Blue Lagoon Langkawi Dianggap ‘Hidden-Gem’ Di Gunung Mat Cincang
Salah satu sebab kenapa ‘Blue Lagoon’ ini kurang menarik perhatian adalah sebab ia tidak tertulis di mana-mana papan tanda.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Langkawi memang salah satu tempat yang paling popular dan sering dikunjungi dek kerana keindahannya, dan tak lupa kepada juga untuk korang yang gemar membeli-belah sebab ‘duty-free’.
Bukan itu sahaja, untuk korang yang bukan datang ke Langkawi dengan tujuan membeli-belah pun masih boleh terokai ‘hidden-gem‘ yang wujud di Langkawi.
Blue Lagoon adalah salah satu tempat yang menarik di Langkawi dan mungkin ramai pelancong masih tak tahu.

(Kredit gambar: Fernando Fong)
Dikenali sebagai ‘Telaga Biru’ oleh penduduk setempat, Blue Lagoon adalah sebahagian dari Air Terjun Telaga Tujuh di Langkawi.
Air Terjun Telaga Tujuh terletak di Gunung Mat Cincang, iaitu gunung kedua tertinggi di Langkawi yang berketinggian 850 meter dan adalah gunung tertua di Asia Tenggara.

(Kredit Gambar: Fernando Fong)
Kalau korang nak datang ke sana dari pekan Cenang, jarak perjalanan jika menaiki kereta adalah sejauh 23 minit, manakala 44 minit jika datang dari pekan Kuah.
Air Terjun Telaga Tujuh juga dianggap sebagai tarikan utama pulau tersebut dek kerana keindahannya.
Walau bagaimanapun, Telaga Biru atau ‘Blue Lagoon’ lebih menyerlah dan sering dikunjungi berbanding telaga-telaga lain yang ada di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh tersebut.

Tapi kalau korang nak tahu, salah satu sebab kenapa ‘Blue Lagoon’ ini kurang menarik perhatian adalah sebab ia tidak tertulis di mana-mana papan tanda.

(Kredit gambar: Fernando Fong)
Untuk sampai ke sana, korang perlu melalui trek jungle trekking selama 15 hingga 20 minit dengan mengikuti laluan sungai yang terletak berhampiran Air Terjun Telaga Tujuh.
Blue Lagoon terletak di laluan yang sama yang akan bawa korang ke puncak gunung Mat Cincang, yang juga merupakan rumah Kereta Kabel Langkawi.
Kalau korang dah sampai ke tempat yang betul, akan ada satu topi hitam yang diletakkan oleh orang Samaria bertujuan untuk menunjukkan yang korang kena beralih dari jalan utama hutan.

(Kredit gambar: Fernando Fong)
Dari situ, jarak korang untuk ke Blue Lagoon hanyalah 1 hingga 2 minit lagi. Tapi kalau bukan sebab penanda topi hitam itu, memang tak ada sesiapa akan jumpa lokasi sebenar Blue Lagoon ini.
Waktu yang terbaik untuk ke sana adalah pada awal pagi sebab airnya yang teramat jernih seolah-olah tak pernah ada orang yang berenang di dalamnya.
Namun, masih belum ada orang yang tahu kenapa warna airnya biru dan ia kekal misteri hingga hari ini dan telah menjadi punca keindahan lokasi berkenaan.
Seorang penduduk di Langkawi yang dikenali sebagai Sham, menjelaskan bahawa penduduk sekitar telah menjumpai sebuah lagi tempat yang sama seperti Blue Lagoon itu.

(Kredit Gambar: Fernando Fong)
Sham yang sedang berpiknik bersama keluarganya di Air Terjun Telaga Tujuh, bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi sebenar tempat baharu tersebut.
“Ia terlalu istimewa, dan kami lebih suka jika tak ramai yang mengetahuinya,” kata Sham.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.