Now Reading
Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Sedang Curi Tabung Ekzos

Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Sedang Curi Tabung Ekzos

Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dua selepas alat pengangkat kereta yang digunakan untuk mencuri tabung ekzos telah terjatuh dan menghempap badan suspek.

Lelaki Maut Dihempap Kereta Ketika Sedang Curi Ekzos

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kejadian malang telah menimpa seorang lelaki apabila dia dilaporkan maut akibat dihempap kereta ketika sedang dalam cubaan untuk mencuri tabung ekzos kenderaan tersebut.

Mangsa berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang semalam (19 Oktober) sekitar jam empat hingga enam pagi.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang pembantu klinik yang merawat pesakit di lokasi itu.

Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati suspek meninggal dunia selepas alat pengangkat kereta yang digunakan oleh dia serta rakan lain untuk mencuri tabung ekzos telah terjatuh dan menghempap badannya yang berada di tengah kenderaan.

Susulan itu, kematian suspek diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Twitter/@redzuanNewsMPB

Rakan Suspek Ditahan Oleh Pihak Polis

Semakan pihak polis juga mendapati suspek yang meninggal dunia itu mempunyai sembilan rekod lampau iaitu tujuh kes jenayah dan dua lagi melibatkan dadah.

Kami juga berjaya menahan seorang rakan suspek berusia 32 tahun yang merupakan warga tempatan pada hari sama di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh.

Suspek kedua ini pula didapati mempunyai tujuh rekod jenayah melibatkan kes mencuri ekzos, pecah rumah dan narkotik.

Kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

BACA JUGA: Pemandu Lori Cedera Dihempap Kontena Jatuh Dari Jambatan Setinggi 12 Meter Di Klang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd