Now Reading
Ini 7 Petanda Jika Badan Anda Sudah Terlebih Gula. Lebih Baik Segera Jumpa Doktor

Ini 7 Petanda Jika Badan Anda Sudah Terlebih Gula. Lebih Baik Segera Jumpa Doktor

Salah satu petanda badan seseorang mempunyai gula berlebihan adalah kerap membuang air kecil dan cepat lesu.

petanda badan terlebih gula

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sekarang ini ada macam-macam jenis makanan yang viral. Dari minuman boba kepada kepada apam balik pelbagai perisa, membuatkan orang ramai terutamanya golongan muda akan terliur dan terus membelinya.

Namun, trend tersebut agak membimbangkan kerana sudah tentu jumlah gula dalam manisan yang viral ini agak tinggi. Boleh potong kaki oi!

Pengambilan gula yang berlebihan dalam badan boleh mengakibatkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit serius seperti diabetes, sakit jantung, dan kanser.

BACA JUGA: Pakar Kardiologi Perjelas Kenapa Bahaya Makan Lewat Malam, Netizen Tampil Buat ‘Kelakar’ Pula

Tanda-tanda badan terlebih gula

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Noordin Darus memuat naik satu video di laman TikTok miliknya (drnoordinofficial) untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang petanda jika badan seseorang memiliki gula yang berlebihan.

Antara petanda-petanda tersebut adalah seperti berikut:

1. Kerap buang air kecil

Sumber: FAJAR Pendidikan

Seseorang itu dilihat kerap membuang air kecil iaitu lebih dari dua hingga tiga kali dalam tempoh yang singkat terutamanya pada waktu malam. Menurut doktor ini, berkemungkinan air ditarik keluar bersama dengan gula tersebut.

2. Cepat rasa dahaga

Sumber: Sajian Sedap

Kalau tekak rasa terlampau kering dan dahaga serta sukakan minuman sejuk berais, hati-hati kerana mungkin itu juga petanda badan anda mempunyai gula berlebihan.

3. Mudah lapar

Sumber: Nakita.ID

Pernah tak rasa macam baru je makan tapi perut berbunyi tanda lapar lagi? Sebenarnya ini juga boleh jadi petanda badan anda mempunyai kandungan gula yang banyak.

Jumlah gula yang tinggi di dalam badan akan menghalang glukosa diserap dalam sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Sebab itulah anda rasa cepat lapar.

4. Mata jadi kabur

Sumber: Planet Swap

Pernah tak penglihatan anda tiba-tiba jadi kabur dan kelabu? Boleh jadi juga itu adalah petanda badan anda terlebih gula. Kalau rasa mata cepat penat dan tidak bermaya, segera berjumpa doktor okey?

5. Mudah rasa sensitif

Sumber: The Asian Parent

Jangan terkejut kerana mereka yang mempunyai gula berlebihan dalam badan agak menjadi seseorang yang sangat sensitif dan mudah marah secara tiba-tiba.

Menurut kajian, kadar gula dalam darah yang tidak terkawal boleh menjadi faktor kepada perubahan emosi seseorang dalam masa agak pantas.

6. Badan cepat lesu

Sumber: EH!

Bila kandungan glukosa di dalam badan tidak disimpan dengan betul kerana jumlah yang terlalu banyak, keadaan ini akan menyebabkan seseorangitu mudah terasa lesu dan cepat penat kerana tenaga kurang dihasilkan.

7. Kulit terasa gatal

Sumber: Klik Dokter

Pernah tak tiba-tiba terasa gatal pada tempat tertentu pada badan terumanya di celah kangkang? Boleh jadi petanda ini menunjukkan anda mempunyai gula yang tinggi dalam badan.

Jika petanda-petanda di atas sering berlaku pada diri anda, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan yang sepatutnya. Lebih baik mencegah daripada merawat.

Jangan sebab nak ikut trend makan makanan viral sehingga terlupa untuk pantau kesihatan diri. Bahaya tu!

BACA JUGA: Nak Buah Pinggang Yang Sihat? Praktik 6 Amalan Sihat Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd