Now Reading
‘Anuar Zain 40th Anniversary Concert’ Rai Nostalgia 4 Dekad Dalam Industri Muzik

‘Anuar Zain 40th Anniversary Concert’ Rai Nostalgia 4 Dekad Dalam Industri Muzik

Penjualan tiket untuk ‘Anwar Zain 40th Anniversary Concert’ akan dibuka pada 12 Julai 2023 bermula jam 10:00 pagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Penyanyi yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air, Anuar Zain telah mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak berumur 13 tahun. Lagu ‘Kain Pelikat’ yang didendangkan Anuar dan Ellina pasti menimbulkan perasaan nostalgik pada sesiapa yang mendengarnya.

Kini, pada usia 53 tahun, Anuar bakal mengadakan Anuar Zain 40th Anniversary (AZ40) Concert pada 28 Oktober ini bagi meraikan empat dekad penceburannya di dalam dunia muzik.

Menurut Anuar, konsert itu diadakan bertujuan untuk menghiburkan peminat di samping sebagai tanda terima kasih atas sokongan jitu yang diberikan sepanjang perjalanannya sebagai seorang penyanyi.

Bunga ros merah di dalam poster rasmi konsert AZ40 merupakan simbol ucapan ‘I love you and thank you’ Anuar buat para peminatnya.


Anuar Zain Kembali Ke Stadium Malawati Shah Alam Setelah 10 Tahun

Lokasi konsert AZ40 dipilih di Stadium Malawati, Shah Alam menjadi satu memori nostalgia kerana ia tempat di mana Anuar mengadakan konsert solo terakhirnya pada tahun 2013.

Saya sudah mengadakan konsert di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, tetapi Stadium Malawati memberi saya nostalgia yang sangat manis.

Penyanyi, Anuar Zain.

Selain daripaka lokasinya yang praktikal serta tempat duduk, pencahayaan dan sistem bunyian yang baik di stadium tersebut, Anuar juga memilih Shah Alam kerana ia tempat dia tinggal dan membesar.

Stadium Malawati juga mempunyai tempat meletak kereta yang banyak. Jadi, perkara itu akan memudahkan peminat yang hadir ke konsert tersebut.

Konsert AZ40 yang dirancang berjalan selama dua jam itu akan dimeriahkan sekitar 20 lagu-lagu hit Anwar dengan gubahan baharu oleh direktor muzik Sze Wan. Wan akan mengetuai kumpulan dengan 25 orang pemuzik di konsert berkenaan.

Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan oleh Anuar termasuk Lelaki IniPerpisahanBila ResahSedetik Lebih dan Keabadian Cinta.


Konsert AZ40 Menceritakan Perjalanan 40 Tahun Anuar Zain Sebagai Penyanyi

Konsert AZ40 yang dibahagikan kepada tiga bahagian, akan menyajikan peminat dengan persembahan visual yang menceritakan perjalanan Anuar selama empat dekad di dalam industri muzik. Ia juga akan menjanjikan kelainan berbanding konsert yang diadakannya sebelum ini.

Serba sedikit visual mengenai perjalanan sepanjang 40 tahun ada, tetapi konsert kali ini lebih kepada menghibur peminat yang hadir, cuma penceritaan tetap ada. Sebelum ini, saya pernah tampil dengan konsep sedemikian, jadi kali ini mungkin akan ada perubahan sedikit.

Penyanyi, Anuar Zain.

Selaku penganjur konsert, ketua JioBuddy Sean Ng berkata konsert tersebut menunjukkan sokongan mereka terhadap industri muzik tempatan dan memberikan yang terbaik buat pencinta muzik.

Penjualan tiket untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert akan dibuka pada 12 Julai, jam 10 pagi dengan harga bermula daripada RM188. Pembelian tiket boleh dilakukan melalui pautan www.jiotix.asia.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd