Now Reading
3 Filem Ini Pamer Pengalaman ‘Extraordinary’ Di Istanbul. Memang Terpesona!

3 Filem Ini Pamer Pengalaman ‘Extraordinary’ Di Istanbul. Memang Terpesona!

Filem bertajuk “Taste in Istanbul is the New Cool”, “Shopping in Istanbul is the New Cool” dan “Art in Istanbul is the New Cool” akan menonjolkan bandar yang meriah dan penuh kepelbagaian ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bercakap tentang percuti, pastinya anda inginkan lokasi menarik.

Paling bonus jika lokasi itu dipenuhi dengan sejarah dan memiliki pelbagai tempat menarik yang boleh dikunjungi sepanjang tempoh percutian anda.

Contohnya, Istanbul, Turki. Memang terpegun melihat keindahan bandar ini.

Terletak di Laut Mediterranean dan menghubungkan benua Asia dan Eropah yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus yang terkenal, Turki merupakan destinasi unik dan hab untuk interaksi budaya.

Selain iklim cuacanya yang menarik, Turki memberi inspirasi kepada pengunjung dengan sejarah, alam semula jadi dan gastronomi yang mencerminkan kepelbagaian tamadunnya selama berabad.

Sebagai titik pertembungan budaya, Turki mempunyai pemahaman tersendiri tentang seni dan fesyen merupakan hasil gabungan tradisi serta kemodenan dan budaya membeli-belah dan hiburan yang dinamiknya turut menarik pengunjung dari seluruh dunia.


Pengalaman Menarik Di Istanbul Dipamerkan Dalam Filem-filem Promosi ‘New Cool’.

Menyerlahkan identitinya sebagai salah sebuah destinasi pelancongan impian ramai, Istanbul mempamerkan seni, budaya, gastronomi dan pengalaman membeli-belahnya yang luar biasa melalui tiga filem promosi iaitu:

  • Taste in Istanbul is the New Cool.
  • Shopping in Istanbul is the New Cool.
  • Art in Istanbul is the New Cool.

Ia memberikan fokus terhadap semua tawaran menarik di bandar berkenaan dan juga menonjolkan struktur dinamik kota pelbagai rupa yang tidak tidur ini.

Sesuai untuk semua peringkat umur, citarasa, dan bajet.

Pada tahun 2021, Istanbul dinobatkan sebagai salah satu bandar terbaik di dunia dalam tinjauan pembaca daripada pelbagai penerbitan terkemuka.

Istanbul secara konsisten disenaraikan di antara destinasi utama dalam tinjauan dan ‘senarai terbaik’ yang diterbitkan di media antarabangsa.

Tiga iklan baharu akan memberikan fokus terhadap seni, makanan  dan pengalaman membeli-belah di metropolis Istanbul kepada lebih ramai bakal pengunjung.

Filem bertajuk “Taste in Istanbul is the New Cool”, “Shopping in Istanbul is the New Cool” dan “Art in Istanbul is the New Cool” ini menonjolkan bandar yang meriah dan penuh kepelbagaian ini sebagai destinasi popular menyajikan pelbagai pengalaman untuk pelawat jangka pendek dan panjang.

Iklan tersebut akan disiarkan di TV dan saluran digital di 178 negara.


Art In Istanbul Is The New Cool:

Sejarah Yang Kaya Dengan Pelbagai Acara Seni & Budaya.

Pengunjung akan menikmati pengembaraan yang berbeza di hampir setiap daerah. Istanbul merupakan khazanah binaan bersejarah yang merupakan warisan masa silam bandar itu – serta pelbagai seni dan budaya lain yang sentiasa berkembang.

“Art in Istanbul is the New Cool” menampilkan sejarah unik bandar itu, dengan merujuk kepada Hagia Sophia yang dianggap sebagai ‘Keajaiban Dunia Yang Kelapan’.

Filem ini turut menonjolkan Pusat Kebudayaan Atatürk, dibuka semula tahun lepas dengan struktur yang diperbaharui, bersama dengan muzium seni moden dan kontemporari seperti Istanbul Modern dan Santral İstanbul.

Selain itu, ‘bandar yang tidak pernah tidur’ ini menampilkan pelbagai acara seni dan budaya sepanjang tahun seperti pameran seni Kontemporari Istanbul dan Festival Laluan Budaya Beyoğlu.


Taste In Istanbul Is The New Cool:

Citarasa Berbeza Di Setiap Laluan.

Makanan Istanbul sentiasa mendapat penghargaan tinggi. Dipengaruhi oleh banyak tamadun yang telah membentuk bandar ini, makanan di İstanbul merupakan sebab yang menarik untuk menerokai bandar ini.

“Taste in Istanbul is the New Cool” menonjolkan kepelbagaian tradisi gastronomi bandar ini yang menyatukan citarasa Eropah dan Asia.

Filem ini dibuka dengan sarapan tradisional Turki dan teh Turki dalam cawan berbentuk tulip yang disajikan di restoran dan kafe popular, antaranya dengan pemandangan Menara Maiden.

Untuk makan malam, meze yang lazat disajikan di restoran yang menghadap selat Bosphorus.

Filem ini juga mengetengahkan pencuci mulut seperti baklava dan güllaç yang terkenal, pencuci mulut tradisional Turki yang disediakan dengan kanji jagung, air mawar, susu dan gula, bersama dengan kopi Turki dan Turkish Delight.

Hidangan lazat seperti köfte (bebola daging), kebab dan döner ditunjukkan, begitu juga dengan penjaja jalanan yang menjual simit – roti Turki yang popular.

Pelbagai restoran mewah yang ada di bandar ini serta pilihan masakan antarabangsa juga dipaparkan. Istanbul jelas menjanjikan pengalaman masakan yang tidak dapat dilupakan.


Shopping In Istanbul Is The New Cool:

Istanbul – Pusat Beli-belah Global.

Sebagai bandar terbesar dan paling maju di Türkiye, Istanbul menyerlahkan diri dengan pilihan membeli-belah yang meluas seperti bazar bersejarah, kedai konsep mahupun butik canggih.

Grand Bazaar, salah satu pusat beli-belah tertua di dunia menawarkan pengunjung peluang untuk membawa pulang kenangan indah, permaidani tenunan tangan, jubin seramik dilukis dengan tangan, set teh tradisional dan cenderahati menarik lain.

Butik khusus pereka Turki menjemput penggemar fesyen untuk melengkapkan almari pakaian mereka dengan pakaian unik, manakala jenama antarabangsa dan terkenal di dunia boleh dijumpai di Taksim dan Nişantaşı, dua kawasan beli-belah yang paling meriah di bandar ini.

Di samping itu, terdapat kompleks membeli-belah dan pusat hiburan yang pelbagai di seluruh bandar.


Untuk maklumat lanjut tentang Turki, [KLIK SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd