Now Reading
Bapa Campak 3 Anak Kecil Dari MRR2 Sebelum Bertindak Bunuh Diri

Bapa Campak 3 Anak Kecil Dari MRR2 Sebelum Bertindak Bunuh Diri

Bapa warga Myanmar dan dua orang anaknya maut manakala seorang lagi mengalami cedera parah selepas dicampak pada ketinggian 20 meter dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Bapa Campak 3 Anak Kecil Dari MRR2 Sebelum Bertindak Bunuh Diri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, satu kejadian menyayat hati dilaporkan berlaku apabila tiga orang adik-beradik telah dicampak oleh bapa mereka pada ketinggian 20 meter dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong, Selangor.

Kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pada jam 5:50 pagi itu disedari oleh orang awam apabila melihat tindakan seorang lelaki yang agak mencurigakan di lokasi berkenaan.

Memetik laporan Utusan, bapa tersebut yang mendukung seorang kanak-kanak lelaki sambil memimpin dua lagi anaknya cuba dihampiri oleh orang awam sebelum dia bertindak mencampak ketiga-tiga mangsa dari MRR2.

Bapa warga Myanmar dan dua orang anak maut, seorang lagi terselamat

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan suspek yang juga merupakan bapa kepada tiga kanak-kanak tersebut telah terjun dari lokasi sama sebelum disahkan maut di tempat kejadian.

Dalam insiden tersebut, dua orang kanak-kanak berusia lapan dan tujuh tahun disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati kanak-kanak yang masih bernyawa itu mengalami kecederaan parah pada perut dan rusuk kirinya. Dia kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Kesemua mangsa dipercayai warga Myanmar selepas pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian menjumpai dua kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) milik lelaki bapa dan anak perempuannya berusia lapan tahun.

Ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan kes kini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Pihak polis minta bantuan orang ramai untk bantu siasatan

Dalam pada itu, pihak polis turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat bagi membantu siasatan.

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan kejadian, boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Baldev Singh Gurdial Singh di talian 012-4806062 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

  • MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/
  • BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/
  • ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd