Now Reading
Cartier Buka Semula Butik Flagship Store Di Pavilion KL Dengan Motif Bunga Raya & Corak Budaya Malaysia

Cartier Buka Semula Butik Flagship Store Di Pavilion KL Dengan Motif Bunga Raya & Corak Budaya Malaysia

Antara corak dan motif hiasan yang dipaparkan dalam butik utama Cartier di Pavilion Kuala Lumpur adalah Bunga Raya, anyaman tikar dan harimau bintang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenama mewah Perancis iaitu Cartier telah membuka semula butik utama mereka bertempat di Pavilion Kuala Lumpur dengan memperkenalkan hiasan motif baharu kepada para pengunjung.

Pintu hadapan butik Cartier ini turut mempamerkan hiasan harimau bintang yang dibina bersama set ukiran Bunga Raya pada dinding setinggi tiga tingkat.

Hiasan tersebut juga dilihat seolah-olah menyambut kehadiran para pengunjung yang memasuki pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur di bahagian VIP Drop-Off.

Kiri: Hiasan harimau bintang pada dinding setinggi tiga tingkat. Kanan: Ukiran Bunga Raya berwarna emas pada hiasan dinding.

Menurut Pengarah Eksekutif Pemasaran Diraja Selangor, Encik Chen Tien Yue berkata, “Royal Selangor dan Cartier berkongsi komitmen yang kuat terhadap ketepatan, kualiti dan warisan yang sangat dibanggakan.

“Mengimbangi tradisi dan inovasi, reka bentuk kami adalah ‘timeless’ dan memberi tumpuan kepada keindahan serta nilai yang berkekalan melangkaui generasi.”

Butik utama Cartier di Pavilion Kuala Lumpur.

Hiasan Budaya Malaysia Dalam Butik Utama Cartier Di Pavilion Kuala Lumpur

Di bahagian Aras 3, pengunjung akan disambut dengan dinding mozek dari lantai hingga ke siling yang diilhamkan dari flora dan fauna sebagai lambang biodiversiti di Malaysia.

Sebagai info, lantainya diperbuat daripada marmar yang diperoleh dari Ipoh dengan menampilkan motif yang diilhamkan oleh cetakan yang terdapat dalam arkib Cartier.

Feminine Universe di tingkat tiga.

Pengunjung akan juga mengagumi mozek semasa mereka meneroka ‘Feminine Universe’ yang menempatkan aksesori dan barangan serta reka bentuk kreatif dari Maison seperti Juste un Clou, Panthère de Cartier dan Clash de Cartier.

Ketika pelanggan berjalan melepasi dinding mozek, mereka akan memasuki ‘Icons Universe’ yang menampilkan perpustakaan separa terbuka dengan hiasan berunsur rotan yang diilhamkan dari tradisi anyaman.

Icons Universe.
Masculine Universe dan Watch Territory.

Teknik anyaman yang sama digunakan untuk menghasilkan hiasan rotan di ‘Masculine Universe’ di mana tona warna yang lebih gelap digunakan untuk mencipta suasana yang memukau.

Di seberang ‘Masculine Universe’ pula, pelanggan akan menemui ‘Watch Territory’ yang menampilkan reka bentuk ikonik daripada staple Santos de Cartier kepada koleksi Tank, Ballon Bleu de Cartier serta koleksi Panthère de Cartier.

Mengembara ke tingkat atas pula, tetamu akan tiba di kawasan ‘High-End’ di mana bahagian butik ini diasingkan oleh dinding alabaster bercahaya dengan motif bunga yang mencerminkan kecanggihan ciptaan mewah.

Sekitar kawasan di dalam butik Cartier.

Apabila menuruni tingkat dua, pengunjung boleh melihat pelbagai budaya warisan Malaysia diinspirasikan dari rumah tradisional Terengganu dan Kelantan di mana dinding di sepanjang tangga dilengkapi dengan panel berukir yang menampilkan jalinan rotan, patina emas dan kayu oak.

Kawasan pembungkusan hadiah.

Tersembunyi di bahagian belakang tangga adalah kawasan mewah yang berfungsi sebagai kawasan pembungkusan hadiah.

Tona warna yang hangat dan bahan semula jadi yang digunakan di kawasan ini turut memberi ‘hint’ seperti di hutan hujan tropika sekitar Malaysia.

Bahagian ‘Bridal Area’ di tingkat dua.

Di penghujung tingkat dua ini terdapat kawasan ‘Bridal Area’ yang memaparkan landskap flora dan fauna seperti tumbuhan periuk kera, bunga Rafflesia dan pokok pisang.

Bahagian minyak wangi.

Sepanjang perjalanan di dalam butik ini, tetamu juga akan menemui paparan sensual khusus untuk wangian Maison. 

Daripada rangkaian La Panthère klasik hingga Les Heures de Parfum iaitu rangkaian minyak wangi yang dihasilkan oleh penghasil dalaman bagi minyak wangi, Mathilde Laurent, setiap pelanggan boleh menemui bau khas untuk diri mereka sendiri.

Butik yang direka bentuk semula itu juga menampilkan tiga salun VIP dengan setiap satunya dihias dengan keunikan budaya Malaysia.

Salun VIP di tingkat 3 butik Cartier.

Siling Salun VIP di tingkat bawah dihiasi dengan motif yang diilhamkan daripada corak yang terdapat di Masjid Negara.

Mengelilingi bilik tersebut adalah wainscoting seakan-akan renda dalam kayu asli dengan motif bunga raya yang diukir rumit.


Butik Utama Cartier Dibuka Semula Pada 1 Disember 2023

Dari kiri: Encik Antoine Berardi, Datuk Joyce Yap, Anne Yitzhakov dan Encik Axel Cruau.

Majlis pembukaan semula secara besar-besaran bagi butik utama Cartier pada 1 Disember lalu telah disempurnakan oleh Duta Besar Perancis ke Malaysia, Encik Axel Cruau, CEO Pavilion Kuala Lumpur Datuk Joyce Yap diiringi oleh Pengarah Urusan Cartier Singapura, ASEAN dan Malaysia Cik Anne Yitzhakov serta Pengurus Cartier Malaysia Encik Antoine Berardi.

Undangan artis ketika majlis sambutan pembukaan semula butik utama Cartier di Pavilion Kuala Lumpur.

Majlis sambutan itu turut diserikan dengan selebriti Malaysia seperti Datuk Nicol David, Scha Al-Yahya, Jane Chuck, Han Pin Ma, Daiyan Trisha, Hun Haqeem, Nadhir Nasar, Lisha Ho, May Ho, Alton Ang, Eyka Farhana dan Ameera Khan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd