Now Reading
Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik!

Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik!

Kami diberi peluang untuk ke 20db Hearing, Sothys dan The Hair Tric & Lashility untuk membuat pemeriksaan serta rawatan sempena Valentine’s Day.

Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik! (8)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut Hari Kekasih atau Valentine’s Day, mesti ramai yang ingat ‘bulan cinta’ ini hanya boleh diraikan sekiranya anda mempunyai pasangan sahaja kan?

Tarikh 14 Februari yang bakal menjelma ini bukan sahaja boleh disambut bersama pasangan, kalau nak luangkan masa untuk manjakan diri pun apa salahnya.

Antara lokasi yang sesuai untuk anda sambut Valentine’s Day dengan memanjakan diri adalah di Pavilion Bukit Jalil. Boleh dikatakan semuanya ada di sini dari segi penjagaan rambut, wajah, dan sebagainya.

Beberapa lokasi yang anda boleh kunjungi adalah:

1. Siam Oasis

Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik!

Bila sudah terbiasa duduk di kerusi pejabat ketika waktu bekerja, mesti ramai yang akan mula mengadu sakit badan. Jadi, inilah masanya untuk anda merehatkan diri dengan membuat urutan badan dengan pelbagai jenis rawatan yang ditawarkan oleh Siam Oasis.

Lokasi: Lot 1-76, Level 1 (Pink Zone).

2. Pameran Seni ‘Van Gogh Alive’

Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik!

Kalau anda gemarkan pameran seni, apa kata anda ‘me-time’ di pameran multimedia ‘Van Gogh Alive’ dengan menghayati karya seni Van Gogh menerusi projektor termasuklah beberapa karya popular iaitu The Starry Night dan Sunflowers.

Di situ juga, anda boleh melukis dan melihat wajah anda dilukis secara digital ya. Memang best! Jangan lupa ambil banyak gambar dan video sebagai kenangan okey?

BACA JUGA: Pameran ‘Van Gogh Alive’ Di KL Dibuka 17 Disember Ini

Lokasi: Lot 3.29.00, Level 3 (Orange Zone).

3. K11 Karaoke

Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik!

Siapa dulu pernah bercita-cita nak jadi penyanyi tetapi suara tak ‘lepas’? Tak apa, impian anda mungkin boleh tercapai dengan menempah sesi karaoke di K11 Karaoke dan menyanyi lagu pilihan anda.

Dapat menjerit sambil menyanyi lagu oleh Hoobastank – The Reason sepuas hati pun best juga kan?

Lokasi: Lot 5.33.00, Level 5 (Orange Zone).

Team TRP Sambut Valentine’s Day Dengan Buat Rawatan Muka, Rambut & Telinga Di Pavilion Bukit Jalil

Pihak TRP juga telah dijemput untuk sama-sama menyambut Valentine’s Day dengan membuat pelbagai jenis rawatan dan pemeriksaan demi menjaga kebajikan diri.

Antara rawatan dan pemeriksaan yang kami lakukan di Pavilion Bukit Jalil adalah:

1. 20db Hearing

Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik!
Sumber: Murni Azman/TRP

Tidak dinafikan ramai antara kita yang kurang memberi perhatian kepada tahap kesihatan telinga kita.

Bayangkan kalau anda setiap hari ‘sumbat’ telinga dengan ‘earbud’ sambil mendengar lagu dengan bunyi yang sangat kuat, ia boleh merosakkan telinga sebenarnya.

Jadi sempena Valentine’s Day, kami dibawa ke 20db Hearing yang merupakan sebuah premis yang menawarkan perkhidmatan memeriksa kesihatan telinga anda menggunakan beberapa alat.

Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik!
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Jangan risau, pemeriksaan tersebut dilakukan oleh golongan pakar audio yang mahir dan profesional.

Kami diberi kesempatan untuk menyemak sama ada pendengaran kami normal atau tidak.

Ketika pemeriksaan itu, anda akan ditempatkan di ruang kedap udara dan mereka akan memasang alat pendengar suara pada bahagian telinga.

Kemudian, pelbagai jenis bunyi bermula dari frekuensi 250Hz sehingga 8000Hz dipasang untuk menguji tahap pendengaran.

Nasib baik, semuanya normal selepas bacaan intensiti pendengaran kami berada di bawah 20db.

Lokasi: Lot 5.16.00, Level 5 (Pink Zone).

2. The Hair Tric & Lashility

Pavilion Bukit Jalil ‘Pamper’ Team TRP Sempena Valentine’s Day. Rambut & Muka Terus Cantik!
Sumber: Murni Azman/TRP

Lega selepas mengetahui tahap pendengaran kami adalah normal, kini tiba masa pula untuk kami membuat pemeriksaan kulit kepala dan tahap kesihatan rambut. Sebagai wanita, rambut adalah ibarat mahkota yang perlu dijaga dengan rapi.

Untuk mendapatkan pemeriksaan rambut pula, kami dibawa ke The Hair Tric & Lashility.

Sebelum mereka melakukan sebarang rawatan rambut, staf mereka telah melakukan pemeriksaan kulit kepala untuk mengenal pasti masalah yang menjadi kebimbangan kami.

Pavilion-Bukit-Jalil-‘Pamper’-Team-TRP-Sempena-Valentine’s-Day.-Rambut-Muka-Terus-Cantik-1
Sumber: Murni Azman/TRP

Kemudian, kami diberikan rawatan kulit kepala (scalp treatment) dan memotong rambut dengan gaya yang membuatkan kami rasa seperti ‘orang baru’. Memang puas hati!

Lokasi: Lot 5.53.00, Level 5 (Pink Zone).

3. Sothys

Pavilion-Bukit-Jalil-‘Pamper’-Team-TRP-Sempena-Valentine’s-Day.-Rambut-Muka-Terus-Cantik-1
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Akhir sekali, kami dibawa ke Sothys untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kulit wajah.

Selepas membuat pemeriksaan, agak terkejut juga kami selepas dapat tahu tentang tahap kesihatan kulit wajah kami ini. Jadi apa lagi, jom kita buat rawatan muka (facial treatment) pula.

Kami diberi peluang untuk mencuba rawatan ‘Spring-Summer Seasonal Oxygenating’ menggunakan produk wajah dari buah beri Goji dan juga oren. Bau dia memang sedap dan lebih kepada citrus.

Selain rawatan wajah, mereka juga memberi urutan di bahagian bahu dan juga bahagian belakang badan. Memang seronok sehingga kami hampir terlelap.


Raikan Valentine’s Day Tahun Ini Bersama Pavilion Bukit Jalil

Sumber: Have Halal With Travel

Sememangnya pengalaman ‘me-time’ sempena Valentine’s Day di Pavilion Bukit Jalil ini memberi mesej kepada kami untuk tidak lupa menyayangi diri sendiri juga.

Jadi, apa rancangan anda pula untuk meraikan Valentine’s Day pada 14 Februari ini?

BACA JUGA: Rai Pasangan Sempena Valentine’s Day Di 5 Lokasi Marriott Bonvoy Hotels Ini. Romantik Ya!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd