Now Reading
“Tinggal RM2 Je Dalam Dompet” – Orang Ramai Kongsi Detik Pahit Tempuhi ‘Hit Rock Bottom’

“Tinggal RM2 Je Dalam Dompet” – Orang Ramai Kongsi Detik Pahit Tempuhi ‘Hit Rock Bottom’

Ada individu berkongsi kisah duka apabila dia hanya mempunyai duit sebanyak RM2 sahaja dalam dompet kerana telah banyak menghabiskan duit simpanan untuk menghadiri temu duga kerja baharu..

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap manusia menempuhi jalan kehidupan yang pelbagai. Ada waktu naik dan ada waktu turun. Namun, untuk mencapai impian pelbagai kekangan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh seseorang.

Seperti yang kita lihat di media sosial, segala kejayaan yang ditunjukkan oleh seseorang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikecapi.

Oleh itu, janganlah kita terlalu cepat menilai kerana Tuhan sahaja yang tahu betapa banyak usaha yang dicurahkan oleh seseorang individu untuk menggapai kejayaan yang dimilikinya sekarang.


Lelaki Tidak Sangka Kena Scam Sejumlah RM3O Ribu Ketika Bulan Puasa

Seperti kisah yang dikongsi seorang pengguna laman X (Twitter @NikShariff), lelaki ini telah menceritakan detik pahit yang pernah dilaluinya setelah menjadi mangsa scam berjumlah RM30,200 kira-kira tujuh ke lapan tahun lepas.

Sharif berkata dia tidak menyangka dirinya bakal menjadi mangsa scam semasa menjual telefon rampasan kastam.

Menurutnya, dia telah berada dalam situasi yang amat sulit kerana terpaksa membayar ganti rugi kepada orang ramai yang telah membuat pesanan membeli telefon baru.

Sumber: Malay Mail/KLEW

Netizen Kongsi Pengalaman Buruk Pernah Ditempuhi Dalam Kehidupan

Menjengah kepada balasan warganet di hantaran yang sama, ramai pengguna dilihat telah berkongsi pengalaman perit yang dialami dalam kehidupan mereka.

Seorang pengguna bernama Aliya telah berkongsi kisah apabila dia yang sedang hamil telah dibuang pekerjaan sebagai seorang guru tadika pada tahun 2019.

Simpanan yang tidak mencukupi telah menyebabkan dia bersama anak kini sedang bergelut untuk mencari sesuap nasi. Tambahnya, banyak syarikat yang menolak dirinya kerana mempunyai seorang anak untuk dijaga.

“Sampai sekarang berkira sebab duit cukup-cukup kena pilih antara susu atau beras,” jelas Aliya.

Sumber: X (Twitter @NikShariff)

Tidak terhenti di situ sahaja, seorang lagi individu bernama Basir telah menceritakan momen mencabar yang dilaluinya pada tahun 2017 lalu.

Menurut cerita Basir, dia telah membuat keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan sedia ada kerana mempunyai rakan sekerja yang memendam sifat dengki terhadap dirinya.

Setelah mendapatkan pekerjaaan baru dalam bidang kawalan kualiti (QC), dia difahamkan telah diberhentikan secara tiba-tiba oleh syarikatnya.

Selepas berbulan-bulan menghabiskan masa mencari kerja, di sini lah bermulanya ‘downfall’ Basir kerana duit simpanan semakin susut akibat berbelanja untuk pergi ke temu duga.

“At some point tinggal 2 ringgit je dalam wallet, akaun kosong terus,” katanya.

Pelbagai rintangan yang perlu ditempuhinya sehinggakan dia terpaksa menjual syiling lama untuk meneruskan kehidupan.

“Paling tak boleh lupa, cuma mampu minum air panas campur gula nak ikat perut selama seminggu,” ujar Basir.

Namun, nasib malang mula berubah apabila seorang kenalan daripada zaman universiti telah memberi bantuan untuk memulakan bisnes menjual ayam goreng berharga seringgit sehinggalah dia mendapat pekerjaan baru pada hari ini.


Pengalaman Penulis Kehilangan Bapa Sewaktu Umur 22 Tahun

Sama seperti orang lain, penulis juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari ujian dan onak duri dalam kehidupan.

Namun, dalam banyak-banyak cabaran yang telah dilalui, penghujung tahun 2022 merupakan momen paling mencabar akibat pemergian ayah tersayang.

Penulis yang merupakan seorang pelajar tahun akhir di universiti amat terkesan apabila melihat sendiri depan mata bahawa ayah yang sentiasa ada di sisi telah menghadap Illahi.

Lebih memilukan apabila niat untuk meluangkan masa bersama ketika cuti penggal pertama tidak kesampaian kerana pemergian yang tidak diduga.

Kepada yang sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan, jangan putus asa okay? Berdoa dan berusahalah semampu yang boleh. Insya-Allah, Allah SWT akan mempermudahkan urusan anda semua.

Baca Artikel Berkaitan: Ameer Ali Mydin Dedah ‘Rahsia’ Di Sebalik Kejayaannya

Baca Artikel Berkaitan: Luahan Tentang Cabaran & Ganjaran Kerjaya Dari Kaca Mata Seorang Jururawat

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Hidap 3 Jenis Kanser, Akhirnya Berjaya Tamatkan Degree Dalam Tempoh 8 Tahun

Sumber: X (Twitter @NikShariff)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd