Now Reading
Ini 7 Aktiviti Menarik Sekitar Lembah Klang Hujung Minggu Ini Dari 8 Hingga 10 Mac

Ini 7 Aktiviti Menarik Sekitar Lembah Klang Hujung Minggu Ini Dari 8 Hingga 10 Mac

Dari aktiviti seni, persembahan dan jualan, pelbagai acara yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tiba pada hujung minggu, mesti ramai yang akan terfikir, “Nak buat apa eh weekend ni?”.

Boleh dikatakan setiap hujung minggu mesti ramai yang berjalan-jalan ke pusat membeli-belah dan ‘cafe hunting’. Apa kata minggu ini kita tukar plan pula?

Sebab ada banyak aktiviti menarik yang berlaku di sekitar Lembah Klang pada hujung minggu ini bermula esok (8 Mac) sehingga hari Ahad ini (10 Mac).

Antaranya:

Jumaat (8 Mac 2024)

#1. Pesta Wanita

Bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa, terdapat banyak aktiviti yang menyeronokkan di Pesta Wanita seperti persembahan nyanyian oleh penggiat seni tempatan, bengkel mewarna plaster DIY, persembahan dram dan jualan aksesori serta pakaian untuk Hari Raya.

Aktiviti ini berlangsung sehingga 10 Mac dan semua pengunjung boleh masuk secara percuma

  • Lokasi: Pasar Seni
  • Waktu operasi: 10:00 pagi sehingga 10:00 malam
#2. Bengkel Buat Mangkuk Piuter Secara DIY

Pada bulan Mac ini, Pusat Pelawat Royal Selangor (Royal Selangor Visitor Centre) menyambut ulang tahun ke-20 penubuhannya.

Untuk memperingati peristiwa penting ini, para pengunjung boleh membuat mangkuk edisi khas di bengkel School of Hard Knocks dengan harga RM75.

Para pengunjung boleh mempelajari cara untuk membuat mangkuk dengan kaedah tradisional menggunakan tukul kayu dan menempa nama mereka sendiri. Di akhir bengkel, pengunjung akan diberikan sijil dan apron untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Kepada mereka yang mahu membuat tempahan untuk bengkel ini, jangan lupa untuk menempah slot di laman web RSVC.

  • Lokasi: Royal Selangor Visitor Centre, 4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 9:00 pagi sehingga 5:00 petang.
#3. Pasar Hitam Popup

Pasar Hitam dan Zhu Fu Café telah bekerjasama untuk pasar yang menarik bagi membolehkan para pengunjung membeli pakaian, barang kemas, barang koleksi, dan juga mendapatkan tatu serta tindikan.

Selain itu, gerai makanan juga dibuka untuk mengisi perut anda yang kelaparan ketika sedang membeli-belah.

Paling penting, masuk adalah percuma!

  • Lokasi: Zhu Fu Café
  • Waktu operasi: 12:00 tengah hari sehingga 9:00 malam

Sabtu, 9 Mac 2024

#1. RXP+ presents: Peter Van Hoesen Live

Legenda tekno iaitu Belgium Peyer Van Hoesen akan membuat persembahan bersama beberapa penggiat seni yang lain seperti ODD, Victor G, Alam, dan Greystick di Rex KL.

Untuk korang yang mahu ke acara ini, get ready untuk dibawa ke dalam dunia kosmik sambil menari mengikut rentak.

  • Lokasi: REX KL
  • Waktu: 7:00 malam
#2. Parti Pelancaran Album Lunadira ‘I’ll Be Alright, Right?’

Penyanyi Malaysia Lunadira akan mengadakan parti untuk pelancaran album sulungnya. Lunadira akan memberikan persembahan istimewa dan berkongsi pentas dengan penggiat seni Pleasantrees serta Reddi Rocket.

  • Lokasi: Else.KL
  • Waktu: 9:00 malam hingga 11:00 malam
#3. Flashmob Jom Balik Kampung

Orang ramai dijemput untuk menyertai flashmob Jom Balik Kampung dan bertemu dengan peminat kereta kustom serta motosikal lain. Peserta juga digalakkan untuk berpakaian mengikut tema Balik Kampung.

Semasa acara berlangsung, tetamu boleh berehat, menikmati secawan kopi dari KOPIPURA, dan membeli-belah di Rantai Art.

  • Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3
  • Waktu: Bermula jam 9:00 pagi

Ahad (10 Mac 2024)

#1. Djembe Jam!

Artis Djembe Kelvin Kew akan mengajar asas bermain drum djembe Afrika buat mereka yang pertama kali melalui sesi jem yang amat menyeronokkan.

Terdapat sesi berasingan untuk kanak-kanak dan dewasa pada hari yang sama dengan harga RM70. Peserta boleh memilih untuk berkongsi drum yang akan disediakan atau membawa drum mereka sendiri.

  • Lokasi: 1ncubator Studio, PJPAC  
  • Waktu: 12:00 tengah hari hingga 1:00 tengah hari

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd