Now Reading
Nak Roadtrip Ke Ipoh? Jom Terokai Tasik Cermin & 4 Lokasi Menarik Ini

Nak Roadtrip Ke Ipoh? Jom Terokai Tasik Cermin & 4 Lokasi Menarik Ini

Antara tempat menarik di Ipoh adalah seperti Taman Rekreasi Gunung Lang dan Funtasy House Trick Art.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau anda nak bercuti, tak perlu pergi jauh-jauh pun sebab di Malaysia sendiri sudah ada banyak tempat menarik seperti di Pulau Pinang, Perlis, Selangor dan sebagainya.

Setiap negeri ada tarikan masing-masing. Contohnya kalau pergi Pulau Pinang tak sah kalau tak makan Nasi Kandar manakala Ipoh pula popular dengan Nasi Ganja.

BACA JUGA: Komtar Penang Skywalk & 4 Tarikan Menarik Pelancong Di Pulau Pinang Anda Wajib Pergi!

Selain Nasi Ganja, apa lagi eh yang best di Ipoh? Kalau anda pertama kali ke ibu negeri Perak ini dan tak tahu nak berjalan ke mana, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa lokasi menarik yang anda boleh lawati. 

Antaranya:

1. Taman Rekreasi Gunung Lang

Sumber: Twitter/sabbrynaaaa

Kalau anda sudha bosan dengan hutan konkrit dan inginkan sesuatu yang semula jadi, Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan lokasi yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti riadah.

Ada macam-macam tempat best di sini untuk anda melakukan beberapa aktiviti. Antaranya seperti:

  • Jeti bot
  • Zoo mini
  • Gua
  • Tasik ikan keli
  • Replikasi Rumah Perak
  • Air terjun buatan tertinggi di Malaysia

Dengan harga tiket serendah RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk warga emas serta kanak-kanak, anda boleh menikmati pelbagai suasana flora dan fauna di sini.

2. Tasik Cermin

Sumber: Malay Mail

Pergi Ipoh tanpa singgah di Tasik Cermin memang tak lengkap percutian pendek anda.

Tetapi sebelum anda boleh menikmati pemandangan indah di Tasik Cermin, kena bersedia untuk berjalan kaki dalam tempoh dua hingga tiga minit di dalam gua yang agak gelap pada jarak 50 meter. Tak apa, boleh buka lampu suluh di telefon bimbit kalau takut.

Selepas itu, anda akan terlihat cahaya dan satu pemandangan yang cukup memukau di Tasik Cermin. Cantik sangat!

3. Taman Rekreasi D R Seenivasagam

Sumber: Malaysia Travel Guide/ TripHobo

Taman Rekreasi D R Seenivasagam merupakan salah satu taman tertua di Ipoh dan terkenal dengan taman bertemakan konsep di negara Jepun.

Landskap taman ini boleh dikatakan hampir sama dengan budaya Jepun. Dengan adanya tasik besar serta jambatan pergola, bolehlah feeling-feeling seperti di Jepun.

Nak bawa ahli keluarga beriadah di sini pada waktu pagi atau petang pun sesuai sangat.

4. Funtasy House Trick Art

Sumber: Ipoh Echo/ Trip Advisor

Kalau anda sejenis yang suka dengan karya seni berbentuk tiga dimensi, pasti anda teruja untuk ke Funtasy House Trick Art yang penuh dengan replika seakan-akan timbul dan wujud.

Jangan terkejut kalau anda boleh dilihat seperti orang kerdil atau berada di rumah yang terbalik. Kalau boleh di setiap sudut replika nak bergambar.

Walaupun dalam gambar nampak macam anda dalam keadaan bahaya, tetapi jangan risau kerana semuanya hanya ilusi mata sahaja.

5. Concubine Lane

Concubine Lane ini memang terkenal sebagai tempat untuk ber-OOTD sebab ada banyak port yang cantik untuk bergambar. Dinding-dinding pun ada pelbagai lukisal mural yang menarik. Nampak macam real pun ada.

Selain itu, anda boleh rasa beberapa menu popular yang menjadi tumpuan pengunjung seperti Ais Kepal, Rainbow Cheese Toast, Tanghulu dan banyak lagi.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat best di Ipoh yang anda boleh terokai seperti:

  • Mural Art’s Lane
  • Catch A Toy @ Ipoh Garden
  • Park Sunway City Ipoh
  • Lost World of Tambun
  • Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Kalau rasa tak tahu nak pergi mana hujung minggu ini, bolehlah ajak kawan-kawan atau ahli keluarga untuk bercuti ke Ipoh dan merasai sendiri pengalaman melawati beberapa tempat menarik.

Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak untuk disimpan sebagai kenangan sewaktu di sana.

BACA JUGA: Ini Beberapa Tempat Menarik Boleh Anda Explore Di Perlis. Syok Aih!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd