Now Reading
Adakah Pemanis Tiruan ‘Aspartame’ Boleh Menyebabkan Kanser?

Adakah Pemanis Tiruan ‘Aspartame’ Boleh Menyebabkan Kanser?

Pemanis tiruan Aspartame yang dikatakan penyebab kanser banyak di dalam produk minuman soda berkarbonat dan gula-gula getah.

Adakah Pemanis Tiruan 'Aspartame' Boleh Menyebabkan Kanser_ (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, sebuah agensi kajian kanser di bawah seliaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan pemanis tiruan Aspartame sebagai penyebab kanser.

Memetik sumber dari Reuters, pemanis tiruan ini banyak digunakan dalam produk seperti minuman soda diet jenama Coca Cola, gula-gula getah jenama Extra dan coklat Mars.

Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) dijangka akan mula mengkategorikan bahan tersebut sebagai karsinogenik pada bulan hadapan.

Difahamkan keputusan berkenaan telah mencapai kata sepakat selepas satu mesyuarat dilakukan bersama pakar luar yang berperanan untuk menilai sama ada bahan Aspartame memberikan bahaya atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, perkara ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pihak berkuasa serta industri pemakanan.

Sumber: EFSA-European Union

Klasifikasi IARC Berhubung Bahan Penyebab Kanser

Seorang ahli farmasi di laman Twitter memuat naik perkongsian berhubung isu yang sedang kecoh ini menerusi akaun miliknya (@Fahmibinhassan) dan memberikan penjelasan berkaitan Aspartame.

Menurutnya, daging merah dan rokok berada dalam kategori sama mengikut klasifikasi IARC dalam menjadi punca kepada kanser.

Tetapi jika difikirkan secara logik, adakah merokok dan memakan daging merah mempunyai risiko sama yang menyebabkan kanser? Jawapannya tidak.

Risiko kanser akibat daging merah adalah hanya 3.4% jika dibandingkan dengan risiko 30 kali ganda kanser akibat rokok.

Untuk membolehkan anda lebih memahami tentang kategori penyebab risiko, berikut adalah klasifikasinya:

  • Kumpulan 1: Bersifat karsinogenik kepada manusia. Antara bahannya adalah alkohol, daging yang diproses, jenis HPV tertentu dan sinaran mengion. Profesion seperti pendandan rambut atau tukang gunting rambut juga berisiko.
  • Kumpulan 2A: Berkemungkinan bersifat karsinogenik kepada manusia termasuklah daging merah, berkeja semalaman dan terdedah kepada pencemaran udara.
  • Kumpulan 2B: Berkemungkinan bersifat karsinogenik kepada manusia. Bukti agak terhad pada manusia dan haiwan. Antara bahannya termasuklah telefon bimbit, petrol, aloe vera, sayur-sayuran jeruk, medan magnet frekuensi radio, naftalena, dan ekstrak gingko biloba. Dari segi profesion pula adalah tukang kayu, bekerja dengan bitumen, cucian kering dan industri pembuatan tekstil.
  • Kumpulan 3: Tidak diklasifikasikan sebagai karsinogenik kepada manusia seperti beberapa jenis anestetik, implan payudara silikon dan pewarna rambut.

Jadi Aspartame ini dalam katergori yang mana satu?

Ia diklasifikasikan sebagai Kumpulan 2B iaitu berkemungkinan menyebabkan kanser. Selain itu, bahan lain yang berada dalam kategori sama adalah kimchi, minyak kelapa, kopi dan teh.


Boleh Percaya Ke Kategori Yang Dikeluarkan Oleh IARC Ini?

Mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada klasifikasi yang dikeluarkan oleh IARC ini boleh diguna pakai atau tidak?

Jawapannya boleh.

Ini kerana sebuah kajian pada tahun 2022 menunjukkan terdapat peningkatan risiko kanser terhadap mereka yang minum minuman pemanis tiruan dalam tempoh 10 tahun.

Tetapi berapa banyak peningkatannya? Hanyalah 0.2% sahaja.

Klasifikasi IARC tidak mengambil kira magnitud risiko bahan penyebab kanser. Ia akan jatuh dalam klasifikasi kategori asalkan ada bukti ia menyebabkan kanser tidak kiralah tinggi atau rendah risikonya.

Jika dilihat menerusi meta analisis pada tahun 2023 melibatkan kajian berkaitan pemanis tiruan, tiada bukti jelas yang menunjukkan Aspartame boleh menyebabkan kanser.

Senang kata, hanya wujud asas teori sahaja yang mengatakan Aspartame ini boleh mengakibatkan kanser. Namun, risikonya terlalu kecil dan belum dapat dibuktikan.


Minum Aspartame Atau Ambil Gula Lebih Bagus?

Kalau diikutkan, minum air kosong adalah yang paling bagus. Tetapi ada kalanya tekak kita akan teringin untuk minum minuman manis, betul tak?

Alternatif lain selain pemanis tiruan adalah gula. Namun, pengambilan gula secara kerap dibuktikan dalam kajian boleh menyebabkan obesiti dan masalah kesihatan yang lain.

Jadi mana satu yang lebih baik, ambil minuman bergula atau dengan pemanis tiruan?

Bagi pendapat ahli farmasi ini, dia memilih untuk mengambil minuman soda diet dengan pemanis tiruan berbanding soda biasa dengan gula. Tetapi pilihan ini bergantung kepada pandangan peribadi anda sendiri.


Petanda Jika Badan Seseorang Sudah Terlebih Gula

Pengambilan gula yang berlebihan dalam badan boleh mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit serius seperti diabetes, sakit jantung, dan kanser.

Oleh itu, pentingnya untuk anda mengenal pasti keadaan tubuh badan jika sudah ‘penuh dengan gula.

Antara petanda-petanda tersebut adalah seperti berikut:

  • Kerap buang air kecil
  • Cepat rasa dahaga
  • Cepat lapar
  • Mata jadi kabur
  • Mudah rasa sensitif
  • Badan cepat lesu
  • Kulit terasa gatal

BACA JUGA: Ini 7 Petanda Jika Badan Anda Sudah Terlebih Gula. Lebih Baik Segera Jumpa Doktor

BACA JUGA: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd