedah Memang Semua Best” – Reviu Masjid Baru Ada Hotel Kapsul Undang Perhatian!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Sedang Curi Tabung Ekzos

Baca Artikel Berkaitan: Suami Isteri Didakwa Curi Kad Debit Warga Emas, Siap Beli iPhone 13 Pro Max

Sumber: Kosmo | Maktab Ahal Bakri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd