Now Reading
Nak Menabung Tapi Tak Tahu Cara? Boleh Try Tips Mudah Ini

Nak Menabung Tapi Tak Tahu Cara? Boleh Try Tips Mudah Ini

Nak menabung ni yang penting sekali kena disiplin. Baru boleh nampak hasilnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila sebut menabung, mesti ramai yang liat sangat nak buat terutamanya kaki shopping dekat luar sana.

Memang tak dinafikan amalan ini susah nak dibentuk sebab memerlukan disiplin yang sangat tinggi. Tapi tak apa, boleh praktis slow-slow. Jangan push sangat sampai kurus kering badan tu.

Percayalah, anda pasti akan berterima kasih dekat diri sendiri bila tengok hasilnya nanti.

A money changer counts Malaysian ringgit bank notes at a foreign exchange booth in downtown Kuala Lumpur, 06 December 2006. Malaysia’s currency has strengthened to a nine-year high against the US dollar to reach 3.5572, a level not seen since March 1998 before the currency was pegged to the US dollar. AFP PHOTO/TENGKU BAHAR

Macam-macam tips menabung boleh cuba

Mungkin sesetengah daripada anda memang dah lama simpan niat nak menabung tapi tak tahu caranya macam mana.

Seorang pengguna Twitter iaitu Nor Zaireen telah berkongsi pelbagai tips menyimpan duit ikut kemampuan anda.

Tak boleh buat semua, buat satu pun okey. Yang penting, ada juga duit simpanan untuk akan datang.

1. Track balik perbelanjaan

Cuba tengok balik apa yang dibeli tiap-tiap bulan. Kadangkala kita ni main beli je tanpa fikir dua tiga kali.

Kalau rasa benda tu betul-betul perlu baru boleh teruskan beli. Kalau rasa tak penting, bye-bye jelah.

https://twitter.com/ajai_consultant/status/1443748139349856259?s=21

2. Selesaikan bayaran hutang dulu

Kalau anda ada hutang dengan bank, selesaikan dulu. Contohnya macam loan kereta, rumah sewa dan sebagainya.

Bila berhutang kenalah bayar walaupun sikit.

Lebih-lebih lagi kalau kaitkan dengan bank. Kalau tak bayar lebih daripada sebulan, boleh kena penalti charge dan interest pun akan naik berganda.

3. Jangan lupa sedekah walaupun sikit

Sedekah je walaupun sikit sebab mana tahu sedekah yang kecil itu boleh jadi beratkan amal timbangan dekat dunia lagi satu nanti.

Sedekah juga akan buatkan hati lebih tenang walaupun hidup bersederhana je.

4. Simpan wang tunai dalam tabung

Walaupun sekarang ramai simpan duit cara moden, tapi tak salah juga kalau nak simpan wang tunai dalam tabung macam dulu-dulu.

Contohnya simpan duit RM 5. Cuba tengok hujung bulan nanti, memang seronok tengok duit hijau banyak-banyak.

Uish, kalau dapat tengok duit purple melimpah lagi syok tu.

5. Elakkan selalu buka Shopee

Memang tak tipu yang duit banyak hilang dekat Shopee ye. Shopee ni memang buat orang ramai ‘ketagih’ sangat. Tahu-tahu je dah check out.

Nak elak selalu buka Shopee, boleh cuba buat aktiviti fizikal seperti bersukan, kemas rumah dan sebagainya. Yang penting, boleh elakkan pegang telefon.

Dengan cara macam ni, selamat sikit duit daripada terbeli barang-barang dekat Shopee tu.

6. Jangan simpan duit banyak dekat akaun simpanan

Pantang nampak duit banyak dalam bank, memang mood nak shopping naik mendadak.

Nak selamat, lebih baik letakkan duit yang banyak tu dalam akaun pelaburan. Tak ada lah terbeli itu ini.

7. Simpan duit dalam akaun pelaburan berisiko rendah

Banyak akaun pelaburan zaman sekarang ni tapi kena pandai pilih lah. Salah satu contoh boleh simpan dalam akaun ASB ataupun Money Market (MM).

Sebenarnya kan, tak salah pun bila kita ada hutang.

Sebab kalau tak berhutang, macam mana bank nak track cantik ke tidak pembayaran balik tiap-tiap bulan, betul tak?

Yang penting konsisten bayar, senang je.

Ha, senang kan? Yang penting disiplin diri untuk terus menabung.

Jangan buat separuh jalan je okey!

BACA JUGA: Gaji Ciput Tapi Tips Simpan Ribuan Ringgit Ini Memang Efektif. Cuba Dulu!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd