Now Reading
7-Eleven Malaysia Kerjasama Dengan 7-Eleven Antarabangsa, Tawar Lebih Banyak Menu Segar

7-Eleven Malaysia Kerjasama Dengan 7-Eleven Antarabangsa, Tawar Lebih Banyak Menu Segar

Kerjasama strategik ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kualiti makanan segar yang ditawarkan di kedai 7-Eleven Malaysia di seluruh negara.

7-Eleven Malaysia Kerjasama Dengan 7-Eleven Antarabangsa (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


7-Eleven Malaysia iaitu rangkaian kedai serbaneka terkemuka negara mengumumkan kerjasama mereka dengan 7-Eleven International (7IN) yang telah menguruskan sekitar 45,000 kedai 7-Eleven di lebih daripada 10 negara dan wilayah.

Kerjasama strategik ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kualiti makanan segar yang ditawarkan di kedai 7-Eleven Malaysia seluruh negara.

Menjadi sebahagian daripada kerjasama ini, 7-Eleven Malaysia akan mewujudkan kemudahan baharu dengan menggabungkan kepakaran dan teknologi 7IN.

Kemudahan baharu itu akan berfungsi sebagai hab pusat pengeluaran, penyediaan, dan pengedaran pelbagai jenis makanan segar serta berkualiti tinggi.

Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan 7IN dalam menubuhkan komisaris baharu dan ia membolehkan kami untuk meningkatkan produk serta perkhidmatan menerusi gabungan teknologi canggih dan jentera. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan menghasilkan pengalaman yang dipertingkatkan melebihi jangkaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama 7-Eleven Malaysia, Encik Tan U-Ming.

7-Eleven Malaysia Juga Jalin Kerjasama Dengan Fuji Food

Selain daripada bekerjasama dengan 7IN, 7-Eleven Malaysia juga telah bekerjasama dengan Fuji Food.

Contoh kejayaan kami boleh dilihat melalui komitmen dalam pengeluaran makanan segar pada masa akan datang. Kami sepenuh hati menerima budaya makanan tempatan dan bermurah hati untuk berkongsi teknologi serta kepakaran yang kami perolehi dari Jepun termasuklah negara-negara lain.

Pengarah Serantau 7-Eleven International, Encik Yuki Ishizuka.

7-Eleven bersama 7IN juga akan memulakan inovasi makanan dari suku ketiga hingga suku keempat tahun ini.

Salah satu ‘highlight’ adalah pengenalan menu baharu kepada para pengguna yang dihasilkan eksklusif di komisaris.

Kerjasama ini akan memastikan pengguna kami merasai pengalaman menarik hasil daripada perubahan dalam penawaran makanan serta ia menunjukkan tahap serius kami untuk melakukannya.

Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Encik Wong Wai Keong.

Kemudahan komisaris baharu itu dijadualkan mula beroperasi pada November 2023.

Dalam pada itu, 7-Eleven Malaysia dan 7IN akan terus bekerjasama rapat untuk memacu inovasi dan menghasilkan lebih banyak kejayaan menerusi kesemua aspek melibatkan kepuasan hati pelanggan.

Artikel Berkaitan: 7-Eleven Buka 7CAFé Di Puchong. Siap Ada BookXcess & Niko Neko Matcha!

Artikel Berkaitan: Who is Farhash Wafa Salvador, 7-Eleven’s new chairman?

Artikel Berkaitan: 7-Eleven’s New Lemon Lychee Slurpee Flavour Is Refreshingly Fruity


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd