Now Reading
Pencuri Mabuk & Tertidur Ketika Pecah Masuk Rumah Di Negeri Sembilan

Pencuri Mabuk & Tertidur Ketika Pecah Masuk Rumah Di Negeri Sembilan

Pencuri berusia 41 tahun itu dikatakan telah menghabiskan sebotol minuman keras di rumah tersebut sebelum mabuk dan tertidur di lantai ruang tamu.

Farahin Fadzil
perompak mabuk tertidur dalam rumah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jenayah rompakan rumah di Malaysia semakin menjadi-jadi selepas banyak kejadian tersebut berlaku di beberapa kawasan perumahan sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mangsa.

Terdahulu, satu kes rompakan dilaporkan berlaku di Seksyen 23, Shah Alam dan suspek telah menikam remaja lelaki berusia 15 tahun menggunakan pemutar skru di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan pada ketika itu mangsa hanya tinggal berdua di rumah bersama seorang lagi abangnya berusia 17 tahun.

Kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa ingin ke dapur untuk meminum air sebelum terserempak dengan suspek yang sedang bersembunyi di tepi mesin basuh.

BACA JUGA: Perompak Tikam Remaja Dengan Pemutar Skru Hingga Cedera Kini Diburu Polis

Perompak-Tikam-Remaja-Guna-Pemutar-Skru-Hingga-Cedera-Kini-Diburu-Polis-1
Sumber: Sinar Harian

Pencuri Mabuk Tertidur Dalam Rumah Selepas Habiskan Sebotol Minuman Keras Di Dapur

Satu lagi kejadian rompakan didakwa cuba dilakukan oleh seorang penjenyah, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Memetik laporan Harian Metro, penghuni rumah berusia 66 tahun yang tinggal bersama isteri dan empat orang anaknya terkejut melihat seorang lelaki tidak dikenali terbaring di ruang tamu rumah mereka di Jempol, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook memaklumkan suspek dipercayai telah meminum minuman keras milik penghuni rumah sehingga mabuk dan akhirnya tertidur di rumah tersebut.

perompak-mabuk-tertidur-dalam-rumah-2
Sumber: Sin Chew Daily

Perkara itu mula disedari olehnya sekitar jam 6:15 pagi pada Isnin lalu (23 Januari) sebelum menghubungi pihak polis untuk melakukan tindakan selanjutnya.

Difahamkan, suspek telah memasuki rumah berkenaan melalui dapur rumah teres dua tingkat tersebut selepas menjumpai sebuah motosikal dan sepasang selipar di bahagian pintu masuk belakang.

Penghuni rumah itu juga memberitahu dia menjumpai sebuah beg kertas mengandungi dua pisau, pemutar skru, dua botol minuman keras dan tablet berselahan suspek.

perompak-mabuk-tertidur-dalam-rumah-2
Sumber: Sin Chew Daily

Walau bagaimanapun, suspek tidak mengalami kerugian yang banyak berikutan insiden yang berlaku ini.

Suspek yang berusia 41 tahun itu terpaksa dikejutkan beberapa kali oleh anggota polis yang hadir sebelum ditangkap dan ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mengikut semakan rekod lampau jenayah, suspek memiliki 15 rekod dadah, enam jenayah dan satu rekod dikehendaki berkaitan kes dadah juga.

BACA JUGA: [Video] Lelaki Selamba Panjat Pagar & Curi Tong Gas Kini Ditahan Polis

BACA JUGA: [Video] Rumah Hampir Dipecah Masuk Oleh Perompak. Mujur Ada CCTV!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd