Now Reading
Melaka U-Turn Kebenaran Terima Pelancong Pada 1 Oktober. Ini Sebabnya

Melaka U-Turn Kebenaran Terima Pelancong Pada 1 Oktober. Ini Sebabnya

Antara lokasi yang diumumkan bakal menerima pelancong domestik pada 1 Oktober nanti adalah Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highlands.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia menarik nafas lega dan menunjukkan kegembiraan ketika diumumkan bahawa tiga lagi destinasi pelancongan akan diizinkan dibuka kepada pelancong dalam waktu dekat ini.

Lokasi tersebut adalah Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman.

BACA SINI: Kerajaan Umum 3 Destinasi Pelancongan Yang Akan Dibuka Bermula 1 Oktober. (Yay!)

Buat warga Lembah Klang, Melaka adalah lokasi yang berada dalam senarai teratas bakal dikunjungi.

Team TRP juga telah mengeluarkan beberapa senarai tempat menarik di sana termasuk makanan sedap yang boleh dicuba oleh pelancong.

Nampaknya Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan mungkin terlalu cepat mengumumkan perkara tersebut sehingga kerajaan negeri Melaka terpaksa menolak keputusan itu.

Umum sedia maklum, kemasukan pelancong domestik ke Melaka yang sepatutnya dibuka pada 1 Oktober depan akan ditangguh seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Kenapa? Ini 5 sebabnya:

1. Kadar vaksinasi golongan dewasa di Malaysia perlu mencapai 90%.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata pintu masuk akan dibuka setelah kadar vaksinasi negara mencapai 90% seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

2. Mengutamakan keselamatan pelancong.

Pengerusi Gabungan Persatuan Ejen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) Melaka Goh Hock Gin berkata pelancong dan setiap individu perlu diutamakan. Beliau turut menjelaskan hanya mereka yang telah lengkap dua dos dan tidak menunjukkan sebarang gejala dalam masa dua minggu akan dibenarkan masuk ke negeri itu.

3. Ujian saringan untuk pelancong akan disediakan.

Goh mencadangkan agar mekanisme melakukan ujian saringan untuk pelancong dibuat, terutama buat mereka yang menginap di hotel.

4. Prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas.

Menurut The Star, Goh juga mengatakan SOP lebih jelas diperlukan sebelum industri dibenarkan beroperasi – ini termasuk pihak berkuasa yang tertentu untuk mengatur penyewaan jangka pendek kerana hotel mempunyai SOP standard dan dapat menguruskan kemasukan tetamu dengan sewajarnya.

5. Jonker Walk Night Market belum bersedia untuk dibuka semula.

Walaupun terdapat banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di Melaka, pasar malam Jonker Walk boleh dikatakan salah satu tempat paling popular untuk dikunjungi.

Oleh itu, Timbalan Ketua Jawatankuasa Pengurusan Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata pasar malam yang ikonik itu tidak akan dibuka semula walaupun gelembung perjalanan dibenarkan di Melaka.

Mereka sedang menunggu Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi lampu hijau bagi pembukaan semula dan dijangka akan meneruskan aktiviti pada bulan Disember.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd