Now Reading
[Video] Ramai Terlepas Pandang! Ini 5 Perkara Yang Kurangkan Pahala Puasa Di Bulan Ramadan

[Video] Ramai Terlepas Pandang! Ini 5 Perkara Yang Kurangkan Pahala Puasa Di Bulan Ramadan

Menurut Ustaz Azhar Ramli, antara perkara yang membatalkan pahala puasa adalah mengumpat tentang individu lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada bulan yang mulia ini, sudah tentu ramai di kalangan umat Islam bersemangat untuk meningkatkan amal kebaikan serta ibadah untuk mendapatkan keredaan di sisi Allah SWT.

Namun begitu, mungkin masih ramai tidak cakna bahawa terdapat beberapa jenis tabiat atau kelakuan yang mampu menyebabkan pahala puasa berkurangan.

Lebih parah perbuatan ini dilakukan tanpa sengaja berulang kali sekaligus membatalkan pahala-pahala puasa mengakibatkan amalan pada hari itu hanya tinggal penat dan dahaga.


5 Perkara Membatalkan Pahala Puasa

Baru-baru ini, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Ustaz Azhar Ramli telah berkongsi di TikTok antara amalan manusia yang boleh menyebabkan pahala puasa berkurangan atau batal.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ramai di kalangan umat Islam hanya mendapatkan dahaga dan letih sepanjang berpuasa. Walhal tujuan sebenar bulan Ramadan adalah untuk memperbanyakkan ibadah agar mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada hari-hari biasa.

Ustaz Azhar berkata, hukum melakukan perkara yang mampu membatalkan pahala puasa ini adalah haram di sisi agama Islam. Bukan sahaja pahala berkurangan, malah dosa kita terhadap Allah SWT juga meningkat.

“Dosa ada pahala hilang,” ujar Ustaz Azhar.

Antara perkara membatalkan pahala puasa adalah:

#1. Mengumpat

Kata pendakwah itu memetik Ibn Mubarak, orang yang layak untuk diperkatakan di belakang kita hanyalah ibu bapa. Hal ini kerana individu yang menjadi mangsa umpatan akan dikurniakan pahala disebabkan oleh perbuatan keji diri sendiri.

Namun begitu, itu tidak bermakna anda boleh mengumpat ibu bapa kerana hukumnya adalah haram di sisi syarak.

Konteks di atas adalah untuk menekankan bahawa orang yang diumpat akan mendapatkan ganjaran pahala manakala mereka yang melakukan dosa itu peroleh kerugian.

Orang yang kita umpat dia untung. Kita yang rugi.

Azhar Ramli.
Sumber: Unsplash

Terdapat pelbagai hadis lain menceritakan tentang larangan mengumpat dan bercakap perkara yang keji serta sia-sia. Namun tabiat itu tidaklah sampai ke tahap yang boleh membatalkan puasa seperti hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

“‏ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ‏”

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan amalan yang keji, maka Allah tidak berhajat pada perbuatannya yang meninggalkan makan dan minumnya.”

[Riwayat al-Bukhari (1903)]

#2. Berbohong

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan berbohong adalah termasuk dalam himpunan dosa-dosa besar. Tabiat berbohong dalam keadaan seseorang itu sedang berpuasa juga menyebabkan dosa dipikul individu tersebut bertambah berat.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ”

Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan yang dusta dan beramal dengan pembohongan maka Allah tidak berhajat ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum.”

[Riwayat Al-Bukhari (1903)]

Sumber: Unsplash

Kesimpulannya, meskipun berbohong tidak membatalkan puasa, namun ia membatalkan pahala puasa.

#3. Sikap Batu Api (Namimah)

Dalam Islam, namimah bermaksud membesar-besarkan perkara mengenai seseorang kepada pendengar lain yang juga dipanggil sebagai batu api. Kadangkala perbuatan ini dilakukan tanpa disedari oleh seseorang individu itu.

Namun begitu, perbuatan namimah turut termasuk dalam perkara-perkara membatalkan pahala puasa.

Sumber: Unsplash
#4. Mencarut

Perbuatan mencarut telah menjadi satu norma di kalangan masyarakat kini di mana rata-rata daripada mereka dilihat tidak rasa bersalah apabila mengatakannya.

Kebiasaannya perkataan carut dapat didengari dalam sesebuah percakapan bersama individu lain.

Sumber: Pexels

Nabi SAW juga memberi amaran kepada individu yang mengeluarkan kata-kata keji ketika berpuasa. Seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

“‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ ‌الزُّورِ وَالعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ”

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji dan amalannya, maka Allah tidak berhajat pada seseorang yang meninggalkan makan dan minumnya.”

[Riwayat al-Bukhari (1903), Abu Daud (2362), al-Tarmizi (716), Ibnu Majah (1689)]

#5. Melihat Perkara Haram

Perkara kelima yang disebut oleh Ustaz Azhar Ramli tentang perkara membatalkan pahala puasa adalah melihat perkara haram.

Sebelum ini, seorang lagi pendakwah iaitu Ustaz Amir Farhan pernah menjelaskan bahawa hukum melihat bahan lucah adalah haram.

Sumber: Pexels

Jelasnya, pandangan sesetengah para ulama mengatakan melihat perkara lucah sehingga boleh terkeluar air mani tidak akan menyebabkan puasa terbatal.

Namun begitu, ia tidak bermaksud seseorang itu boleh melakukan perkara tersebut kerana ia masih haram di sisi syarak dan akan mengurangkan pahala puasa.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Mitos Yang Sebenarnya Tidak Membatalkan Puasa Anda

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Lipstick Ketika Berpuasa: Sah Atau Batal? Ini Penjelasan Pendakwah

Baca Artikel Berkaitan: Bangun Sahur Dikira ‘Niat’ Puasa Ke? Ini Penjelasan Seorang Ustaz


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd