Now Reading
Risau Tiada Hala Tuju Dalam Kehidupan? Ini Penjelasan Dr Fadzilah Kamsah

Risau Tiada Hala Tuju Dalam Kehidupan? Ini Penjelasan Dr Fadzilah Kamsah

Menurut Dr Fadzilah Kamsah, anda mungkin tersilap sekiranya berfikir diri sendiri tidak mempunyai hala tuju kerana ia adalah satu pentunjuk bahawa seseorang itu telah ‘overthinking’ tentang sesuatu perkara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai bersetuju bahawa ada kalanya kita berasa amat gembira dengan setiap keputusan dilakukan dalam kehidupan, namun terdapat juga waktu di mana anda berasa tidak tahu perlu buat apa.

Sebagai seorang manusia, ia adalah satu lumrah sekiranya anda hilang motivasi pada waktu tertentu.

Kadangkala, pelbagai matlamat yang mahu dicapai dalam kehidupan, namun anda tidak tahu cara untuk memulakannya atau berasa tidak mempunyai hala tuju.


Anda Tiada Hala Tuju? Ini Beberapa Fakta Anda Perlu Ambil Cakna

Baru-baru ini, pakar motivasi terkenal Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menerusi ciapan di laman X miliknya (@fadzilahkamsah_) telah berkongsi beberapa perkara yang anda perlu tahu dan ambil tindakan sekiranya berasa seperti tiada hala tuju.

#1. Terlalu ‘Overthinking’

Buat mereka yang sering merasakan dirinya kosong, anda mungkin sudah tersilap. Menurut Dr Fadzilah Kamsah, situasi itu berlaku apabila fikiran anda terlalu penuh dan padat tentang sesuatu perkara.

Jelasnya, 90% daripada input yang difikirkan oleh seseorang individu tidak akan berlaku dalam realiti.

Sumber: Pexels
#2. Terlalu Banyak Sangat Arah Tuju

Mereka yang sering berfikiran bahawa dirinya tidak mempunyai hala tuju adalah tidak benar. Malah, individu berkenaan mempunyai pelbagai arah tuju sehingga tidak tahu ingin memilih jalan yang mana satu.

Oleh disebabkan itu, anda perlulah behenti seketika kemudian berfikir tentang ke mana perlu dituju dan merenung kembali setiap keputusan yang mahu diambil.

Sumber: Unsplash
#3. Buat Perkara Yang Bermanfaat Untuk Diri Sendiri

Selain itu, anda juga harus selalu bertanyakan pada diri sendiri sama ada jalan yang anda pilih tersebut bakal memberikan manfaat ataupun tidak.

Dengan cara itu, anda akan seronok dan gembira untuk melakukan sesuatu tugasan walaupun ianya memenatkan.

Tambah Dr Fadzilah Kamsah, perkara yang bermanfaat terdiri daripada dua jenis iaitu:

  • Nilai untuk diri sendiri dari segi ilmu, peribadi dan ekonomi diri.
  • Nilai untuk orang lain dari segi menyelesaikan masalah dan memudahkan kehidupan.

Sejurus itu, anda haruslah menyenaraikan aktviti bermanfaat yang anda boleh lakukan mengikut kesesuaian diri sendiri seperti memasak, membaca buku, bercuti dan banyak lagi.

Sumber: Pexels
#4. Fikirkan Apakah Hasil Diterima Sekiranya Melakukan Sesuatu Perkara

Selepas menyenaraikan semua perkara bermanfaat yang boleh dilakukan, anda perlulah membuat refleksi dan memikirkan tentang hasilnya.

“Adakah dengan memasak, kamu boleh buka restoran? Adakah dengan membaca buku, kamu boleh menulis dan keluarkan buku pula?” ujarnya.

Perkara yang paling penting dalam membuat sesuatu keputusan adalah memastikan ia akan memberikan hasil bermanfaat pada masa akan datang.

Sumber: Freepik

Cara Meningkatkan Motivasi Diri

Adakah anda sering rasa lesu dan tidak mahu lakukan apa-apa sejak kebelakangan ini? Hal ini berkemungkinan bermaksud motivasi diri anda semakin berkurangan.

Namun usah risau, terdapat beberapa cara bagi menangani masalah tersebut. Antaranya:

#1. Kenal Pasti Matlamat

Motivasi seseorang sama ada dari segi dalaman atau luaran merupakan penyebab mengapa anda bertindak dengan cara tertentu.

Untuk berjaya dalam jangka masa panjang, anda perlu mengenal pasti dan mengetahui matlamat yang mendorong untuk meneruskannya.

Sumber: Freepik
#2. Buat Rangka Matlamat Guna Kaedah SMART

Formula rangka kerja SMART yang terdiri daripada Specific, Measurable, Achievable, Relevant dan Time-related adalah teknik untuk menetapkan matlamat secara berkesan.

Malah, rangka kerja tersebut dapat memastikan bahawa matlamat yang anda tetapkan adalah realistik dan ketara.

Bukan sahaja matlamat itu jelas, tetapi juga dapat diukur dalam kerangka waktu dan kesesuaian dengan motivasi dalaman anda.

Sumber: Pexels
#3. Bersedia Dengan Sebarang Halangan

Anda perlu ambil maklum bahawa setiap perkara yang kita hendak lakukan tidak semestinya ia akan berjalan dengan lancar.

Pasti akan ada sebarang halangan atau sekatan bagi merealisasikan sebuah impian.

Oleh itu, anda mestilah bersiap sedia dengan halangan yang akan menimpa sepanjang melakukan sesuatu perkara bagi mengekalkan motivasi diri.

Sumber: Pexels
#4. Hargai Diri Sendiri Jika Berjaya

Pujian adalah satu bentuk motivasi yang mampu membuatkan individu berasa lega dan meningkatkan harga diri seseorang.

Oleh itu, selepas mencapai kejayaan baru, anggaplah ia sebagai satu kemenangan walaupun untuk perkara yang kecil.

Pada akhirnya, tindakan tersebut dapat membantu meningkatkan motivasi dalam diri.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 Tips & Checklist Untuk Pastikan Hari Anda Sentiasa Produktif!

Baca Artikel Berkaitan: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Vibes’ Ruang Kerja Baru? Jom Tengok Senarai Barangan Dari Shopee Untuk Setup WFH


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd