Team TRP Cuba Spicy Buffalo Chicken Dari Subway. Not Bad! [Review]
Tahap kepedasan menu Spicy Chicken Buffalo ni mungkin 7/10?
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Menu Spicy Buffalo Chicken kini kembali lagi!
Kali pertama menu ini diperkenalkan adalah pada tahun 2018 dan ianya mendapat sambutan hangat oleh peminat Subway.
Menu Spicy Buffalo Chicken diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia ketika pertama kali dilancarkan pada tahun 2018, tetapi pelanggan kami memberitahu bahawa ianya tidak cukup pedas untuk mereka. Baiklah, kami dengar dan Spicy Chicken Buffalo Chicken kini kembali dan ianya adalah lebih sedap dari sebelumnya.
Mohd Shariff, Country Director Subway untuk Southeast Asia.

Setelah beberapa bulan meneliti dan menukar resepi menu terbaharu ini, pihak Subway akhirnya berjaya mengeluarkan kembali menu legend Spicy Buffalo Chicken.
Tapi kali ini, lebih uuumppph!
Kami dah cuba 😉
Untuk buktikan kat korang semua sama ada menu ini betul-betul ‘kick’ atau tidak, team TRP ambil keputusan untuk order sendiri melalui aplikasi GrabFood (sebab kami masih WFH).
Menu pilihan kami untuk Spicy Buffalo Chicken adalah:
- Parmesan Oregano (not toasted)
- Slice Cheese
- Lettuce
- Tomato
- Cucumber
- Chili sauce
- BBQ
Tak suka sangat sos banyak-banyak sebab nanti tak rasa sos asli menu ni.

Nampak dalam gambar memang tak semegah.
Tapi, gigitan pertama memang dapat tahu menu ni sebenarnya decent. Sos Spicy Buffalo yang sebati dengan roasted chicken dalam menu ni membuatkan sesiapa sahaja akan puas makan.
Walaupun kami order 6 inch je, rasa kekenyangan dan kepuasan tu macam order footlong!

Tapi untuk tahap kepedasan, mungkin 7/10? Sebab tak pedas sangat. Ingatkan sampai perlu teguk air sambil makan.
Sekian, review Spicy Buffalo Chicken Subway dari kami.
Selamat mencuba! 😀
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.