Now Reading
Jenis-jenis Halusinasi Yang Boleh Berlaku Pada Manusia & Puncanya

Jenis-jenis Halusinasi Yang Boleh Berlaku Pada Manusia & Puncanya

Antara punca yang menyebabkan seseorang mudah berhalusinasi adalah disebabkan oleh hormon dopamin berlebihan dalam tubuh badan.

Jenis-jenis Halusinasi Yang Boleh Berlaku Pada Manusia & Puncanya (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Masalah kesihatan mental merupakan salah satu perkara yang agak membimbangkan masyarakat di Malaysia.

Ini kerana banyak kes melibatkan kesihatan mental berpunca daripada tekanan akibat masalah kehidupan seperti urusan kewangan, keluarga, bebanan kerja dan sebagainya.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengambil langkah untuk membendung kejadian bunuh diri dengan mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial seperti Talian Kasih (KPWKM) di 15999 dan KSK Centre (JAKIM) di 03-8870 7515.

BACA JUGA: [Video] Lelaki Ini Tak Jadi Terjun Jambatan Di Terengganu Lepas Dipujuk Orang Awam

BACA JUGA: Bapa Campak 3 Anak Kecil Dari MRR2 Sebelum Bertindak Bunuh Diri


Jenis-jenis Halusinasi Yang Boleh Berlaku Kepada Manusia

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter (@MedTweetMYHQ), terdapat pelbagai jenis halusinasi yang boleh berlaku pada manusia tanpa anda sedari.

Antara halusinasi yang boleh berlaku adalah seperti:

1. Jenis-jenis Halusinasi: Halusinasi Pendengaran

Sumber: Freepik

Individu yang mengalami gangguan ini akan mendengar suara-suara bisikan ghaib dan sering dialami oleh mereka yang menghidapi masalah psikiatri seperti Skizofrenia, Bipolar, kemurungan atau terdedah kepada pengaruh dadah melibatkan pil kuda dan syabu.

2. Jenis-jenis Halusinasi: Halusinasi Penglihatan

Sumber: Freepik

Halusinasi ini memberi gangguan kepada deria penglihatan di mana seseorang boleh melihat imej ghaib yang tidak boleh dilihat oleh individu lain. Gangguan ini biasanya disebabkan oleh penyakit-penyakit organik seperti migrain teruk, epilepsi atau pengaruh dadah dan alkohol.

3. Jenis-jenis Halusinasi: Halusinasi Bau

Sumber: Healthline

Gangguan persepsi deria bau ini membolehkan seseorang menghidu bau haruman atau busuk. Halusinasi ini biasanya berlaku oleh kerana masalah barah otak, epilepsi atau trauma pada bahagian otak.

4. Jenis-jenis Halusinasi: Halusinasi Sentuhan

Sumber: Healthline

Masalah halusinasi sentuhan ini berlaku apabila seseorang merasakan seolah-olah mereka disentuh oleh sesuatu walaupun sebenarnya ia tidak berlaku. Sebagi contoh, mereka akan berasa seolah-olah ada pergerakan serangga berjalan di atas kulit. Gangguan ini boleh berpunca daripada pengambilan dadah atau alkohol yang berlebihan.

5. Jenis-jenis Halusinasi: Halusinasi Rasa

Sumber: Cleveland Clinic Health Essentials

Halusinasi rasa pula menyebabkan penghidapnya berasa manis, pahit, masam dan masin di lidah walaupun rasa itu sebenarnya tidak wujud. Seseorang boleh mengalami masalah ini berpunca daripada penyakit organik melibatkan barah otak.


Kenapa Halusinasi Ini Boleh Berlaku?

Masalah halusinasi ini sering dikaitkan dengan teori neurotransmitter seperti dopamin yang terhasil dalam otak dan bertindak sebagai penghantar kimia untuk menyampaikan mesej.

Pesakit-pesakit Skizofernia ini dipercayai mempunyai jumlah hormon dopamin lebih tinggi di dalam otak sehingga boleh mengakibatkan seseorang berhalusinasi.

Sumber: Freepik

Salah satu penyebab masalah ini adalah pengambilan dadah yang bersifat perangsang seperti pil kuda dan syabu kerana ia boleh meningkatkan dopamin di dalam otak dan mendorong kepada halusinasi.

Selain itu, ubatan antipsikotik juga mampu menurunkan kadar dopamin di dalam otak dan secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko berhalusinasi.


Dewan Rakyat Meluluskan Pindaan Untuk Mengecualikan Cubaan Bunuh Diri Sebagai Bukan Kesalahan Jenayah Di Malaysia

Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan (Pindaan)(No. 2) Bil 2023, melalui undi suara, untuk mengecualikan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Refromasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata kewujudan Seksyen 309, sebuah peruntukan dari abad ke-19, melihat menjenayahkan cubaan bunuh diri sebagai suatu usaha pencegahan.

Menghapuskan Seksyen 309 Akta 574 merupakan sebuah langkah untuk mencegah cubaan bunuh diri dalam negara dan mengurangkan stigma berkenaan isu tersebut. Perkara ini akan memberi ruang kepada individu terbabit untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.

Sebelum ini, Seksyen 309 menghukum sesiapa yang melakukan cubaan membunuh diri dengan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda, atau kedua-duanya jika didapati bersalah.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

BACA JUGA: Serabut Asyik Overthink? Kaedah ‘Brain Dump’ Ini Boleh Bantu Tenangkan Anda

BACA JUGA: Fadzilah Kamsah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar

BACA JUGA: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd