Now Reading
BookXcess Buka Cawangan Baharu Eksklusif Untuk Pengunjung Wanita Sahaja

BookXcess Buka Cawangan Baharu Eksklusif Untuk Pengunjung Wanita Sahaja

Powder Room yang dilancarkan oleh BookXcess ini terletak di The Gardens Mall.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak bermulanya pandemik, ramai yang menemui minat semula untuk membaca buku.

Ada yang suka baca buku fizikal, ada pula yang lebih gemar untuk membaca buku digital di dalam telefon bimbit ataupun tablet dan iPad.

Mana tidaknya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini membuatkan semua rakyat terpaksa duduk di rumah dan menangguhkan segala aktiviti di luar buat sementara waktu.

Bagus sebenarnya bila ramai yang mula suka membaca buku kerana boleh melahirkan masyarakat yang berilmu.

BookXcess buka cawangan buku eksklusif untuk wanita

Selepas melihat kepada perkembangan positif dari segi penjualan buku, BookXcess membuka cawangan baharu di MyTOWN Cheras yang mempunyai konsep yang sangat cantik.

BACA JUGA: Cawangan BookXcess Di MyTOWN Cheras Tawar Lebih 170,000 Buah Buku. Jom!

Bukan itu sahaja, ada juga berita baik untuk para wanita yang ‘ulat buku’ di luar sana.

Baru-baru ini, BookXcess melancarkan satu lagi cawangan baharu di The Gardens Mall yang diberi nama ‘Powder Room’.

Untuk pengetahuan anda, cawangan baharu ini hanya membenarkan kemasukan pengunjung wanita sahaja bagi memberi lebih privasi kepada golongan tersebut.

Nak bagitahu siap-siap, lelaki memang tak dibenarkan masuk tau. Kena tunggu dekat luar atau mungkin boleh pergi ke cawangan BookXcess yang biasa.

  • Lokasi: G-231, Ground Floor, The Gardens Mall.
  • Waktu operasi: 10 AM – 10 PM

Anda boleh melawat ke laman Instagram @powder.room_bx dan @BookXcess untuk maklumat lebih lanjut.

Jom ajak kawan-kawan dan ahli keluarga anda ke sini hujung minggu nanti?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd