Now Reading
Komtar Penang Skywalk & 4 Tarikan Menarik Pelancong Di Pulau Pinang Anda Wajib Pergi!

Komtar Penang Skywalk & 4 Tarikan Menarik Pelancong Di Pulau Pinang Anda Wajib Pergi!

Antara tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Pulau Pinang adalah seperti Komtar Penang Skywalk dan Habitat Penang Hill.

destinasi menarik di Pulau Pinang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pulau Pinang adalah salah satu destinasi pelancongan budaya dan warisan yang sering dikunjungi oleh masyarakat tempatan dan juga luar negara.

Ibu negeri Pulau Pinang iaitu George Town telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terbaik di Asia pada tahun 2021.

Negeri ini turut menjadi pilihan orang ramai kerana terdapat pelbagai lokasi menarik dan terkenal dengan hidangan Nasi Kandar.

BACA JUGA: Mengidam Nasi Kandar? Ini 5 Kedai Di Pulau Pinang Yang Anda Patut Cuba

Sumber: Harian Metro

Destinasi menarik di Pulau Pinang

Kepada anda yang pertama kali melancong ke Pulau Pinang dan masih tak tahu nak berjalan ke mana, jom kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa lokasi menarik yang anda boleh lawati. 

Antaranya:

1. Taman Tema ESCAPE

Sumber: Our Journey

Kalau anda gemar melakukan aktiviti lasak dan mencabar, ESCAPE Penang adalah tempat yang sesuai. Dari aktiviti panjat-memanjat hingga ke aktiviti air, semuanya ada di sini.

Untuk pengetahuan anda, taman tema ini juga mempunyai gelongsor air terpanjang di dunia di mana pengunjung akan mengambil masa kira-kira empat minit melalui laluan sepanjang 1.140 meter sebelum masuk ke dalam kolam.

Selain itu, lebih 40 tarikan menarik di taman tema ESCAPE ini menanti semua pengunjung.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10AM – 6PM). Ditutup setiap hari Isnin untuk kerja penyelenggaraan.

Lokasi: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

2. Entopia by Penang Butterfly Farm

Sumber: Penang Insider

Tempat ini dahulunya dikenali sebagai Taman Rama-Rama Pulau Pinang telah diberi nama baharu iaitu Entopia yang merupakan gabungan perkataan Entomologi dan Utopia.

Entopia merupakan sebuah pusat pembelajaran unik di mana pengunjung bukan sahaja dapat meninjau keajaiban alam sekitar, malah dapat menghayati keindahan alam semula jadi menerusi dua jenis tema di Entopia iaitu Natureland (outdoor gardens) dan Cocoon (indoor discovery centre).

Bukan setakat rama-rama, pelbagai jenis serangga lain yang anda boleh lihat di sini.

Kalau anda agak penat berjalan dan terasa dahaga, jangan risau kerana di sini juga terdapat kedai makan iaitu Restoran Tapestree.

Sumber: Penang Travel Tips

Waktu operasi: Khamis- Selasa (9AM – 6PM). Ditutup pada setiap hari Rabu.

Lokasi: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

3. Komtar Penang Skywalk

Sumber: Viator

Terletak di tingkat 86 Menara Komtar, ruang terbuka yang dikenali sebagai Rainbow Skywalk ini membolehkan anda merasai sendiri pengalaman melihat pemandangan setinggi 816 kaki dari paras laut.

Terdapat dua jenis pilihan untuk pengunjung di sini seperti:

  • Pilihan pertama
    • Rainbow skywalk
    • Observatory Deck
    • Kanak-kanak dengan ketinggian di bawah 90 cm boleh masuk secara percuma.
  • Pilihan kedua
    • Rainbow skywalk
    • Observatory Deck
    • Jurassic Research
    • Top Boutique
    • Hanya perlu tambahan RM7 bagi membolehkan anda memasuki destinasi yang lain.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (12PM – 10 PM). Ditutup pada hari Selasa.

Lokasi:  1, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang.

4. Wonderfood Museum Penang

Sumber: Youtube Neerush Family

Wonderfood Museum merupakan salah satu destinasi popular jika melancong ke Pulau Pinang.

Apa yang menarik di sini adalah anda boleh melihat replika pelbagai jenis makanan tradisional rakyat Malaysia dalam saiz gergasi! Sebut apa sahaja makanan, semuanya ada. Contohnya, laksa, nasi lemak, ais kacang, cendol dan banyak lagi.

Yang paling best adalah anda boleh ‘selfie’ dan bergambar dengan bermacam gaya dengan replika di sini.

Sekali tengok memang nampak macam betul sampai ada yang terliur. Confirm keluar muzium ini terus cari makanan.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari (9AM – 6PM)

Lokasi: 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

5. Penang 3D Trick Art Museum

Sumber: Penang Travel Tips

Kalau datang ke Penang 3D Trick Art Museum, mesti anda akan teruja melihat pelbagai replikasi tiga dimensi yang dilihat seakan-akan timbul dan wujud.

Jangan terkejut kalau anda boleh dilihat seperti orang kerdil atau berada di rumah yang terbalik. Kalau boleh di setiap sudut replika nak bergambar.

Walaupun dalam gambar nampak macam anda dalam keadaan bahaya, tetapi jangan risau kerana semuanya hanya ilusi mata sahaja.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari (9AM – 6PM)

Lokasi: 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.


Walaupun Pulau Pinang hanya merupakan sebuah pulau, tetapi banyak destinasi menarik yang boleh dilawati. Memang best kalau dapat berjalan-jalan di sini dengan ahli keluarga atau rakan rapat.

Kalau nak lagi tenang, boleh menginap di hotel dengan pemandangan laut. Fuh, syok tu!

BACA JUGA: 5 Hotel Tepi Pantai Yang Best Sekitar Pulau Pinang. Setiap Hari Tengok Laut!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd