7-Eleven Buka 7CAFé Di Puchong. Siap Ada BookXcess & Niko Neko Matcha!
7CAFé oleh 7-Eleven terletak di Bandar Puteri Puchong dan dibuka sehingga jam 12 tengah malam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kepada peminat tegar 7-Eleven, mesti ramai yang teruja apabila 7-Eleven membuka kedai utama mereka yang terbaharu dan terbesar di Puchong.
Untuk pengetahuan semua, 7-Eleven memperkenalkan kedai utama mereka dengan adanya dua tingkat 7CAFé serta pelbagai pengalaman membeli-belah yang menarik.
Ini bukan kedai 7-Eleven yang biasa
Kenapa nak pergi tempat yang berbeza kalau boleh dapatkan semuanya di satu kedai yang sama? 7-Eleven merupakan kedai serbaneka yang mempunyai bar snek, kafe matcha, kedai pastri dan juga kedai buku.

7CAFé yang dibuka buat kali pertama turut bekerjasama dengan Niko Neko Matcha dan BookXcess dalam menawarkan pelbagai jenis minuman serta buku mampu milik kepada orang ramai.
Selain daripada menjual makanan popular 7-Eleven seperti hotdog, croffles dan banyak lagi, mereka juga mempunyai barangan kecantikan dan penjagaan diri daripada Boots serta jenama Jepun yang lain.
Anda boleh datang ke sini untuk membeli barangan keperluan di tingkat bawah atau datang makan serta bersantai di tingkat atas.

Apa yang ada di sini?
Hidangan popular 7-Eleven
Mereka juga mempunyai hidangan ‘ready-to-eat’ seperti onigiri, sandwic dan banyak lagi. Selain itu, ada juga menu lain di kaunter yang boleh dipilih. Antaranya pau kukus, hotdog, popcorn ayam, croffle pelbagai berbeza dan minuman popular iaitu slurpee.

Pastri
Ada pelbagai variasi pastri yang dijual di sini seperti muffin pisang dan coklat, croissant, roti danish, bagel dan banyak lagi. Memang rambang mata tak tahu nak beli yang mana satu!

Niko Neko Matcha
Menu daripada Niko Neko Matcha adalah terhad kepada pencuci mulut tetapi mereka juga menawarkan beberapa minuman istimewa seperti matcha, houjicha, genmaicha, genmai serta empat jenis hidangan terdiri daripada biskut, kek dan roti.


Buku-buku dari BookXcess
Buku-buku di sini tidaklah sebanyak yang dijual di kedai buku biasa mereka seperti di MYTOWN Cheras dan sebagainya tetapi boleh dikatakan ada pelbagai kategori buku yang berbeza. Antaranya seperti kategori kanak-kanak, fiksyen, perniagaan dan motivasi diri.


Idea utama kami adalah untuk bekerjasama dengan perniagaan tempatan yang sesuai dengan gaya hidup yang ingin kami gambarkan bersama dengan jenama 7CAFé. Kombinasi Niko Neka sebagai penyedia minuman matcha berkualiti tinggi dan BookXcess yang mempunyai buku dengan harga berpatutan membuatkan kami melihat ini sebagai satu konsep yang sesuai buat 7CAFé.
Encik Tan U-Ming Ketua Pegawai Eksekutif Bersama 7-Eleven Malaysia.
Kalau anda berada di kawasan sekitar Puchong, jangan lupa singgah di sini dan kongsikan dengan kami pengalaman berada di 7CAFé okey?
7CAFé oleh 7-Eleven
Lokasi: No. 2. Jalan Puteri 1/1, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor.
Waktu operasi: 6 am – 12 am
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.