Now Reading
[Video] Wanita Terkejut Lihat Rumah Dipecah Masuk Selepas Pulang Beraya Di Kampung

[Video] Wanita Terkejut Lihat Rumah Dipecah Masuk Selepas Pulang Beraya Di Kampung

Perompak yang memecah masuk rumah itu telah menyelongkar kesemua laci dan almari sehingga menyebabkan segala barangan berselerak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada minggu lalu, ramai di kalangan masyarakat telah pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga dan saudara mara tercinta.

Oleh disebabkan itu, golongan ini telah meninggalkan rumah di bandar tanpa penghuni selama beberapa hari sepanjang percutian mereka.

Bagaimanapun, ada juga individu mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah seperti mencuri dan memecah masuk kediaman tersebut.


Rumah Kena Pecah Masuk Ketika Beraya Di Kampung

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@syazaaein_), menyaksikan keadaan rumah yang tidak terurus selepas dipecah masuk oleh perompak.

Menurut wanita dikenali sebagai Syaza, rumahnya telah diceroboh sewaktu dia bersama keluarganya pulang ke kampung halaman di Kedah untuk beberapa hari sempena Aidilfitri.

Wanita itu berkata dia tidak menyangka akan melihat rumahnya sebegitu rupa selepas menghadap trafik sesak selama berjam-jam lamanya untuk pulang ke bandar.

Sumber: TikTok (@syazaaein_)

Hadap trafik sesak dari Kedah hampir 10 jam. Sampai je KL tengok rumah dah berselerak.

Syaza.

Baca Artikel Berkaitan: Berbaloi Ke Hadap Trafik Berbelas Jam Semata-mata Nak Balik Raya Di Kampung?


14 Ekor Ikan Peliharaan Mati Selepas Perompak Tutup Suis Elektrik

Jika anda lihat sendiri klip video tersebut, kelihatan semua bilik dan ruang dalam rumah berkenaan diselongkar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Segala laci dan almari dilihat terbuka manakala barang serta pakaian bersepah di atas lantai.

Tambah Syaza, perompak telah mencuri duit tunai yang disimpan olehnya dalam kediaman tersebut.

Lebih mengejutkan, 14 ekor ikan peliharaan mereka juga ditemui mati kerana tidak mendapat oksigen daripada tangki di akuarium. Hal ini kerana perompak bertindak menutup segala suis elektrik di dalam rumah sesudah melakukan kerja keji mereka.

Sumber: TikTok (@syazaaein_)

Memang tidak dapat dibayangkan perasaan mangsa pada ketika ini. Perasaan gembira selepas pulang berjumpa saudara mara sudah pasti menjadi pilu selepas melihat rumah dalam keadaan begitu.

@syazaaein_ Dugaan kami sekeluarga semasa pulang raya ke kampung halaman 🥲 traumaaa sangat 😭 #takdir #dugaankehidupan ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Syaza Sudah Isi ‘Borang Balik Kampung’

Dalam pada itu, ada juga pengguna laman TikTok yang mengingatkan Syaza untuk memaklumkan kepada balai polis atau mengisi borak balik kampung agar peronda boleh memantau rumah ketika tiada siapa berada di rumah.

Pun begitu, Syaza berkata bahawa dia telah melakukan perkara tersebut, namun kes rompakan masih berlaku.

Sumber: TikTok (@syazaaein_)

Netizen Turut Bersimpati Dengan Nasib Dilalui Oleh Syaza Sekeluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap dugaan yang dilalui oleh Syaza dah ahli keluarganya.

“Penatnya mental, penat lagi nak mengemas. Ya Allah orang penat balik kampung hadap trafik sesak pun tak hilang lagi lepas itu diuji sampai-sampai rumah macam ini, Semoga Allah ganti yang lebih baik untuk awak,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga di kalangan netizen berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang terjadi kepada mereka pada sebelum ini.

“Ya Allah menggigil saya tengok (video). Saya punya rumah pun kena pecah masuk tahun 2019. Balik dari kampung memang dah rasa tak sedap hati. Saya buka je pintu, nampak ruang tamu macam bersepah,” kata seorang netizen.

Malah, ada juga segelintir individu menyarankan Syaza meningkatkan sekuriti di rumah untuk menjamin keselamatan.

“Pasang kamera litar tertutup (CCTV) di luar rumah dan akseskan kepada telefon terus. Boleh periksa setiap masa keadaan rumah,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@syazaaein_)

Baca Artikel Berkaitan: Pencuri Mabuk & Tertidur Ketika Pecah Masuk Rumah Di Negeri Sembilan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Individu Cuba Pecah Rumah, Hanya Tersengih Selepas Kantoi


Cara Isi Borang Balik Kampung Langkah Cegah Jenayah

Kebiasaannya, golongan penjenayah akan menyasarkan musim perayaan untuk melakukan kegiatan jenayah seperti mencuri.

Oleh disebabkan itu, orang awam dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat tentang ketiadaan orang di rumah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk langkah keselamatan.

PDRM menyediakan perkhidmatan Rakan Cop melalui khidmat SMS atau aplikasi mudah alih Volunteer Smartphone Patrol (VSP) agar orang ramai boleh melaporkan tarikh mereka akan bercuti panjang dan tiada di kediaman.

Sumber: Malay Mail

Anda juga boleh menggunakan kaedah lain iaitu dengan mengisi borang pemakluman yang boleh didapatkan terus di mana-mana balai polis terdekat.

Dengan cara ini, pihak polis akan membuat rondaan dan pemantauan di kawasan kediaman menerusi ‘Op Selamat atau Op Cegah Jenayah’ dari masa ke semasa sepanjang percutian anda.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd