Now Reading
Cawangan BookXcess Di MyTOWN Cheras Tawar Lebih 170,000 Buah Buku. Jom!

Cawangan BookXcess Di MyTOWN Cheras Tawar Lebih 170,000 Buah Buku. Jom!

Lebih 60% penerbit buku di seluruh dunia mencatatkan penjualan yang lebih tinggi sejak pandemik bermula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Musim pandemik membuatkan ramai orang tertarik untuk mula membaca buku.

Sejak terkurung di rumah, boleh tahan ramai juga yang menemui semula minat untuk membaca buku.

Pengasas bersama (co-founder) BookXcess iaitu Andrew Yap mengatakan lebih ramai orang yang menghabiskan waktu dan duit mereka untuk buku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai orang membaca buku lebih daripada biasa sejak bermulanya Covid-19. Kebanyakannya berada di rumah, ada yang tak buat apa-apa. Ada juga yang masih mencari.

Pengasas bersama (co-founder) BookXcess Andrew Yap.

Menurutnya lagi, lebih 60% penerbit buku di seluruh dunia mencatatkan penjualan yang lebih tinggi sejak pandemik bermula.

Peralihan ke arah digital seperti e-book, tidak mengurangkan jumlah individu yang tidak membaca.

Pengasas bersama (co-founder) BookXcess Andrew Yap.
Yap (kiri) bercakap kepada media ketika lawatan di outlet terbaharu BookXcess.

Yap berkata kepada The Rakyat Post semasa lawatan media di outlet ke-13 BookXcess terletak di Pusat Membeli-Belah MyTOWN Cheras pada Jumaat ( 8 Oktober 2021).

Dengan keluasan 31,200 kaki persegi, outlet ini mempunyai lebih daripada 170,000 buah buku.

Memang boleh rambang mata tengok kesemua buku yang ada.

Bukan itu sahaja, pembaca juga boleh menikmati secawan kopi di kafe atau menikmati set makanan Teishoku Jepun yang klasik serta hidangan mi di restoran Jepun di dalam kedai buku yang cukup besar ini.

Kisah kejayaan BookXcess bermula di Amcorp Mall, Petaling Jaya yang dahulunya hanya sebuah kedai buku kecil pada tahun 2007.

Ianya terkenal dengan jualan Big Bad Wolf (BBW), yang juga disebut-sebut sebagai “The Mother of Book Sales” di Malaysia.

Walaupun BookXcess sudah berkembang secara luar biasa, Yap dan pasukannya tidak akan berhenti dengan kejayaan yang dimiliki sehingga kini.

Kami akan mengejar 90% masyarakat yang masih belum mempunyai budaya membaca.

Pengasas bersama (co-founder) BookXcess Andrew Yap.

Beliau sangat yakin dalam mencapai matlamatnya ingin menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia minat membaca, memandangkan harga buku yang jauh lebih murah di BookXcess.

Harga menjadi faktor paling penting kepada rakyat Malaysia, dan kebanyakan buku yang dijual di BookXcess adalah kurang daripada RM 20.

Menurutnya lagi, kedai buku perlu berkembang dan berinovasi.

Inilah sebabnya mengapa outlet terbaharu mereka ini mempunyai ruang kerja yang luas dan ianya tidak dikenakan sebarang bayaran.

Kedai-kedai buku akan terus berkembang menjadi tempat persinggahan yang cukup sempurna untuk memberi tenaga kepada mereka yang ingin menahan selera makan, atau mungkin ingin berhenti, berehat dan merenung sejenak.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd