Now Reading
Filem Mentega Terbang Buka Minda Masyarakat Tentang Kehidupan Selepas Meninggal

Filem Mentega Terbang Buka Minda Masyarakat Tentang Kehidupan Selepas Meninggal

Mentega Terbang adalah terjemahan daripada perkataan ‘butter-fly’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila seseorang sudah meninggal dunia, pasti mereka akan masuk ke alam yang lain. Kalau ikut kepercayaan agama Islam, manusia yang sudah dijemput Ilahi akan memasuki alam barzakh.

Setiap orang ada kepercayaan masing-masing, bergantung kepada agama yang dianuti.

Bila bercakap tentang agama dan kepercayaan, topik ini agak sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan kepelbagaian kaum di negara ini.

Mungkin salah satu cara untuk kita menyampaikan mesej tentang topik ini adalah melalui filem. Menarik juga kan?

Kami boleh suggest kepada anda satu filem tempatan yang membincangkan tentang topik agama serta kepercayaan.

Filem Mentega Terbang arahan Khairi Anwar

Tak pernah dengar kan filem ini di mana-mana panggung wayang? Ini kerana filem ini hanya ditayangkan secara tertutup dan masih belum mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk dipersembahkan kepada khayalak ramai.

Baru-baru ini, kami telah dijemput oleh pihak pihak produksi filem Mentega Terbang untuk menonton filem ini secara tertutup di GMBB.

Jom kami cerita sedikit tentang filem Mentega Terbang ini.

Mentega Terbang adalah filem indie lokal arahan Khairi Anwar dan penerbitnya, Tan Meng Kheng.

Filem ini mengetengahkan topik tentang kehidupan selepas meninggal dunia. Persoalan tentang syurga dan neraka terngiang-ngiang dalam diri karakter utama filem ini iaitu Aisyah – seorang pelajar sekolah menengah.

Kalau anda nak tahu, watak utama dalam filem ini iaitu Syuma Salihin baru sahaja berumur 16 tahun, tetapi lakonannya mengagumkan ramai penonton.

Dalam filem ini, Aisyah mempunyai seorang ibu, Jamhariah yang menghidap penyakit kanser pankreas dan seorang ayah bersifat liberal.

Bukan itu sahaja, Aisyah ada seorang kawan beragama Hindu iaitu Suresh. Pada awalnya mereka cuma rakan sekelas untuk menyiapkan tugasan berkumpulan, lama-lama jadi rapat pula.

Wujud ke kehidupan selepas mati?

Ini adalah persoalan yang ada dalam fikiran Aisyah.

Tahu tak kenapa Aisyah ini mempersoalkan tentang kehidupan selepas meninggal dunia? Kerana dia mahu mencari jalan lain untuk membolehkan ibunya kekal bersama dengannya sekiranya ibu Aisyah meninggal dunia akibat kanser.

Walaupun Aisyah beragama Islam, tapi dia pun baca kitab daripada agama Kristian, iaitu Bible. Nak tahu kenapa Aisyah baca Bible?

Aisyah baca kitab agama lain kerana dia ingin mengkaji dan mempelajari tentang kehidupan selepas meninggal dunia mengikut kepercayaan agama lain.

Mentega Terbang ajar erti kehidupan dan keluarga

Mesti anda terfikir apa maksud di sebalik Mentega Terbang kan? Menurut pengarah filem ini, Mentega Terbang adalah terjemahan daripada perkataan ‘butter-fly’.

Walaupun tajuk filem ini ringkas, tetapi banyak pengajaran yang kita boleh pelajari.

Filem Mentega Terbang banyak mengajar kita untuk sentiasa menghargai ahli keluarga selagi mereka ada, terutamanya ibu bapa yang kian meningkat usia.

Alamak, sedih pula bila cakap tentang ibu bapa.

Selain itu, kita perlu berpegang teguh kepada agama dianuti. Tak salah nak ambil tahu tentang agama lain, yang penting iman kena kuat.


Secara keseluruhannya, filem Mentega Terbang memang sangat memberi impak dan makna kepada penonton.

Tak percaya yang Mentega Terbang ini adalah filem tempatan, sebab memang best sangat. Nak tengok dua tiga kali pun kami okay.

DISCLAIMER: Beberapa babak ini membuatkan filem Mentega Terbang bersifat terbuka dan perlu berhati-hati untuk ditayangkan kepada orang awam. Risau kalau ada yang mengecam dan tidak boleh menerima filem ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd