Now Reading
Elyana Dedah Identiti Doktor Yang Merawat Dirinya Selama 10 Tahun. Akhirnya Bebas Kanser!

Elyana Dedah Identiti Doktor Yang Merawat Dirinya Selama 10 Tahun. Akhirnya Bebas Kanser!

Elyana pernah memberitahu bahawa dia menghidap kanser sejak 2010 dan dijangka hanya mampu hidup selama setahun berdasarkan jangkaan doktor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada awal bulan Disember 2022 – penyanyi terkenal iaitu Elyana Emrizal telah mengumumkan bahawa kanser di dalam tubuh badannya sudah hilang selepas 11 tahun.

Elyana turut meluahkan rasa bersyukur dan sangat gembira apabila perjuangannya selama ini berhasil. Penyanyi tersebut bercerita yang dia sebelum ini hampir berputus asa dan cemburu melihat kesihatan dimiliki oleh orang lain.

Namun, dia tetap percaya keajaiban daripada Tuhan pasti akan berlaku.

Alhamdulillah, cancer-free!

BACA LANJUT: Elyana Ucap Syukur Kanser Dalam Badan Kini Hilang Selepas 11 Tahun

Kredit: Instagram @elyanaofficial1

Doktor di sebalik perjuangan Elyana.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram @elyanaofficial1, dia telah mendedahkan identiti doktor perubatan iaitu Dr Mohd Haris Fadzillah Abdul Rahman yang bertanggungjawab merawat dirinya selama 10 tahun.

Allah SWT mendatangkan pelangi yang dah lama hilang kepada saya. Keputusan scan saya sangat ajaib. Kanser hilang. Alhamdulillah. Inilah doktor saya selama 10 tahun saya sakit, Dr Haris. Thank you, Doktor.

Tulis Elyana menerusi kapsyen Instagram miliknya.

Apabila melihat raut wajah Elyana, pastinya dia cukup gembira dan bersyukur akhirnya dirinya kembali sihat.

Kami di TRP mengucapkan Elyana diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd