“Bau Menggamit Nostalgia” – Resepi Kek Oren Sempoi Ini Memang Sesuai Dihidang Di Aidilfitri!
Kek Oren Sempoi ini sebenarnya resepi orang dulu-dulu sebab simple dan rasa pun tak muak. Boleh cuba buat sendiri di rumah. 🙂
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba, korang dah tahu ke nak hidangkan menu apa selain menu-menu wajib? Contohnya, untuk pemanis mulut. Mestilah kena ada pemanis mulut selepas makan ketupat, rendang, dan sebagainya.
Dah alang-alang semua tengah duduk di rumah ni, apa kata luangkan masa yang ada beberapa hari lagi ini untuk bake sendiri? Ala, tak perlu ambil resepi yang fancy pun, simple pun sudah memadai.
Boleh cuba resepi Kek Oren Sempoi Sedap Raya ini yang dikongsikan oleh Facebook Ibu Resepi. Menurutnya, resepi ini merupakan resepi orang dulu-dulu. Sangat senang untuk dibuat, rasa pun sedap, dan tak muak.
Resepi yang sering dihidangkan pada waktu raya suatu ketika dahulu. Nostalgic!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
- 3 sudu teh sunquick
- 1 1/2 cawan gula
- 4 biji telur
- 1 cawan minyak
- Sedikit garam
- Bahan Kering: 2 cawan tepung gandum dan 2 sudu teh baking powder
Cara-caranya:
- Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas
- Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
- Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
- Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan
- Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
- Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang
- Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa
Mudah bukan?
Selamat mencuba untuk dihidangkan pada pagi Hari Raya nanti. 🙂
Kalau Nak Beli Lemang Online, ORDER SINI: Order Lemang Online Buat Anda Yang Berada Di Kawasan Bawah PKP. Deliver Sampai Depan Pintu Tau!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.