Tayangan Filem Percuma Depan KLCC Sempena Merdeka, Siap Ada Tikar & ‘Bean Bag’!
Tayangan filem percuma di Taman KLCC hanya berlangsung selama empat hari pada hari Sabtu dan Ahad pada bulan Ogos sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bulan Ogos merupakan bulan yang sangat istimewa di Malaysia kerana kita bakal menyambut Hari Kebangsaan pada tanggal 31 Ogos sebagai memperingati semula sejarah negara mencapai kemerdekaan serta bebas daripada dijajah oleh musuh.
Sempena sambutan hari kemerdekaan yang bakal diraikan pada 31 Ogos ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk anda mengenang kembali jasa para pejuang tanah air seperti melawat tempat bersejarah dan menonton filem bermotifkan kemerdekaan.
Tanpa perjuangan atuk dan nenek kita pada zaman dahulu, Malaysia tidak akan menjadi negara yang makmur dan aman seperti hari ini.
Ada Tayangan Filem Percuma Di Hadapan Suria KLCC Sempena Bulan Kebangsaan
Kepada anda yang mahu mengembalikan semangat kemerdekaan pada tahun ini, anda boleh mengambil peluang untuk menonton filem-filem tempatan yang terkenal di lokasi tumpuan ibu kota.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@klcctheplace), orang ramai boleh menonton filem-filem tempatan dengan santai di Taman KLCC berhampiran kawasan air pancut.
Lebih menarik lagi, tayangan filem ini adalah terbuka untuk semua pengunjung dan ia adalah percuma!
Tayangan tersebut yang dimulakan pada jam 8:45 malam hanya dilakukan selama empat hari sahaja dengan pilihan filem seperti berikut:
- 19 Ogos (Sabtu): Polis Evo 2
- 20 Ogos (Ahad): The Journey
- 26 Ogos (Sabtu): Sepet
- 27 Ogos (Ahad): Ola Bola
Memang best betul dapat tengok filem dengan pemandangan KLCC pada waktu malam. Bukan selalu ya dapat pengalaman macam ini.
Siap ada tikar yang dibentangkan di hadapan skrin untuk membolehkan pengunjung duduk beramai-ramai. ‘Bean bag’ pun ada!
Individu Lahir Pada Bulan Ogos Boleh Masuk Ke Menara Berkembar Petronas Secara Percuma
Kepada anda yang lahir pada bulan Ogos ini, ada satu lagi perkara menarik yang khas untuk anda sekalian.
Sempena ulang tahun Petronas yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos boleh menebus satu tiket masuk secara percuma untuk melawat ke Menara Berkembar Petronas sepanjang bulan Merdeka ini.
Untuk menebus tiket, hanya perlu bawa MyKad atau MyKid dan tunjukkan kepada pekerja di kaunter tiket sebagai bukti anda lahir pada bulan Ogos. Ingat ya, anda tidak dibenarkan untuk menebus tiket bagi pihak orang lain.
Buat masa ini, tempahan slot untuk hari berlainan sudah penuh. Tetapi jangan risau kerana anda masih boleh menebus tiket tersebut pada hari yang sama dengan cara ‘walk-in’. Kena cepat ya kerana bergantung kepada kekosongan.
Tarikh akhir tawaran ini adalah sehingga 31 Ogos 2023.
Artikel Berkaitan: Individu Lahir Bulan Ogos Boleh Naik Menara Berkembar Petronas Secara Percuma
Artikel Berkaitan: Ini 13 Promosi F&B Sempena Sambutan Bulan Hari Kebangsaan Ke-66 Pada 2023
Artikel Berkaitan: 10 Interesting Places To Visit To Channel The Patriotic “Merdeka” Spirit
Sumber: TikTok @klcctheplace
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.