Now Reading
Botanica+Co Buka Cawangan Baharu Lebih Besar & ‘Instagramable’ Di Bamboo Hills

Botanica+Co Buka Cawangan Baharu Lebih Besar & ‘Instagramable’ Di Bamboo Hills

Restoran Botanica+Co milik Platform Hospitality Group kini membuka cawangan mereka yang ketiga iaitu di Bamboo Hills.

Botanica+Co Buka Cawangan Baru Lebih Besar Di Bamboo Hills (18)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada anda semua yang suka ‘cafe hopping’ seperti kami, ada kafe best yang anda perlu pergi untuk lepak dengan ahli keluarga serta rakan-rakan, iaitu Botanica+Co.

Selepas mendapat sambutan hangat di dua cawangan mereka terletak di Bangsar South dan Alila Bangsar, restoran milik Platform Hospitality Group kini membuka restoran utama mereka di Bamboo Hills.

Kalau anda nak tahu, Bamboo Hills baru sahaja dibuka oleh UOA Group pada tahun ini berhampiran Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE).

Botanica+Co di Bamboo Hills ini tampil dengan lebih banyak menu baharu serta suasana hijau yang lebih menyejukkan mata.

Dekorasi luaran dan dalaman restoran ini memang banyak pokok hijau. Hiasan meja makan dan kerusinya pun cantik. Boleh dikatakan hampir serasi dengan warna pokok buluh.

Yang penting tempat dia Instagramable habis! Memang sesuai untuk anda yang nak ber-OOTD.

Menu Yang Anda Patut Cuba Di Botanica+Co, Bamboo Hills

Berkeluasan 13,000 kaki persegi, restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu yang dimasak di bawah penyeliaan Chef Eksekutif Lim Tzer Chuan.

Dengan pengalaman beliau dalam bidang kulinari lebih daripada 20 tahun, sememangnya sajian yang dihidangkan di restoran ini boleh membuatkan anda ‘melicinkan’ pinggan mangkuk.

Cef Lim Tzer Chuan dan barisan cef lain di Restoran Botanica+Co Bamboo Hills

Di sini, anda boleh memesan makanan dengan saiz hidangan yang sedikit atau banyak.

Mungkin anda mahu rasa pelbagai jenis makanan pada ‘portion’ yang sikit. Jadi dengan adanya pilihan 70 dan 140 gram untuk beberapa menu membolehkan anda dapat merasa lebih banyak hidangan lain.

Antara menu yang anda perlu cuba di Botanica+Co, Bamboo Hills adalah seperti:

  • Angus Sirloin
  • Char-Grilled Scallop
  • Grilled Caesar Salad
  • Pineapple-Fed Chicken
  • Pink Rogatoni
  • Squid Roe & Peppers Pizza
  • Bo+Co Blitz

Jangan lupa cuba juga pencuci mulut mereka seperti:

  • Panna Cotta
  • Salted Caramel Tart
  • 8 Layer Chocolate Cake

Team TRP Cuba Beberapa Menu Di Botanica+Co, Bamboo Hills

Team TRP juga dijemput ke Restoran Botanica+Co di Bamboo Hills baru-baru ini untuk menikmati pelbagai menu menarik di sini.

Antaranya:

Roasted Cauliflower Pizza

Sumber: Siti Murni Azman/ TRP

Dipanggang di dalam ketuhar kayu, pizza ini memang lembut dan berkeju. Ditambah pula dengan bunga kobis membuatkan pizza ini lebih rangup.

Lebih istimewa lagi, pizza ini menggunakan keju biru jenis Gorgonzola.

Bagi kami, menu pizza ini adalah hidangan kegemaran kami. Selepas ini kalau datang sini lagi, memang akan order pizza ini. Besar dan mengeyangkan.

Char-Grilled Scallops

Sumber: Siti Murni Azman/ TRP

Alamak, ini pun hidangan kegemaran kami juga. Sekali ‘ngap’ dalam mulut memang cair terus. Ditambah pula dengan puri lobak merah di bahagian bawah membuat hidangan ini cukup sempurna!

Teringat-ingat rasa dia sampai sekarang.

Pencuci Mulut

Sumber: Siti Murni Azman/ TRP

Pencuci mulut mereka pun sedap juga. Antara pencuci mulut yang kami sempat cuba adalah:

Taro Almond Milkshake

Rasa macam minum kek ya air. Manis tetapi bagi tidak memuakkan. Antara bahan yang digunakan untuk membuat minuman ini adalah aiskrim berperisa taro, badam, kek keju dan susu badam.

Panna Cotta

Diperbuat daripada coklat putih dan ditaburkan dengan ketulan kecil buah strawberi serta minyak zaitun, pencuci mulut ini sememangnya mudah untuk ditelan. Tahu-tahu habis dah makan satu pinggan.

Pencuci mulut ini memang cukup lembut dan teksturnya hampir sama dengan puding.


Jadi kepada anda yang ingin mencuba pelbagai menu ini, boleh datang ke Botanica+Co di Bamboo Hills ya!

Jangan lupa ambil gambar OOTD banyak banyak di sini. Kalau boleh setiap sudut nak bergambar sebab memang cantik sangat.

Sumber: Siti Murni Azman/ TRP

Lokasi: P-09, Taman Bukit Bambu Off, Lebuhraya Duta – Ulu Kelang, Taman Bamboo, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi:

  • Isnin-Jumaat (12:00PM sehingga 4:00PM dan dibuka semula pada jam 6:00PM sehingga 10:00PM)
  • Sabtu dan Ahad (12:00PM sehingga 10:00PM)

BACA JUGA: Kafe Di Bukit Bintang Ini Akan Buat Anda Teruja Dengan Reka Bentuk Dalamannya. Unik!

BACA JUGA: Yard & Co, Kafe Tepi Laut Estetik & Cool Di Pengerang, Johor [Review]

BACA JUGA: Ini 5 Kafe Estetik & Instagramable Baharu Di KL. Nak #OOTD Pun Boleh!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd