Now Reading
Sushi King, Samsung & 12 Lagi Promosi Menarik Untuk Ayah Anda Sempena Hari Bapa Ahad Ini (18 Jun)

Sushi King, Samsung & 12 Lagi Promosi Menarik Untuk Ayah Anda Sempena Hari Bapa Ahad Ini (18 Jun)

Dari hidangan percuma sehingga tawaran diskaun untuk barangan rumah, ada banyak promosi menarik untuk ‘surprise’ ayah anda sempena Hari Bapa 18 Jun ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


18 Jun 2023 iaitu pada hari Ahad ini akan menjadi tarikh istimewa kepada semua bapa di seluruh dunia. Anda sudah fikir ke nak bagi hadiah apa kepada mereka?

Kepada anda yang masih belum sempat membeli apa-apa hadiah kepada bapa, jom kami kongsikan beberapa jenis barangan yang boleh diberikan.

Sempena sambutan Hari Bapa, banyak promosi menarik selama dua hari yang ditawarkan oleh pelbagai premis dengan harga istimewa.

Antaranya:

1. Promosi Sempena Hari Bapa: TGIF

TGIF bukan sahaja menawarkan satu tetapi semua stik dengan diskaun 50% pada Hari Bapa ini. Dengan pembelian hidangan utama, anda yang bergelar bapa boleh menikmati mana-mana stik pada separuh harga. Tawaran ini hanya tersedia kepada pelanggan ‘dine-in’ sahaja dari dari 17 sehingga 18 Jun ini.

Maklumat lanjut boleh klik [DI SINI].

2. Promosi Sempena Hari Bapa: Tony Roma’s

Kalau ayah anda mengidam untuk makan ayam yang cukup berjus, boleh juga bawa mereka menikmati hidangan di Tony Roma’s untuk mendapatkan menu Roast Chicken (single) secara percuma. Promosi hanya tersedia untuk pelanggan ‘dine-in’ dengan pembelian menu utama dari 17 hingga 18 Jun.

Maklumat lanjut boleh klik [DI SINI].

3. Promosi Sempena Hari Bapa: New York Steak Shack

Di New York Steak Shack, ayah-ayah sekalian boleh menikmati hidangan secara percuma dengan pembelian menu utama. Antara pilihan yang diberikan untuk hidangan percuma tersebut adalah:

  • Loaded Black Pepper Beef Rice
  • Loaded Black Pepper Chicken Rice

Hidangan percuma ini diberikan untuk pelanggan yang ‘dine-in’ di sekitar Lembah Klang pada 17 sehingga 18 Jun ini. Maklumat lanjut boleh [KLIK SINI].

4. Promosi Sempena Hari Bapa: US Pizza

Pelanggan yang berbelanja dengan jumlah minimum RM45 dalam satu resit di US Pizza akan mendapat satu piza regular dengan perisa tradisional percuma untuk ayah anda sempena Hari Bapa. Lebih istimewa lagi, US Pizza juga mempunyai piza berbentuk hati. Comel kan?

Promosi ini sah sehingga 30 Jun. Maklumat lanjut boleh [DI SINI].

5. Promosi Sempena Hari Bapa: Sushi King

Kalau ayah anda penggemar sushi, bolehlah bawa mereka ke cawangan Sushi King dari 17 sehinga 18 Jun ini. Sempena sambutan Hari Bapa, Sushi King memberikan sepinggan Chuka Iidako dan sepinggan Goma Iidako secara percuma kepada pelanggan yang ‘dine-in’.

Yang penting kena muat turun aplikasi Sushi King dulu sebelum boleh ‘claim’ hidangan tersebut. Klik [DI SINI] untuk maklumat lanjut.

6. Promosi Sempena Hari Bapa: Manhattan Fish Market

Kepada ayah-ayah yang gemar dengan makanan laut, jom ke cawangan Manhattan Fish Market berhampiran kerana dengan pembelian minimum RM30 untuk mana-mana hidangan, bapa anda boleh mendapat menu Fish ‘N Chips Dorry secara percuma sempena Hari Bapa.

Promosi menarik ini hanya untuk pelanggan ‘dine-in’ dari 17 sehingga 18 Jun sahaja. Maklumat lanjut boleh klik [DI SINI].

7. Promosi Sempena Hari Bapa: Kenny Roger’s Roasters

Dengan pembelian minimum RM60, ayah anda boleh menikmati hidangan Kenny’s Quarter Meal secara percuma dengan promosi sempena Hari Bapa ini yang tersedia dari 16 sehingga 18 Jun.

Maklumat lanjut boleh klik [DI SINI].

8. Promosi Sempena Hari Bapa: KyoChon1991

Di KyoChon 1991, ayah anda boleh mendapat hidangan bernilai RM37.70 termasuk empat ketul ayam bahagian drumstick, semangkuk nasi kukus, semangkuk sup rumpai laut dan segelas minuman apabila anda membelanjakan dengan minimum RM100.

Caranya mudah sahaja.

Anda perlu memberitahu pekerja kod rahsia “Ayam Yo Appa” dan ayah anda boleh makan secara percuma bersama keluarga.

Promosi ini sah dari 14 hingga 20 Jun di kedai terpilih dalam transaksi sahaja. Klik [DI SINI] untuk maklumat lanjut.

9. Promosi Sempena Hari Bapa: Texas Chicken

Dengan setiap pembelian hidangan kombo pada 17 dan 18 Jun, anda boleh mendapatkan seketul ayam percuma daripada Texas Chicken untuk ayah anda.

Klik [DI SINI] untuk maklumat lanjut.


Diskaun Untuk Barangan Rumah Dan Gajet Sempena Hari Bapa

Selain makanan dan minuman, ayah anda juga boleh menikmati promosi untuk sebarang pembelian perkakasan rumah serta gajet sempena Hari Bapa.

Antara tawaran diskaun menarik adalah seperti:

1. Tawaran Diskaun Sempena Hari Bapa: Home Pro Malaysia

2. Tawaran Diskaun Sempena Hari Bapa: Fipper Slipper

3. Tawaran Diskaun Sempena Hari Bapa: XES Shoes

4. Tawaran Diskaun Sempena Hari Bapa: Harvey Norman

5. Tawaran Diskaun Sempena Hari Bapa: Samsung

Jadi apa tunggu lagi, bolehlah belanja ayah anda sempena hari istimewa pada Hari Bapa Ahad ini.

Selamat Hari Bapa kepada ayah-ayah di luar sana!

BACA JUGA: 7 Nasihat Untuk Bakal Bapa Yang Pertama Kali Jadi Ayah

BACA JUGA: The Little Things To Do That ACTUALLY Matter This Father’s Day

BACA JUGA: 7 Places To Bring Your Dad To During Father’s Day In Selangor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd