Now Reading
Anda Ingin Mula Menabung? Ini Beberapa Info Kewangan Yang Perlu Diberi Perhatian

Anda Ingin Mula Menabung? Ini Beberapa Info Kewangan Yang Perlu Diberi Perhatian

Antara perkara anda boleh lakukan untuk mendapatkan kewangan kukuh adalah dengan mencari pendapatan sampingan dan berbelanja untuk barangan yang penting sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum simpanan wang amatlah penting bagi setiap individu. Wang simpanan tersebut mampu menolong sekiranya anda berada dalam keadaan sempit dan semasa situasi mendesak.

Sebagai contoh, wang terkumpul boleh membayar kos perubatan jika satu hari nanti terpaksa ‘warded’ di hospital kerana sakit ketika usia lanjut.

Walaupun pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF tersedia untuk pekerja di Malaysia selepas sudah bersara, namun penggunaan wang yang tidak terurus boleh menyebabkan simpanan anda surut dengan cepat.


Ini 9 Info Kewangan Yang Perlu Diambil Perhatian

Tidak pasti mahu bermula dari mana untuk mula menyimpan wang? Usah risau, seorang wanita menerusi laman X (Twitter @justcallme_asya) telah berkongsi beberapa info kewangan yang perlu diambil perhatian.

Buat anak muda terutamanya, take note! Antara infonya adalah:

#1. Buka Akaun Tabung Haji

Buat mereka yang beragama Islam, pembukaan akaun Tabung Haji (TH) membolehkan nama anda dicatatkan dalam senarai tunggu bagi menunaikan ibadah haji.

Jumlah minimum yang diperlukan dalam akaun TH adalah sebanyak RM1,300 bagi memastikan nama anda kekal tersenarai dalam pendaftaran menunaikan haji.

TH juga turut menawarkan kadar agihan dividen sebanyak 3.1%.

Sumber: Pakar Wang
#2. Buka Akaun ASB

Selain itu, anda boleh membuka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Mudah sahaja, anda kini boleh mendaftar melalui atas talian dan tidak perlu berurusan di kaunter cawangan ASB berhampiran.

Anda juga disarankan untuk konsisten menabung mengikut kepada jumlah komitmen masing-masing.

Sumber: Facebook
#3. Cari Pendapatan Sampingan

Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, setiap individu digalakkan untuk mencari sumber pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup.

Seperti sekarang ini, terdapat banyak pilihan ‘side income’ yang boleh dimulakan seperti menjadi seorang penghantar makanan syarikat GrabFood atau Foodpanda.

Foto: Penghantar makanan Foodpanda
#4. Mempunyai Kad Perubatan

Tidak perlu banyak, satu medical card untuk setiap individu sudah pun memadai.

Kalau anda tidak mampu, carilah kad perubatan yang menawarkan ‘coverage’ dengan jumlah rendah.

Sumber: Prudential Malaysia
#5. Tambah Ilmu Pengetahuan

Bukan sahaja menabung, menambah ilmu pengetahuan tentang asas kewangan juga adalah penting bagi memastikan diri sendiri tahu ke manakah anda menyalurkan wang-wang terkumpul.

Kalau anda nak tahu, banyak cara untuk meningkatkan ilmu kewangan ini. Antaranya dengan membaca buku, turut serta dalam seminar, mentelaah perkongsian orang ramai di media sosial serta blog.

Sumber: Pexels
#6. Kurangkan Berbelanja Untuk Perkara Tak Bermanfaat

Selepas bersusah payah mendapatkan sumber rezeki yang halal, janganlah pula dibazirkan duit tersebut ke arah perkara yang tidak bermanfaat dan memudaratkan kesihatan.

Sebagai contoh yang sudah menjadi tabiat orang ramai ialah dengan membeli rokok. Jika anda menghentikan pembelian rokok, bukan sahaja kesihatan baik terjamin malah duit yang banyak pun dapat disimpan.

Sumber: Unsplash
#7. Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Kehidupan Mewah Orang Lain

Penggunaan media sosial yang semakin berleluasa telah menyebabkan segelintir individu terikut-ikut untuk meniru gaya hidup mewah para influencer.

Amalan tersebut adalah tidak bagus untuk kewangan anda dalam masa jangka panjang.

Oleh disebabkan itu, anda disarankan untuk berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Dalam erti kata lain, bezakanlah antara kehendak dan keperluan.

Sumber: Pexels
#8. Guna Motosikal Sekiranya Mahu Jimat

Umum sedia maklum, kos minyak yang perlu dilaburkan untuk sesebuah kereta adalah lebih mahal berbanding motosikal.

Oleh itu, penggunaan motosikal untuk menuju ke mana-mana destinasi adalah disarankan kerana ianya lebih menjimatkan.

Sumber: Astro Awani
#9. Bertanya Soalan Jika Tak Tahu Tentang Bisnes

Sementara itu, adalah penting bagi seseorang individu untuk bertanyakan soalan sekiranya tidak tahu tentang sesuatu perkara dalam dunia perniagaan.

“Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau,” jelas wanita itu.

Hal tersebut boleh mengelakkan diri anda daripada membelanjakan wang terhadap barangan atau perkara yang tidak bermanfaat.

Sumber: Grad Malaysia

Tips Berbelanja & Kawal Perbelanjaan

Pasti ada di kalangan anda yang sering boros ketika membeli-belah di pasaraya. Mana tidaknya, dengan pilihan yang banyak, terus rambang mata dan kalau boleh nak beli kesemua barang yang dilihat.

Khusus untuk anda, di sini terdapat beberapa tips untuk berjimat serta mengawal perbelajaaan yang boleh diamalkan. Antaranya:

  • Kurangkan berbelanja pada perkara atau barang yang tidak penting.
  • Membeli barangan keperluan rumah ketika berlangsungnya jualan murah (sale).
  • Menggunakan manfaat daripada program keahlian pasaraya. 
  • Membuat perbandingan harga dan produk sebelum membeli.
  • Menjana pendapat sampingan daripada rumah seperti menjadi dropship atau agent sesebuah produk atas talian.

Baca Artikel Berkaitan: Beli Waktu ‘Sale’ & 4 Lagi Tips Sebagai Persediaan Jika Berlakunya Inflasi

Baca Artikel Berkaitan: Nak Menabung Tapi Tak Tahu Cara? Boleh Try Tips Mudah Ini

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Ciput Tapi Tips Simpan Ribuan Ringgit Ini Memang Efektif. Cuba Dulu!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd