Nak ‘Food Hunting’ Di Pavilion KL? Ini 5 Restoran Yang Anda Patut Cuba!
Terdapat pelbagai jenis hidangan dari serata dunia yang boleh didapati di Pavilion Kuala Lumpur sempena ‘Pavilion Feast’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur merupakan antara lokasi yang terletak di tengah-tengah kota dan menjadi tumpuan penduduk tempatan serta pelancong antarabangsa.
Selain membeli-belah, pengunjung sekitar Bukit Bintang juga boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang ditawarkan di Pavilion Kuala Lumpur.
Cakap je nak makan apa, semua ada. Makanan masakan Melayu, Jepun, Arab dan sebagainya, semuanya di satu lokasi yang sama.
5 Restoran Menarik Yang Anda Patut Cuba Di Pavilion Kuala Lumpur
Kepada anda yang mahu mengisi hujung minggu dengan aktiviti ‘food hunting’ di Pavilion Kuala Lumpur, jom kami senaraikan beberapa restoran yang anda patut cuba.
Antaranya:
#1. Restoran Al Halabi
Kalau tekak anda rasa seperti mahu menikmati hidangan dari negara Timur Tengah, Restoran Al Halabi adalah salah satu lokasi sesuai. Jika dilihat dari segi hiasan dalaman premis ini, memang seolah-olah berada di negara Arab.
Terdapat pelbagai jenis makanan Timur Tengah yang ditawarkan di Restoran Al Halabi seperti Nasi Dengan Daging Kambing serta piza berbentuk ‘love’.
Kami sendiri sudah mencuba Nasi Dengan Daging Kambing itu, memang lembut sungguh ya dagingnya. Tak perlu kunyah berkali-kali.
- Lokasi: Lot 7 .01 . 06, Level 7, Dining Loft.
#2. Restoran Oppadak
Kepada anda yang mengidam makanan Korea selepas menonton K-drama, Restoran Oppadak boleh menghilangkan rasa mengidam anda dengan hidangan seperti Kimchi Ramen, Bbimbap dan Oven Baked Chicken.
Lebih menarik lagi, restoran ini telah melancarkan menu baharu iaitu Caramel Popcorn Bingsu hasil kolaborasi bersama jenama popcorn Eureka.
Bukan itu sahaja, Restoran Oppadak ini juga menyediakan beberapa set pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok serta ruangan untuk bergambar. Best betul!
- Lokasi: Lot 7.01.01, Level 7, Dining Loft.
#3. Yu Yan Tea
Selepas menjamu selera, mungkin anda boleh menenangkan diri dengan menyertai sesi mempelajari dan membuat teh secara santai di Yu Yan Tea.
Di sini, anda boleh merasai pelbagai jenis teh herba dengan cara pembuatannya yang cukup berbeza daripada cara biasa yang anda lakukan di rumah.
Sambil-sambil itu, staf mereka juga akan memberi penjelasan tentang sejarah dan latar belakang berkaitan teh yang dibuat secara ‘live’.
- Lokasi: Level 6, Pavilion Elite.
#4. Laem Charoen Thai Seafood
Restoran Laem Charoen Thai Seafood ini merupakan cawangan pertama di Malaysia.
Kalau anda datang ke restoran Thailand, tak sah kalau tidak pesan hidangan Tomyam kan? Jangan lupa untuk mencuba sendiri beberapa menu mereka seperti:
- Deep Fried Seabass with Siganture Fish Sauce
- Spicy Seafood Papaya Salad
- Creamy Tom Yum Goong
- Lokasi: Lot 1. 18.02, Level 1.
#5. Madam Croffle
Aktiviti ‘food hunting’ pastinya tidak lengkap tanpa menu pencuci mulut seperti yang ada di Madam Croffle.
Hidangan croffle ini antara salah satu lokasi yang menarik di mana anda boleh memilih pelbagai jenis sos dan topping untuk dimakan bersama dengan croffle.
Mungkin ada yang terfikir, apa itu croffle? Ia adalah gabungan hidangan croissant serta waffle dan sangat popular di negara Korea.
Oh ya, Madam Croffle ini juga merupakan jenama yang diasaskan oleh warga Korea bernama Han Soo-Rin yang sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2016.
- Lokasi: Lot P1. 11. 04, Level 1.
#6. Booth Jualan Kuih Bulan
Kuih bulan atau juga dikenali dengan nama ‘Mooncake’ merupakan salah satu kuih yang kebiasaannya dilihat menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh dan Tahun Baru Cina.
Booth jualan kuih bulan di Pavilion Kuala Lumpur pada kali ini lebih menarik kerana ia disertai oleh beberapa vendor dari hotel mewah seperti:
- EQ Hotel
- Le Meridien Petaling Jaya
- W Hotel
- Pavilion Hotel
- Banyan Tree
Kepada anda yang belum pernah merasai sendiri kuih bulan, bolehlah berkunjung ke booth jualan ini.
- Lokasi: Level 6.
Pavilion Kuala Lumpur Anjur ‘Pavilion Feast’
Kepada anda yang bercadang untuk mencuba pelbagai jenis makanan dari serata di dunia, inilah masa yang sesuai kerana Pavilion Kuala Lumpur kini menganjurkan ‘Pavilion Feast’ buat kali kedua.
Bermula pada 13 sehingga 30 September 2023, anda boleh menikmati pelbagai promosi sempena ‘Pavilion Feast’.
Pengunjung boleh menikmati penebusan ‘Pavilion Feast’ ekslusif apabila membeli-belah di semua premis tidak termasuk kedai makanan dan minuman.
Dengan nilai pembelian minimum RM150, pengunjung boleh menebus kopi, pencuci mulut secara percuma atau baucar pawagam di DADI Cinema.
Pengunjung yang berbelanja RM1,000 dan ke atas turut berpeluang untuk menebus baucar tunai di premis makanan dan minuman bernilai RM50.
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Pavilion Feast, boleh klik [DI SINI].
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.