Now Reading
Kuala Lumpur Raih Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Tahun 2023

Kuala Lumpur Raih Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Tahun 2023

Kuala Lumpur meraih destinasi yang paling popular di Malaysia, diikuti oleh Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia dan Singapura muncul sebagai destinasi antarabangsa paling popular dan Kuala Lumpur bergelar destinasi pelancongan tempatan utama. Ibu negara Thailand, Bangkok juga merupakan antara destinasi penerbangan antarabangsa paling popular, menurut data Agoda.

Tambahan pula, berdasarkan data tempahan Agoda, empat (4) daripada lima destinasi penerbangan antarabangsa paling popular terletak di Asia Tenggara, dengan Bangkok menduduki tempat pertama.

Ini diikuti oleh Singapura yang berada di tangga kedua, Bandar Ho Chi Minh, Vietnam di tangga keempat, dan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur di tangga kelima yang juga mewakili Asia Tenggara.

Singapura.
(Sumber: Unsplash)

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Bandar Ke-6 Jadi Tuan Rumah Bengkel Siswazah Universiti Manchester UK

Seoul, Korea Selatan memecahkan dominasi negara Asean apabila menduduki tempat ketiga bagi destinasi penerbangan antarabangsa paling popular.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada populariti bandar-bandar Asia Tenggara. Bandar-bandar ini menampilkan lima metropolis sibuk dan sarat dengan budaya dan sejarah, latar kulinari yang menakjubkan dan kehidupan malam serba unik. Meskipun syarikat penerbangan memperluas lagi pilihan laluan dan jumlah penerbangan, saya tidak terkejut sekiranya destinasi-destinasi menakjubkan ini terus menjadi pilihan para pelancong pada masa akan datang.

Andrew Smith, Naib Presiden Kanan Pembekalan Agoda.

Dapatan pasaran Malaysia menunjukkan selepas Singapura, pelancong dari Malaysia akan menuju ke Bangkok dan Jakarta.

Malah, Medan dan Bandar Ho Chi Minh juga melengkapkan kedudukan lima teratas.

Penilaian ini jelas menunjukkan keutamaan pelancong untuk perjalanan jarak pendek di dalam Asia Tenggara dengan kesemua lima destinasi tersebut terletak dalam kategori itu.

Mengulas lanjut, Kuala Lumpur meraih destinasi yang paling popular di Malaysia, diikuti oleh Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

Lokasi: Desaru, Johor.

Baca Artikel Berkaitan: 7-Eleven Malaysia Kerjasama Dengan 7-Eleven Antarabangsa, Tawar Lebih Banyak Menu Segar

Baca Artikel Berkaitan: Kajian: Malaysia Lokasi Paling Selamat Untuk Bersara Dengan Kos Perbelanjaan Kurang Dari RM9,100 Sebulan


Malaysia Antara 5 Negara Terima Perjalanan Bebas Visa Di Rusia

Pada 11 September lalu, Rusia telah mengutarakan rancangan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi untuk perjalanan tanpa visa.

Menurut Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia Maxim Reshetnikov, negara lain yang turut dicadangkan adalah termasuk Kuwait, Oman, Bahrain, dan Arab Saudi.

Dalam pada itu, Reshetnikov turut menekankan bahawa cadangan ini dikemukakan atas faktor jumlah trafik pelancong yang menunjukkan pola peningkatan baik.

Baca Artikel Berkaitan: Rusia Umum Malaysia Antara 5 Negara Perjalanan Bebas Visa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd