Now Reading
Nak #SapotLokal? Ini 7 Jenama & Kedai Yang Korang Wajib Kunjung Di Pavilion Bukit Jalil!

Nak #SapotLokal? Ini 7 Jenama & Kedai Yang Korang Wajib Kunjung Di Pavilion Bukit Jalil!

Antara jenama tempatan yang anda boleh terokai di Pavilion Bukit Jalil sempena bulan kebangsaan 31 Ogos ini adalah seperti Teh Tarik Place, dUCk, duluKINI, dan pelbagai lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut pada setiap 31 Ogos di Malaysia, pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh orang ramai bagi memeriahkan acara tahunan ini. Ada yang tidak ketinggalan membawa ahli keluarga mereka menonton persembahan dan pertunjukan kemerdekaan berunsur patriotik pada hari berkenaan.

Kalau nak shopping, pun boleh. Yang penting, kita #SapotLokal!


Kedai Jenama Lokal Yang Anda Boleh Terokai Sempena Bulan Merdeka Di Pavilion Bukit Jalil

Selain melawati ke tempat bersejarah, anda juga boleh menyambut bulan kemerdekaan dengan meneroka dan menghargai jenama tempatan yang bertapak dalam industri negara. Dan, Pavilion Bukit Jalil merupakan salah satu pusat membeli-belah yang menempatkan banyak kedai jenama rakyat Malaysia, tau.

Di bawah kami senaraikan beberapa jenama dan kedai yang kami telah kunjungi:

#1. Teh Tarik Place

Bila melibatkan makanan, Malaysia memang betul-betul ‘Asia’ dengan pelbagai citarasa yang tersebar luas dalam hidangan ikonik negara ini. Kalau korang nak rasa pelbagai jenis hidangan Laksa daripada enam (6) buah negeri yang berbeza, boleh ke Teh Tarik Place.

Nak rasa Laksa dari Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Sarawak, semuanya ada. Kena cuba!

Lokasi: Teh Tarik Place, Level 1 (Pink Zone)

#2. dUCk

Sumber: Siti Murni/TRP

Flaunt your elegance!

Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini, dUCk memberikan sentuhan moden dengan koleksi Merdeka terhad yang terinspirasi daripada kopitiam. Gaya minimalis dan menarik perhatian ini boleh digayakan dengan pelbagai acara sempena Merdeka ini.

Sumber: Siti Murni/TRP

Lokasi: dUCk, Level 2 (Pink Zone)

#3. Bear It Arts And Craft

BEAR-IT-ART-AND-CRAFT
Sumber: Siti Murni/TRP

Kepada anda yang ingin mahu mengasah bakat dalam menghasilkan kraf tangan, kedai Bear It Arts And Craft ini menawarkan pelbagai jenis karya seni menarik seperti key chain, casing telefon dan patung.

Anda juga berpeluang untuk membuat sendiri patung tangan (puppet) secara DIY (Do-It-Yourself) di kedai ini. Jangan risau, segala kelengkapan seperti gam, gunting pen marker dan sebagainya akan disediakan oleh pekerja mereka.

  • Lokasi: Level 2, Pink Zone

#4. duluKINI

duluKINI
Sumber: TRP

Kraftangan yang wujud di Malaysia juga melambangkan budaya masyarakat kita dari segi pemakaian, perhiasan dan juga makanan.

Di duluKINI, premis ini boleh membuatkan anda mengingati kembali tentang barangan yang melambangkan Malaysia seperti muruku, keropok ‘teddy bear’, beg tangan diperbuat daripada kayu rotan dan sebagainya.

  • Lokasi: Level 2, Pink Zone

#5. Real Kungfu GD

Real-Kungfu-GD
Sumber: TRP

Makanan dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan.

Beruntung ya jadi masyarakat Malaysia kerana dikelilingi dengan pelbagai jenis budaya dari kaum dan bangsa yang berbeza.

Kepada anda yang mahu menikmati pelbagai hidangan rakyat Malaysia di satu lokasi sahaja, bolehlah berkunjung ke Real Kungfu GD.

Walaupun kedai ini berkonsepkan kopitiam bangsa Cina, tetapi ianya ‘muslim-friendly’ dan juga mempunyai hidangan kaum Melayu seperti Nasi Lemak dan kek berperisa Onde-onde.

  • Lokasi: Level 1, Pink Zone

#6. Alha Alfa Cosmetics

ALHA-ALFA-COSMETICS
Sumber: TRP

Selain jenama pakaian dan makanan, rakyat Malaysia juga mempunyai jenama kosmetik tempatan yang menghasilkan barangan mekap dan penjagaan wajah mengikut kulit masyarakat tempatan.

Jenama Alha Alfa Cosmetics juga berjaya menceburi bidang kecantikan dengan menghasilkan pelbagai barangan. Nak cari ‘loose powder’, bedak kompak, eye shadow atau lipstik, semuanya ada dijual dengan harga berpatutan.

  • Lokasi: Level 2, Pink Zone

#7. Unity With Hope

UNITY-OF-HOPE
Sumber: TRP

Selain itu, pelajar institusi pendidikan tinggi swasta dari UCSI University juga telah mengorak langkah untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan mencipta pakaian diinspirasikan dari warna jalur gemilang.

Jika anda mahu melihat sendiri pakaian rekaan pelajar UCSI, ia dipamerkan di Pavilion Bukit Jalil, berhadapan dengan restoran Dome. Lebih menarik, kain yang dijahit pada bawah pakaian tersebut memang sangat panjang dan dianggarkan berukuran 500 meter!

  • Lokasi: Level 3, Pink Zone

Jadi kepada anda yang masih tidak mempunyai rancangan untuk menyambut hari kebangsaan pada 31 Ogos, jom terokai pelbagai jenama tempatan ini di Pavilion Bukit Jalil.

Jom #SapotLokal!

Artikel Berkaitan: Tayangan Filem Percuma Depan KLCC Sempena Merdeka, Siap Ada Tikar & ‘Bean Bag’!

Artikel Berkaitan: Ini 13 Promosi F&B Sempena Sambutan Bulan Hari Kebangsaan Ke-66 Pada 2023

Artikel Berkaitan: GSC Rai Bulan Merdeka Lancar Kempen #Malaysiaku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd