KTMB Tawar Perkhidmatan Koc Mewah Kepada Penumpang. Siap Ada Karaoke & Tandas Peribadi!
Koc mewah yang ditawarkan oleh KTMB ini boleh membawa anda ke pelbagai destinasi seperti Bangkok, Hat Yai dan Padang Besar dengan lebih selesa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjadi salah satu pilihan orang ramai yang ingin melancong ke negeri lain atau negara jiran seperti Thailand.
Antara lokasi yang sering menjadi destinasi pilihan pengguna KTM adalah ke Hat Yai, Thailand.
Bermula pada 15 Julai 2022, perkhidmatan tren shuttle dari Padang Besar, Perlis ke Hat Yai dengan harga 50 Baht (RM7) kembali disediakan kepada para penumpang selepas dua tahun ditangguh operasi akibat pandemik.
BACA JUGA: Tren Shuttle Padang Besar Ke Hat Yai Mula Kembali Operasi Hari Ini, 15 Julai
BACA JUGA: KTM Tawar Perjalanan Percuma Buat Pelajar Sekolah & OKU, Ini Cara Untuk Mohon Pas MyRailLife
KTMB Tawar Koc Mewah Ke Pelbagai Destinasi Untuk Para Penumpang Lebih Selesa
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh pengguna Facebook (Travel Rookie), anda kini boleh menempah keseluruhan tren KTM dengan gaya mewah untuk melancong ke pelbagai destinasi seperti Padang Besar, Hat Yai, Bangkok dan lain-lain.

Katanya siap ada bilik dan tandas persendirian, servis karaoke, restoran dan sebagainya. Dekorasi dan gaya di dalam gerabak itu memang ala-ala di dalam rumah bergerak.


Pasangan suami isteri yang dalam perjalanan untuk berbulan madu boleh juga membuat tempahan koc ini kerana ia menyediakan bilik pengantin.

Difahamkan buat masa ini, hanya satu tren sahaja yang mempunyai servis gaya mewah tersebut.
Kepada anda yang mahukan perjalanan yang selesa dan lebih privasi, bolehlah membuat tempahan di laman web KTMB atau klik [DI SINI].
Koc Mewah Yang Ditawarkan Oleh KTMB Terima Pelbagai Reaksi Dari Netizen Di Media Sosial
Koc mewah yang ditawarkan oleh pihak KTMB untuk para penumpang yang menginginkan keselesaan mendapat pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.
Segelintir netizen memberi pendapat bahawa hiasan dalaman koc mewah itu dikatakan seperti tidak mempunyai citarasa.
Malah, ada juga yang mendakwa ia seperti dekorasi di dalam tandas kayangan di sebuah stesen pam minyak di Kelantan.
Mereka juga berpandangan cadar katil yang digunakan seperti design bilik pengantin pada 30 tahun lepas.
Pada masa yang sama, ada netizen menjelaskan bahawa koc tersebut adalah koc lama yang sebelum ini sering digunakan oleh Almarhum Sultan Kelantan.
Koc tersebut kini sudah tidak digunakan lagi oleh kerabat diraja dan mungkin disebabkan itu ia dibuka untuk jualan kepada orang ramai.




Tetpi kepada anda yang berminat untuk mencuba sendiri menaiki koc mewah oleh KTMB ini, apa salahnya?
Tak salah mencuba kan? Nanti kongsilah dengn kami pengalaman anda menaiki koc mewah tersebut.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.