Now Reading
Ini Beberapa Tempat Menarik Boleh Anda Explore Di Perlis. Syok Aih!

Ini Beberapa Tempat Menarik Boleh Anda Explore Di Perlis. Syok Aih!

Negeri terkecil di Malaysia, tapi banyak betul aktiviti boleh buat kat sana. Hampa jangan pandang Perlih sebelah mata naa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Perelih.”

Ya, orang luar akan panggil Perlis. Kalau lidah lembut, bolehlah ikut slang utara. Kalau tidak, sebut sahaja seperti biasa.

Pernah terfikir nak jalan-jalan makan angin di Perlis?

Mungkin anda merasakan ‘ada apa di Perlis? Makan mana yang sedap? Aktiviti apa yang boleh dilakukan?’ HELLO, banyak okay. Belum cuba, belum tahu. Bila dah sampai sana, tiba-tiba full-day pula itinerari anda.

Kawasan Bukit Keteri, Perlis.
(Sumber: Mai Singgah)

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nama negeri Perlis berasal daripada perkataan Siam ‘prow-lowy’ yang membawa maksud ‘kelapa hanyut’, daripada perkataan dialek Melayu Utara ‘perelus’ iaitu ‘kaki termasuk ke dalam atau ke celah sesuatu’, atau daripada nama ‘Peran Leh’ yang dikatakan seorang peran atau pelawak mahsyur bernama ‘Saleh’.

Selain itu, nama Perlis turut dikatakan bermula daripada perkataan ‘peroleh’ yang bermakna ‘mendapat’, sempena nama pembesar bergelar Tok Perlis dan dikaitkan dengan ‘perlit’ yang bererti batu.

Panjang juga kisah nama Perlis ini.

Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan wilayah selatan Thailand (Satun dan Songkhla), dengan keluasan hanya 821km2 (negeri terkecil di Malaysia).

Pentadbiran Negeri Perlis diterajui oleh intitusi Diraja dan dibahagikan kepada 3 Parlimen (Kangar, Padang Besar dan Arau) dengan pecahan 15 Dewan Undangan Negeri dan 22 Mukim.

Selain daripada Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Perlis merupakan antara negeri yang mempunyai hanya 1 Daerah Pentadbiran iaitu Perlis.

Okay, cukup tentang sejarah. Kita jalan-jalan pusing Perlih jom?


Ada Apa Di Perlih?

Seorang pengguna Twitter (qsmrh) menerusi tweets telah berkongsi beberapa tempat menarik untuk makan, melakukan aktiviti, naik bukit, layan matahari terbenam, dan banyak lagi.

Lihat perkongsian penuh di bawah:

“A Day In Perlis”

Ada lagi tempat yang menurutnya tidak berkesempatan untuk pergi iaitu Dusun Genting Nakawan. Katanya, kalau nak makan pagi di sana kena datang awal, nanti ramai orang.

Akhir sekali, gadis ini turut berkongsikan video ‘wrap-up’ sepanjang keberadaannya di Perlis.

Negeri terkecil di Malaysia, tapi banyak betul aktiviti boleh buat kat sana. Hampa jangan pandang Perlih sebelah mata naa.

Persoalannya, sempat ke buat semua ini dalam masa sehari?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd