Now Reading
Subway Lancar Menu Baru, Tri-Pepper Chicken & Choc Chip Mint Cookie!

Subway Lancar Menu Baru, Tri-Pepper Chicken & Choc Chip Mint Cookie!

Dua menu baharu ini ditawarkan bermula 24 November 2021 sehingga 18 Januari 2022 sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Wah, Subway ada keluarkan menu baharu!

Sebelum ini, menu Spicy Buffalo Chicken pernah mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.

BACA JUGA: Team TRP Cuba Spicy Buffalo Chicken Dari Subway. Not Bad! [Review]

Kali ini, mereka memperkenalkan pula menu Tri-Pepper Chicken dan juga Chocolate Chip Mint Cookie.

Pelbagai jenis menu diperkenalkan oleh Subway bagi menarik minat orang ramai mencuba pelbagai perisa yang lebih menarik untuk dirasai.

Di Subway, kami sentiasa berinovasi untuk memastikan kami menyajikan pelbagai pilihan yang sesuai dan menyelerakan untuk para pelanggan. Menu baharu iaitu Tri-Pepper Chicken ini akan memberi anda rasa lada yang kompleks. Dinikmati pula dengan Mint Chocolate Chip Cookie, sememangnya kombinasi yang cukup sempurna untuk mengakhiri tahun anda.

Samad Mohd Sahriff, Country Director Subway untuk Southeast Asia.

Rasa pedas yang sedap!

Kredit: Subway Malaysia

Kami sudah merasai sendiri menu Tri-Pepper Chicken ini.

Komen jujur daripada kami untuk Tri-Pepper Chicken, anda akan MENYESAL beli satu, sebab tak cukup!

Setiap suapan Tri-Pepper Chicken akan membuatkan anda nak lagi. Percayalah, roti 6 inch itu memang tak cukup sebenarnya.

Patti ayam dalam menu ini memberi anda rasa pedas-pedas sedikit dan boleh rasa juga rempah ratus yang cukup menyelerakan.

Kredit: Subway Malaysia

Kalau nak lagi ummph, anda boleh memilih menu seperti berikut:

  • Kepingan keju
  • Campuran sayur
  • Lada benggala
  • Tomato
  • Sos mayonis

Memang kenyang sampai ke malam bila anda nikmati Tri-Pepper Chicken dari Subway ini. Silap-silap boleh terbawa dalam mimpi!

Masa untuk dessert!

Selain itu, Subway juga mengeluarkan menu biskut terbaru iaitu Chocolate Chip Mint Cookie.

Untuk penggemar perisa pudina, memang lepas ni anda dah tak pandang perisa biskut yang lain di Subway. Mulut rasa berangin je bila kunyah biskut ini.


Untuk anda yang nak cuba menu ini, boleh dapatkan di cawangan Subway yang terlibat di seluruh Malaysia.

Kalau tak berapa rajin nak keluar, boleh juga dapatkan di aplikasi GrabFood dan Foodpanda.

Harga untuk kedua-dua menu adalah seperti berikut:

  • Tri-Pepper Chicken 6 inch (RM12.60) dan footlong (RM20.95)
  • Mint Chocolate Chip Cookie (RM2.20)

Jangan tunggu lama-lama. Dua menu baharu ini hanya ditawarkan bermula 24 November 2021 sehingga 18 Januari 2022 sahaja.

Kalau nak tahu betul sedap ke tidak, apa kata anda cuba sendiri. Lain orang lain tekak, betul tak?

Selamat mencuba!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd