Beli Waktu ‘Sale’ & 4 Lagi Tips Sebagai Persediaan Jika Berlakunya Inflasi
Zaman sekarang dah kena mula belajar berjimat-cermat dan kawal perbelanjaan harian kerana kebanyakan harga barang sudah naik.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kalau bawa RM100 pergi beli barang dapur, rasanya cuma dapat ayam seekor, minyak masak dengan beras je. Kalau bawa RM50 lagi termenung. Zaman sekarang ini, kenaikan harga barang memang begitu terasa.
Menurut laporan Sinar Harian, penganalisis meramalkan bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh meningkat kepada 3% menjelang tahun hadapan. Bersedia ya semua!
Nak tak nak, kita memang kena bersedia dari segi mental dan juga kewangan mulai sekarang. Sebab itu orang ramai mula fikir untuk cari ‘duit tepi’ untuk tampung perbelanjaan kehidupan seharian.
Persediaan untuk hadapi inflasi
Peka dengan situasi inflasi yang berlaku di Amerika Syarikat, seorang pengguna Twitter (Fezza Husin) meluahkan kerisauan jika perkara sama berlaku di Malaysia.
Sebagai persiapan berhadapan dengan situasi kewangan yang dilihat semakin membimbangkan, wanita ini berkongsi beberapa tips bagi membantu orang ramai mengawal perbelanjaan harian serta sebagai persediaan jika berlakunya inflasi.
Antaranya adalah:
1. Kurangkan perbelanjaan yang kurang penting
Semak balik perbelanjaan bulanan kita dan cuba untuk kurangkan apa-apa yang tidak memberi kepentingan dalam kehidupan seharian. Semua ini bergantung kepada gaya hidup anda sendiri.
1. Bila purchasing power makin turun, kita kenalah cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
Check balik monthly expenses kita & try cut mana yg boleh kita cut. Nak cut apa ni depends on keperluan hidup masing2.
Ada orang boleh cut on monthly mobile data sebab dah ada wifi kat rumah & office. Tapi ada orang tak boleh cut mobile data.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
So yang mmg kena ikut preference, lifestyle & keperluan masing2. Jgn ikut orang je.
2. Jana pendapatan sampingan
Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh buat untuk dapatkan pendapatan sampingan. Buat dari rumah pun boleh je. Contohnya sertai dropship produk, jadi pemandu Grab, jual makanan dan sebagainya. Yang penting kena usaha.
2. Secondly, boleh jugak tengok mana2 possible way untuk increase income.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
Nak tak nak, kena pertimbangkan untuk buat side hustle. Sebab memang nak increase income ni bukan dapat buat sekelip mata.
Kalau ada peluang untuk buat side hustle, rebutlah tapi jgn abaikan kerja hakiki.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
paling bagus side hustle ni benda yg kita pakar/minat, kurang sikit rasa penat. Haha
Mana tahu side hustle tu boleh jadi main income kita pulak.
3. Beli ketika jualan murah
Bila nampak perkataan ‘SALE’, mesti ramai yang teruja sebab biasanya harga produk jualan akan ditawarkan pada harga lebih murah. Sebenarnya bagus juga bila beli waktu ‘sale’ sebab dapat jimat duit. Kalau anda ada kupon diskaun, gunakan dengan sebaiknya dan jangan sia-siakan.
3. Bila harga barang tengah naik, kalau nak berbelanja dengan bijak, bolehlah rajin2 jadi sale shopper.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
Boleh intai selalu dekat mark down item. Compare harga, gunalah segala kupon & voucher.
Serius weh, sebenarnya sangat menjimatkan beli barang waktu tengah sale or mark down ni haha.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
Cuma tak dinafikan lah, time consuming sikit. Tapi kalau ada extra time, why not kan?
4. Gunakan manfaat daripada program keahlian
Kebiasaannya bila kita jadi ahli untuk sesuatu produk atau perkhidmatan, akan ada kelebihannya tersendiri seperti diskaun tambahan melalui kutipan ‘points’ hasil kita membeli. Mana tahu boleh tebus barang percuma atau harga murah menggunakan points tersebut.
4. Waktu inflasi lah kita kena maximize penggunaan loyalty & rewards program.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
Bila kita jadi member sesuatu brand, mesti akan ada special discounts & perks kan, masa nilah nak gunakan betul2.
Dan untuk yang ada kredit kad, jangan lupa guna credit cards points/rewards yang dah terkumpul!
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
Ada points boleh guna utk travel, cash back or apa2 je, jangan lupa guna. Banyak boleh jimat kot.
5. Buat perbandingan sebelum beli sesuatu
Mulai sekarang, cuba amalkan untuk buat perbandingan tentang kelebihan sesuatu produk sebelum kita membuat pembelian. Contohnya dengan RM500, lebih baik kita gunakan wang tersebut untuk membeli sesuatu yang boleh memberi nilai tambah kepada kemahiran diri berbanding sekadar memuaskan kemahuan.
5. Last (but not least), gunakan duit untuk belajar skill baru daripada beli barang bukan keperluan.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
Bayangkan guna RM500 untuk amik cert di Coursera berbanding beli handbag.
ROI mana yang lebih berbaloi?
Handbag mbantu kita rasa lebih yakin bergaya tapi skills baru mungkin boleh menghasilkan side hustle baru yang mungkin juga boleh jd new career haha.
— Fezza Hussin (@FezzaHussin) July 19, 2022
But, your money, your choice. Spend wisely.
(bukan kata tak boleh beli handbag eh haha silakan kalau nk beli)
Nilai wang zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Bukan tak boleh nak beli beg atau pergi bercuti lagi dah, tapi belajarlah untuk mengawal kemahuan diri demi kepentingan pada masa akan datang.
Nak berjimat-cermat pun, biarlah ikut kemampuan dan perbelanjaan kita. Jangan pula sampai berlapar semata-mata nak simpan duit.
BACA JUGA: Nak Menabung Tapi Tak Tahu Cara? Boleh Try Tips Mudah Ini
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.