Now Reading
Billie Eilish Live In Kuala Lumpur Bakal Diadakan Pada 18 Ogos 2022!

Billie Eilish Live In Kuala Lumpur Bakal Diadakan Pada 18 Ogos 2022!

Tiket konsert Billie Eilish di Live In Kuala Lumpur bermula dari harga RM308, RM408, RM508 dan RM598 dan bakal dijual pada 24 Jun nanti.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Happier Than Ever” nyanyian Billie Eilish akan dipersembahkan secara langsung di Stadium Nasional, Kuala Lumpur bersempena dengan The World Tour pada 18 Ogos nanti, jam 8:30 pm.

Penyanyi dan artis pemenang Grammy berusia 20 tahun itu dilaporkan terkenal dengan lagu hits seperti Bad Guy, Happier Than Ever dan tema No Time To Die karya James Bond.

Untuk rekod, pada tahun 2020, Eilish telah menjadi artis termuda (ketika berusia 18 tahun) yang berjaya merangkul anugerah teratas di Grammy termasuk Record Of The Year, Song Of The Year (untuk lagu Bad Guy) dan Album Of The Year (untuk lagu When We All Fall Asleep, Where Do We Go?).

Selain Kuala Lumpur, Malaysia, dia juga dilaporkan bakal melakukan ‘persinggahan’ untuk mengadakan konsert di negara-negara Asia lain seperti Bangkok, Singapura, Manila, Seoul dan Tokyo.

Tiket konsert Billie Eilish di Live In Kuala Lumpur bermula dari harga RM308, RM408, RM508 dan RM598 dan bakal dijual pada 24 Jun untuk Fan Club Members (ahli kelab).

Manakala, pada 25 Jun untuk ahli Live Nation dan 27 Jun untuk orang awam melalui golive-asia.com atau menerusi aplikasi Tiket GoLive.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd