Now Reading
Individu Lahir Bulan Ogos Boleh Naik Menara Berkembar Petronas Secara Percuma

Individu Lahir Bulan Ogos Boleh Naik Menara Berkembar Petronas Secara Percuma

Tawaran tiket masuk percuma ke Menara Berkembar Petronas ini hanya sah sehingga 31 Ogos 2023 kepada rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Merdeka sahaja.

masuk menara berkembar petronas percuma (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tiba tarikh hari jadi seseorang, mesti ramai yang tidak sabar untuk menyambutnya dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Dalam tradisi masyarakat, ianya menjadi suatu kebiasaan untuk meraikan seseorang secara istimewa pada hari kelahiran mereka seperti makan di restoran atau melakukan aktiviti bersama termasuklah piknik.

Tapi buat mereka yang lahir pada bulan Ogos, mungkin sambutan kali ini akan lebih bermakna dengan adanya ‘hadiah’ istimewa daripada Menara Berkembar Petronas.


Individu Lahir Pada Bulan Ogos Boleh Masuk Ke Menara Berkembar Petronas Secara Percuma

Sempena dengan ulang tahun Petronas yang ke-49, rakyat Malaysia yang lahir pada bulan Ogos boleh menebus satu tiket masuk secara percuma untuk melawat ke Menara Berkembar Petronas sepanjang bulan Merdeka ini.

Untuk menebus tiket, hanya perlu bawa MyKad atau MyKid dan tunjukkan kepada pekerja di kaunter tiket sebagai bukti anda lahir pada bulan Ogos. Ingat ya, anda tidak dibenarkan untuk menebus tiket bagi pihak orang lain.

Selain itu, anda juga perlu mengesahkan tarikh dan masa lawatan dengan kakitangan di bahagian kaunter kerana tempahan slot perlu dirujuk mengikut kekosongan.

Sumber: Instagram Petronas Twin Towers

Terma Dan Syarat Yang Telah Ditetapkan

  • Tawaran ini hanya terbuka untuk warganegara Malaysia yang lahir pada bulan Ogos sahaja.
  • Tiket tidak boleh ditukar kepada bentuk wang tunai atau mana-mana servis dan produk.
  • Tiket kemasukan ini hanya sah pada bulan Ogos sahaja berdasarkan ‘First Come, First Serve’.
  • Tiket kemasukan hanya boleh ditebus secara ‘walk-in’ sahaja.
  • Tidak boleh menukar tarikh slot dan waktu jika sudah membuat tempahan.

Jadi kepada anda yang lahir pada bulan Ogos, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur dari tingkat atas Menara Berkembar Petronas secara percuma.

Ambil gambar banyak-banyak okey nanti bila dah naik ke tingkat atas!

Tarikh akhir tawaran ini adalah sehingga 31 Ogos 2023.


5 ‘Hadiah’ Percuma Yang Anda Boleh Dapat Secara Percuma Pada Sambutan Hari Lahir

Perkara paling best waktu hari lahir adalah apabila ramai yang memberi hadiah kepada anda lebih-lebih lagi barangan yang sudah lama diidamkan seperti beg tangan, baju, kasut dan sebagainya.

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ‘hadiah’ percuma daripada outlet makanan terkenal seperti:

  • Baskin Robbins
    • Satu scoop aiskrim mana-mana perisa pilihan secara percuma.
  • llaollao
    • Satu llaollao bersaiz petitllao secara percuma.
  • Starbucks
    • Satu potong kek percuma dengan sebarang pembelian.
  • ZUS Coffee
    • Satu potong kek secara percuma.
  • Family Mart
    • Aiskrim Sofuto secara percuma.

Apa lagi? Jangan lupa tebus ‘hadiah’ percuma anda sempena hari lahir di kedai-kedai tersebut.

Artikel Berkaitan: Ini 5 Kedai Anda Boleh ‘Claim’ Hadiah Percuma Waktu Birthday

Sumber: Instagram Petronas Twin Towers


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd