Now Reading
Starbucks Rai Aidilfitri, Perkenal Menu Khas. Siap Ada Biskut Kurma & Biscotti Gula Melaka!

Starbucks Rai Aidilfitri, Perkenal Menu Khas. Siap Ada Biskut Kurma & Biscotti Gula Melaka!

Musim perayaan ini bertambah meriah dengan penampilan Set Biskut Hari Raya Starbucks terdiri daripada tiga perisa biskut yang menggoda selera!

starbucks raya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di musim perayaan ini, Starbucks ingin menyebarkan kebahagiaan dan semangat dalam diri semua orang tanpa mengira latar belakang, kampung halaman atau cara menyambut perayaan.

Dengan memberikan suasana yang hangat dan pilihan motif ketupat, Starbucks menjadikan musim perayaan ini lebih istimewa, diilhami oleh kenangan Hari Raya terbaik anda.

Tambahan pula, musim perayaan ini bertambah meriah dengan penampilan Set Biskut Hari Raya Starbucks terdiri daripada tiga perisa biskut yang menggoda selera iaitu:

  1. Biskut Kurma.
  2. Brownie Brittle.
  3. Biskut Gula Melaka.

Selain itu anda juga akan diberi percuma sampul duit Raya eksklusif oleh Starbucks!

Biskut Kurma Starbucks mempunyai biskut kecil berbentuk bulat dengan potongan kurma dan oat, memberikan kemanisan karamel setiap kali digigit.

Brownie Brittle Starbucks dengan potongan ‘dark’ coklat dari biskut yang rapuh, dilengkapi dengan serpihan coklat, rasa koko mantap menjadi pilihan ramai.

Biskut Gula Melaka Starbucks mempunyai rasa kelapa dan gula Melaka dicampurkan dengan badam cincang. Diinspirasikan oleh gula Melaka, perisa popular ini pasti akan membawa anda kembali ke zaman kanak-kanak!

P/S: Terima kasih team Starbucks singgah ofis TRP hantar cookies Raya Starbucks! <3
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Promosi Sempena Hari Raya Aidilfitri Bersama Starbucks!

Starbucks akan membawa anda lebih dekat dengan insan tersayang apabila anda menggembirakan mereka dengan kad Starbucks yang telah diisi baki sebelum Hari Raya nanti!

Tapi pastikan mereka mendaftarkan kad perayaan baharu menerusi aplikasi mudah alih Starbucks dulu untuk memperoleh STARs dan berpeluang menebus makanan, minuman, dan juga barangan percuma!

Eh bukan itu sahaja, Starbucks Malaysia juga menawarkan cawan Hari Raya Starbucks yang dihasilkan khas apabila anda membeli mana-mana minuman handcrafted.

P/S: Terima kasih team Starbucks singgah ofis TRP hantar cookies Raya Starbucks! <3
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Oh! Jangan lupa untuk mengambil gambar OOTD dengan cuppa coffee!

Promosi Ramadan Starbucks

Sementara rakyat Malaysia menanti kedatangan Hari Raya, Starbucks Malaysia juga menawarkan tawaran istimewa untuk pelanggan sepanjang bulan Ramadan yang suci ini.

Anda berpeluang memanjakan keluarga dan sahabat dengan promosi Starbucks Jom Iftar yang menawarkan minuman handcrafted beli satu percuma satu dengan pembelian mana-mana makanan bermula dari 23 Mac 2023 hingga 22 April 2023, dari jam 6 petang hingga kedai ditutup.

Khusus untuk cawangan Starbucks yang beroperasi 24 jam, Starbucks juga menawarkan dua promosi di mana anda boleh menikmati makanan terpilih dengan hanya RM3, dengan pembelian mana-mana minuman handcrafted saiz Venti dari jam 3 pagi hingga 6 pagi.

Bukan itu sahaja, jenama ikonik ini juga menawarkan dua keping cip kentang Joybean pada harga RM8 sahaja! (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd