Now Reading
Kenapa Ramai Bangsa Cina Kaya-raya? Ini 8 Sebab Yang Anda Perlu Tahu

Kenapa Ramai Bangsa Cina Kaya-raya? Ini 8 Sebab Yang Anda Perlu Tahu

Antara sebab mengapa bangsa Cina lebih kaya adalah kerana mereka gemar mengamalkan sikap menabung dan melabur.

kenapa bangsa cina lebih kaya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak anda terfikir, kenapa majoriti bangsa Cina di Malaysia lebih berharta berbanding bangsa lain?

BACA JUGA: Ini Sejarah Pakaian Tradisional Kaum Cina Yang Ramai Salah Faham

Menurut satu kajian yang pernah dilakukan, orang Cina telah mengatasi bangsa Melayu sebanyak dua kali ganda di bahagian pedalaman manakala lebih 34% dari segi pendapatan di kawasan bandar.

Bagi golongan miskin tegar pula, peratusan orang Melayu adalah yang paling ramai sejak tahun 1970 sehingga kini. Bangsa Cina merupakan golongan yang paling terendah dengan mencatatkan peratusan sebanyak 0.6% sahaja pada tahun 2004.

BACA JUGA: Bangsa Melayu Dihimpit Kemiskinan, Malaysia Seolah Bukan Milik Bumiputera – Tun M

Kenapa bangsa Cina lebih kaya?

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook (Azizul Azli Ahmad) berkongsi beberapa sebab mengapa bangsa Cina dilihat lebih kaya berbanding bangsa lain. Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

Tulisan ini bukan bermaksud merendahkan kaum lain atau rasis, ia sebagai pengajaran buat kita agar menjadi lebih baik.Kita belajar dari bangsa yang berjaya. Mereka hidup bersama sama membina negara Malaysia. Kita harus akui mereka berjaya dan kaya. Jangan berhujah, “Alah dia boleh buat benda haram boleh la”. Ketahuilah, indistri halal terbesar di Malaysia dan di dunia dikuasi oleh YTL. Kawan kawan, kita belajar dengan penuh rasa rendah diri dari budaya kerja baik mereka. Ramai kawan kita berbangsa Cina yang kita boleh jadikan mentor menabung dan melabur yang baik.

Azizul Azli Ahmad.

1. Budaya kerja yang tinggi

Sumber: Majalah Labur

Mereka akan menggunakan masa lapang untuk menyiapkan kerja, meskipun pada hujung minggu. Boleh dikatakan mereka akan memanfaatkan setiap waktu dengan perkara yang berfaedah.

2. Rajin menabung dan melabur

Sumber: Katadata

Amalan menabung dan melabur ini sering diamalkan sejak kecil lagi. Kebanyakan mereka akan membuat catatan kewangan rapi dan lengkap dari segi keluar masuk wang.

BACA JUGA: Nak Melabur Tapi Tak Tahu Di Mana? Jom Cuba Aplikasi-aplikasi Ini

3. Hidup bersederhana

Sumber: Utusan Borneo

Walaupun mempunyai banyak duit simpanan di dalam bank, tetapi itu tidak menjadi tiket mereka untuk berjoli. Gaya hidup yang sederhana masih menjadi amalan.

Sebagai contoh, mereka akan menggunakan kereta atau barangan yang dimililki sehingga rosak tanpa membeli baharu jika tiada keperluan.

Kalau nak makan sedap pun boleh juga, tetapi bukanlah terlalu kerap sehingga setiap hari.

4. Tidak risau jika peroleh untung yang sedikit

Sumber: Iluminasi

Kalau anda perasan, perniagaan yang dimiliki oleh bangsa Cina kebanyakan dijual pada harga yang murah dan laku keras kerana sikap mereka yang ramah dengan pelanggan.

Walaupun kadangkala untung yang diperoleh agak sedikit kerana dijual pada harga murah, tetapi bagi mereka biarlah keuntungan tidak banyak yang penting habis dijual.

5. Suka berniaga

Sumber: SevenPie

Sikap bangsa Cina yang suka berniaga juga membuatkan mereka kaya raya. Dalam Islam sendiri pernah menyatakan bahasa sembilan daripada sepuluh punca rezeki adalah melalui perniagaan.

6. Sanggup jadi kuli

Sumber: Suara.com

Bagi mereka, tidak mengapa untuk belajar dari bawah sehinggalah betul-betul mahir. Apabila sudah pandai, mereka boleh menggunakan kemahiran tersebut untuk membuka perniagaan sendiri.

7. Beri sokongan yang tinggi

Sumber: Majalah Labur

Walau apa pun perkara yang dilakukan, mereka akan menyokong dan berkongsi tips untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Boleh dikatakan keluarga bangsa Cina juga lebih menyokong mereka untuk berniaga daripada kerja dengan pihak lain.

8. Memahami konsep berhutang

Sumber: Suara Merdeka

Bagi mereka, ianya sangat penting untuk memaksimumkan apa yang ada. Berhutang untuk perkara yang memberi nilai tambah dan bukannya liabiliti.


Nak stabil dari segi kewangan memerlukan disiplin yang tinggi terutamanya dalam mengawal nafsu untuk membeli sesuatu yang tidak penting. Semakin dewasa, kita dah kena mula belajar untuk menyimpan duit dengan cara yang betul contohnya seperti perkongsian di atas.

Perkara yang baik, apa salahnya kita ikut. Betul tak?

BACA JUGA: 8 Perkara Ini Penting Untuk Capai Kestabilan Kewangan Di Usia Muda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd