Now Reading
Starbucks Lancar Kolaborasi Bersama BLACKPINK, Ada Minuman & Koleksi Tumbler Yang Baru!

Starbucks Lancar Kolaborasi Bersama BLACKPINK, Ada Minuman & Koleksi Tumbler Yang Baru!

Starbucks Malaysia juga akan memperkenalkan minuman Strawberry Choco Cream Frappuccino sempena kolaborasi bersama BLACKPINK.

Starbucks X BLACKPINK Kini Di Malaysia Mulai 25 Julai Ini (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sempena musim panas kali ini, Starbucks akan melancarkan kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu oleh para BLINKs di Malaysia iaitu bersama kumpulan K-pop BLACKPINK.

Bermula 25 Julai, kolaborasi ini akan memperkenalkan minuman Frappucino bertemakan BLACKPINK terbaharu berserta koleksi tumbler dan merchandise lain yang sangat cantik di cawangan Starbucks terpilih sekitar Malaysia.

Buat pertama kalinya, pelanggan kini boleh merasai sendiri minuman BLACKPINK Strawberry Choco Cream Frappuccino yang pastinya berwarna hitam dan merah jambu mengikut tema.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Koleksi Merchandise Starbucks Edisi Terhad BLACKPINK

Selain minuman terbaharu, koleksi merchandise edisi terhad BLACKPINK juga pastinya menjadi rebutan ramai BLINKs di Malaysia. Memang cantik-cantik ya semuanya!

Terdapat 11 jenis botol minuman dan enam aksesori bertemakan BLACKPINK dengan warna hitam dan merah jambu.

Antara merchandise yang dikeluarkan untuk edisi terhad BLACKPINK ini adalah seperti:

  • Tumbler
  • Beg
  • Tikar yoga
  • Tempat simpan pasport
  • Keychain

Koleksi eksklusif ini dijual dengan harga bermula RM108 manakala bagi minuman Strawberry Choco Cream Frappuccino pula daripada RM20.50.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Berita Gembira Untuk Ahli Starbucks Rewards!

Kepada ahli Starbucks Rewards, ada berita gembira kerana anda berpeluang untuk menjadi pelanggan terawal bagi menikmati minuman kolaborasi bersama BLACKPINK pada 23 Julai ini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan koleksi BLACKPINK + STARBUCKS ini lebih awal daripada pelanggan yang lain. Bolehlah ‘flex’ sikit dengan BLINKs yang lain kan?

Sumber: Starbucks Malaysia

Tetapi pra-jualan pada 21 Julai ini hanya dibuka kepada 190 pelanggan terawal sahaja.

Jadi para BLINKs sekalian, ‘lock’ tarikh-tarikh penting ini kalau anda mahu mendapatkan koleksi edisi terhad BLACKPINK + STARBUCKS dan mahu merasai minuman terbaharu mereka.

Dengan adanya kolaborasi ini, barulah boleh cakap ‘BLACKPINK in you area’!

Artikel Berkaitan: Starbucks Perkenal All-New Summer Beverages & Umum Kolaborasi Dengan Christy Ng

Artikel Berkaitan: Starbucks Rai Aidilfitri, Perkenal Menu Khas. Siap Ada Biskut Kurma & Biscotti Gula Melaka!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd