Now Reading
Nak Bersenam Ketika Bulan Puasa? Ini 3 Waktu Yang Sesuai Untuk Anda

Nak Bersenam Ketika Bulan Puasa? Ini 3 Waktu Yang Sesuai Untuk Anda

Bagi anda yang mahu bersenam, aktiviti yang disarankan adalah jenis intensiti ringan dan tidak terlalu membebankan tubuh badan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kurang dari tempoh seminggu lagi kita akan bertemu kembali dengan bulan Ramadan yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam.

Kehidupan ketika bulan Ramadan ini akan sedikit berbeza dari gaya hidup seperti hari biasa kerana perlu bangun sahur sebelum masuk waktu subuh dan kekal bertenaga sepanjang hari sebelum berbuka pada waktu Maghrib.

Walau bagaimanapun, bulan Ramadan ini tidak menjadi halangan kepada anda untuk terus melakukan aktiviti senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan.


3 Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam Ketika Bulan Ramadan

Memetik sumber Hello Doktor, terdapat tiga waktu yang sesuai untuk melakukan senaman ketika bulan Ramadan bagi mereka yang mahu mengekalkan gaya hidup sihat.

Antaranya:

#1. Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam: Sebelum Berbuka Puasa
Sumber: Pexels

Bersenam sebelum berbuka puasa merupakan salah satu waktu yang terbaik untuk membakar lebih banyak lemak bagi mengurangkan berat badan.

Ini kerana perut anda ketika itu tidak dipenuhi dengan makanan dan ‘kosong’ kerana sedang berpuasa.

Tak salah pun nak bersenam, asalkan tidak memaksa diri sehingga boleh menyebabkan seseorang pitam, pening atau pengsan.

Had untuk bersenam pada tempoh ini adalah tidak melebihi 60 minit.

#2. Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam: Selepas Berbuka Puasa
Sumber: Pexels

Tempoh dua atau tiga jam selepas berbuka puasa adalah waktu yang paling sesuai untuk bersenam kerana tenaga di dalam badan sudah kembali dijana semula.

Kalau boleh, tunggu sehingga makanan selesai dihadam untuk membolehkan makanan tersebut bertukar menjadi tenaga.

Jangan pula terus bersenam 15 minit selepas berbuka puasa. Risau kerana anda berisiko untuk termuntah.

#3. Waktu Yang Sesuai Untuk Bersenam: Selepas Sahur
Sumber: Pexels

Selepas sahur, badan anda juga mempunyai tenaga dari hidangan yang dimakan sebelum masuknya waktu Subuh.

Bagi anda yang mahu bersenam, aktiviti yang disarankan adalah jenis intensiti ringan dan tidak terlalu membebankan tubuh badan.

Ingat ya, anda juga perlu simpan tenaga yang ada untuk menjalani kehidupan harian.


Tips Untuk Kekal Bertenaga Ketika Bulan Ramadan

Menerusi perkongsian dari seorang pakar diet dikenali sebagai Jazeera Julaili di laman X (@JazeeraJulaili), terdapat beberapa tips yang boleh diamalkan oleh umat Islam bagi memastikan mereka kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

  • Melewatkan sahur.
  • Elakkan minum minuman berkafein secara berlebihan.
  • Mengambil makanan yang tinggi kandungan protein.
  • Mengamalkan sunnah terlebih dahulu ketika berbuka.
  • Kerap membuat senaman ringan.

NOTA KAKI: Tips ini sesuai untuk mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang normal sahaja. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain perlu rujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Baca Artikel Berkaitan: Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!

Sumber: Pexels

Tips Untuk Kurangkan Berat Badan Pada Bulan Ramadan

Selain ingin kekal sihat dengan melakukan aktiviti senaman, ada juga individu yang mahu mencapai matlamat bagi menurunkan berat badan semasa berpuasa di bulan Ramadan.

Yes, ini adalah masa yang paling sesuai. Nak kurus sekalipun, biarlah kekal sihat dan bukan dengan cara mengikat perut.

Antara tips yang boleh dilakukan adalah:

  • Mengehadkan jumlah kalori yang diambil ketika berbuka puasa atau bersahur.
  • Mengurangkan pengambilan makanan berkuah.
  • Melakukan senaman ringan.
  • Mengambil minuman detoks.
  • Mengambil susu kurma ketika waktu sahur.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 6 Tips Turun Berat Pada Bulan Ramadan. Bukan Kurang Makan Je Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd