Now Reading
Tony Fernandes Tayang Tesla Baru, Netizen Kurang Minat

Tony Fernandes Tayang Tesla Baru, Netizen Kurang Minat

AirAsia terpaksa menebus bayaran lebih 2 juta pelanggan, dan melepaskan lebih 10% tenaga pekerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


CEO AirAsia Tan Sri Tony Fernandes nampaknya tak dapat respon yang diharapkan dengan menayang kereta baru jenis Tesla Model S, yang dibelinya sempena Merdeka.

Baca Lagi: Thai AirAsia Chairman Apologised After Cursing Loudly During Virtual Town Hall

TONY, Y U NO PAY?

Ruangan komen gambar tersebut menunjukkan sejumlah netizen bertanya mengenai status refund dan gaji pekerja.

Terdapat juga sejumlah orang yang menyumbangkan komen berunsur sinis tentang gaya Tony seakan-akan meraikan kejayaannya, sementara masih terdapat pelanggan AirAsia yang belum mendapat refund.

Kredit: @tonyfernandes Instagram

Ada juga yang komen mengenai keadaan pekerja AirAsia yang menghadapi potongan gaji dan bayaran gaji lewat.

Kredit: @tonyfernandes Instagram

Sejak sekatan pelancongan dikenakan pada Mac 2020, kebanyakan syarikat penerbangan termasuklah AirAsia terpaksa menghentikan operasi.

Tony sebelum ini mengakui masalah kewangan syarikatnya disebabkan pandemik, dan bagaimana AirAsia menjalankan perubahan struktur koprat untuk meneruskan operasi.

Namun begitu, AirAsia tetap berjanji untuk menebus bayaran pelanggannya secara tunai, ataupun menerusi AirAsia credit.

AirAsia dilaporkan telah membayar sebanyak 1.5 juta claim dari Januari 2020 hingga April 2021, dengan 2.9 juta pelanggan menerima refund dalam bentuk kredit.

Namun, dilaporkan juga sejak bulan April, masih terdapat kira-kira 450,000 pelanggan yang masih belum menerima refund mereka.

Baca Lagi: Tony Fernandes Promises That AirAsia Refunds Will Be Done, But Gradually

Setakat ini, lebih 10% daripada tenaga pekerja AirAsia telahpun dilepaskan.

Lebih 2,400 orang pekerja telah dilepaskan sejak tahun 2020, termasuklah juruterbang dan anak kapal.

Ratusan pekerja lain terpaksa menjalani kursus latihan supaya dapat dipindahkan ke bahagian lain dalam syarikat tersebut.

Tony juga berjanji yang beliau akan mengambil semula pekerja yang terpaksa dilepaskan syarikatnya, di masa akan datang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd