Now Reading
Letak Duit Di Atas Kaunter Dianggap Kurang Ajar, Pelancong Ini Dikecam Netizen

Letak Duit Di Atas Kaunter Dianggap Kurang Ajar, Pelancong Ini Dikecam Netizen

Di dalam video itu, pelanggan tersebut dilihat meletakkan wang di atas kaunter tetapi ada pula netizen yang menganggap ia sebagai tindakan yang tidak beradab.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, seorang barista di Starbucks cawangan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) telah dipuji kerana kesabarannya dan sifat profesionalism yang ditunjukkan semasa berhadapan dengan pelancong berbangsa Cina.

Dalam video yang dimuat naik di laman Facebook, terdapat jurang bahasa di antara pelanggan dan barista di kedai berkenaan.

Difahamkan, pelanggan tersebut hanya memahami sedikit sahaja bahasa Inggeris semasa membuat pesanan minuman sehinggakan rakannya terpaksa menterjemah perkataan ‘gula’ dalam bahasa Mandarin kepadanya.

Walaupun terdapat halangan dari segi bahasa, tetapi barista berkenaan cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi dengan menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami.

Selepas berjaya membuat pesanan minuman, pelanggan itu mengucapkan terima kasih kepada barista itu dan mengucapkan ‘goodbye’ sebelum meninggalkan kedai.


Netizen Pula Bagi Reaksi Berbeza

Meskipun interaksi yang berlaku di dalam video kelihatan mesra, tetapi netizen pula melihat tindakan tersebut sebagai aksi yang agak tidak beradab.

Di dalam video itu, pelanggan tersebut dilihat meletakkan wang di atas kaunter. Bagi sesetengah orang, ia kelihatan kurang ajar kerana percaya ia adalah lebih sopan untuk menyerahkan wang tunai secara ‘hand-to-hand’.

Pada masa sama, ada juga netizen yang mengecam sikap pelancong berkenaan yang tidak mahir untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kata netizen lagi, mereka sepatutnya mengasah kemahiran berbahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum melancong ke luar negara.

Selain itu, segelintir pengguna media sosial berpendapat bahawa sesetengah vlogger pengembaraan suka berpura-pura bergelut di dalam masalah ketika melancong untuk menguji keramahan masyarakat di negara lain.

Walau apa pun, ketenangan barista itu sepanjang berkomunikasi dengan pelancong berkenaan adalah satu tindakan yang mengagumkan!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd